Bebel Si Isteri
Posted by Fiq | Posted in Kehidupan, Lawak | Posted on Monday, December 07, 2009
Diceritakan terdapat seorang suami yang sangat tabah dan sabar. Seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. Dia dan isterinya telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.
Suami ini sangat bertuah. Dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. Tiada apa yang kurang pada isteri ini. Pandai memasak dan mengemas rumah. Namun si isteri ada satu sifat: suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.
Si suami pula sangat sabar orangnya. Melayan karenah isteri dan menahan telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. Si suami langsung tidak melawan. Bukan kerana takut akan isteri, tetapi kerana isteri tidak takut padanya.
Nak dijadikan cerita, pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi. Pot..pet..pot..pet... Entah apa yang tidak puas di hatinya. Kali ini si suami betul-betul sudah hilang sabar. 20 tahun kesabarannya diuji. Akhirnya, ditolaknya si isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.
Menjelang waktu malam, si suami kehairanan. Kenapa isterinya belum balik ke rumah walaupun hari sudah larut malam. Tiba-tiba gegendang telinganya menangkap bunyi kocakan air. Baru dia teringat. Ya Allah!!. Tadi aku ada tolak isteri aku!!! Segera si suami berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit-jerit memanggil nama isterinya.
Kemuadian tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. Tali ditarik perlahan-lahan ke atas. Rupa-rupanya bukan isterinya, tetapi satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali itu. Si suami yang kehairanan bercampur rasa takut itu lalu bertanya, "Siapa kau?"
Jawab lembaga itu, "Aku sebenarnya penunggu telaga ni. Sekarang aku nak keluar. Bosan duduk dalam telaga."
"Aik... Kenapa bosan plak?" tanya si suami.
Jawab lembaga tadi, "Sebenarnya aku dah duduk dalam telaga ni selama 20 tahun dengan aman damai. Tiba-tiba petang tadi ada sorang pompuan masuk dalam telaga ni sambil membebel tak sudah-sudah sampai aku pun dibebelnya. Tensen aku! Dah tak aman dunia aku. Entah mana datang pompuan bebal tu..."
Bebel bebel jugak beb. Tapi pada pada lah. Bukan semua makhluk boleh tahan dengan ayat bebelan yang tak sudah-sudah tu. Bersederhana la ye...=)

Kesimpulan cerita:
Bebel bebel jugak beb. Tapi pada pada lah. Bukan semua makhluk boleh tahan dengan ayat bebelan yang tak sudah-sudah tu. Bersederhana la ye...=)
hahhahaha..memang dia super duper bebel tuh
Cik Cookie ~ Jangan jadi camtu dah la... Haha=D
alamak...terasa laa plak....hihihi
Zetty ~ Erkk... Bukan niat di hati nak bagi terasa... Tersengaja=D
ceh! citer lawak rupanya..hahaha
Nurul akma Bahari ~ Lawak yg berpengajaran... Hehe