Adegan Yang Tak Sengaja Terjadi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, December 14, 2009

Rahim memandu kereta dan tiba-tiba seorang polis menahannya.Rahim menurunkan tingkap keretanya dan berlakulah perbualan seperti berikut:

Rahim : Ye Encik, ada ap-apa masalahkah?

Polis : Erm... Takde apa-apa. Saya sebenarnya telah memerhatikan cara pemanduan encik. Hari ini adalah hari bertuah encik kerana saya ingin memberikan encik wang tunai sebanyak RM5,000 kerana dianugerah pemandu terbaik. Tahniah! Erm... Encik akan buat apa dengan wang ini nanti?

Rahim : Erm... Saya rasa saya nak guna duit ni untuk buat lesen keretalah.

Mahmud yang duduk di sebelahnya terus menyampuk percakapan si Rahim.

Mahmud : Oo... Encik polis jangan dengar apa yang dia kata. Dia ni bengong sikit kalau dah mabuk toddy....

Si Leman yang duduk di belakang pula menjerit dalam kekecewaan.

Leman : Arghh... Habis!!! Tu la!!! Aku dah cakap, kita takkan terlepas dengan kereta curi nih!!!

Seketika itu, kedengaran pulak bonet belakang kereta diketuk dari dalam, dan terdengar seseorang berkata, "Pak!! Pak!! Udah sampe ke belom?"

Agak-agaknya adegan apa yang berlaku seterusnya yer...=D

Comments (4)

hahahahahaha.....
mamat indon kat blkg tu nak ajak polis main cak cak tuh

Cik Cookie ~ Cak2? Adoi... Sengal=p

em em. diorg kena tangkap lah ? hee

Syarifah Nadiah ~ Ha... Betol la tuu..