Luahan Hati Seorang Lelaki

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, December 05, 2009

Dalam ruangan "Luahan Hati" sebuah majalah lelaki buatan Malaysia, ada tersiar nukilan hati seorang lelaki yang kesepian. Berikut adalah nukilan lelaki tersebut:

Assalamualaikum..

Nama aku Isnin bin Selasa. Adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari ni aku tak tau apasal bapak aku bagi aku nama tu. Mungkin hari Isnin ni hari dia berkenalan dengan bakal bini dia merangkap mak aku kot. Manalah aku tau kisah cintan cintun diorang ni... Takde kuasa aku nak ambik tau. Baik aku cerita pasal aku. Tak gitu?

Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, sememangnya tak dinafikan lagi, aku dilahirkan sehensem-hensem umat. Kerana itulah juga berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang. Siap ada listing lagi tau...

Tapi ada satu perkara yang sedih. Setiap kali awek yang keluar dengan aku mesti putus selepas aku ajak diorang naik kereta aku. Aku pun tak tau kenapa, mengapa, dan jugak bagaimana.

Intan ialah nama awek cun yang aku jumpa masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong Simpang, Taiping Perak. Intan ni ialah spesies manusia Homo Sapiens, bukan spesies batu permata. Dia ni lain sikit sebab aku dah janji dengan diri aku yang dialah awek aku yang paling last. Muktamad dah ni. Surat menyurat takkan dilayan. Kalau Intan tinggalkan aku macam awek-awek aku yang dulu, sumpah aku tak nak kahwin.

Namun, perkara yang aku menyampah lagi menyumpah tu jadi jugak. Kisahnya bermula apabila setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping, Intan akan bersungut dan bersesunggut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris. Macam-macam dia komplen. Dia tau aku kerja sebagai driver. Takkan takde kerete. Dia suruh aku bawa kereta tu. Dia kata tak syok naik moto. Rambut berserabut lah... Muka cair lah... Kain terselak lah... Dan macam-macam lagi lah yang bagi aku pening perut.

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dia naik kerete aku, pasti itulah kali terakhir aku akan jumpa Intan. Intan mesti akan mintak putus atau mungkin menghaibkan diri terus. namun setelah dipujuk, aku tewas. Aku berjanji kepadanya esok aku akan tunaikan permintaannya itu.

Dan seperti yang aku jangka, itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan. Intan terus menghaibkan diri. Semuanya terjadi seperti yang aku agak.

Itulah kisah hidup aku yang sedih. Cuma satu saja nasihat yang aku nak bagi kat korang semua, terutamanya mereka yang pernah jadi awek aku, atau bakal awek aku. Jangan korang pandang hina kat orang yang kerja macam aku ni. Satu hari nanti, nak tak nak korang kena naik jugak kereta aku ni.

Ingat pesanan aku tu baik-baik!!!

Sekian, wassalam

Yang Benar,
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak.

Comments (9)

kihkih..padanla..ingatkan kete mende la yang dok si senin ni bawak..rupenye kete jenazah..takpe keje yang mulia di sisi agama

Miss Diya84 ~ Takper.. kita semua pun bakal naik gak=D

alahaiii....Cik Cookie pun seram.
bukan xmo naik tapi ada alternatif lain kan?

Cik Cookie ~ memang ada. buat rumah tepi kubur. senang. usung jer, takyah pakai kereta=)

terimakasih atas motifasinya

Kurniawan ~ U r most welcome=)

erm....tol jgk kn...mau xmau kn naik jgk la lau meninggal kt ospital nak bwa lik umh......

Honey Bunny ~ tau takper... haha

hehe...lawak2