Miskin Yang Kaya, Kaya Yang Miskin
Posted by Fiq | Posted in Fikir, Kehidupan, Mentaliti | Posted on Saturday, December 12, 2009
Diceritakan pada suatu hari, seorang bapa dari sebuah keluarga yang kaya raya membawa anak lelakinya ke dalam sebuah kampung dengan tujuan menunjukkan kepada anaknya itu kehidupan orang-orang miskin.
Mereka bermalam selama beberapa hari di sebuah ladang yang didiami oleh golongan yang sangat miskin.
Setelah cukup tempohnya, maka mereka pun pulanglah. Dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "Macam mana percutian kita kali ni?"
Si anak menjawab, "Menarik dan hebat, ayah."
Si ayah dengan nada sombong kemudiannya berkata, "Kamu sudah melihat sendiri bagaimana susahnya kehidupan mereka yang tidak berharta?"
Si anak dengan ringkasnya menjawab, "Ya."
"Jadi, apa yang kamu dapat kali ni?", tanya si ayah lagi.
Lalu si anak tadi memberikan jawapan yang agak panjang lebar:
"Kita ada dua ekor anjing dan mereka ada empat. Kita ada kolam yang terletak di tengah-tengah taman tetapi mereka mempunyai sungai yang tidak berpenghujung. Kita ada lampu yang diimport di taman kita tetapi mereka ada bintang-bintang di langit pada waktu malam. Keluasan tanah kita sehingga ke halaman hadapan tetapi mereka mempunyai keluasan sehingga ke kaki langit."
Kemudian si anak menyambung lagi:
"Kita tinggal di atas tanah yang kecil sedangkan mereka mempunyai padang yang sangat luas saujana mata memandang. Kita ada pembantu untuk membantu kita tetapi mereka memberi pertolongan, bukan meminta. Kita membeli makanan kita tetapi mereka menanam sendiri makanan mereka. Kita ada dinding sahaja untuk melindungi kita sedangkan mereka mempunyai sahabat handai yang melindungi mereka."
Si ayah terdiam mendengar jawapan anaknya.
Si anak tersebut kemudiannya berkata, "Terima kasih, ayah, kerana menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."

Intipati cerita:
Kaya miskin tak semestinya dinilai melalui berapa banyak harta yang dimiliki. Jadi janganlah sombong dengan apa yang ada, sebaiknya bersyukur dengan apa yang ada.
ya tol tu..kita ptot bersyukur dgn apa yg ada.....kdg2 org y kaya xpnh bersyukur dgn rezeki yg allah brikan..
betul tu..kaya harta tak semestinya kaya segala-galanya..
Honey Bunny ~ Nasib baik kadang-kadang...
Nadhirah ~ Tapi bila kaya segalanya termasuk la kaya harta sekali=D
syukur dengan apa yg ada dan berusaha agar makin bertambah.
Cik Cookie ~ I sokong u CC=)