Doa Yang Makbul
Posted by Fiq | Posted in Kehidupan, Renungan, Teladan | Posted on Thursday, December 03, 2009
Sebuah kapal karam dilanda badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling makbul, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.
Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang seorang lagi tetap kosong.
Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki kedua tetap saja tidak ada apa-apa.
Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.
Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak layak menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tidak pernah dimakbulkan.
Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai manusia. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”
“Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dimakbulkan,” jawab lelaki pertama. “Doa temanku itu tidak ada satu pun yang dimakbulkan. Maka ia tak layak mendapatkan apa-apa dariku,”
“Kau salah!” suara itu bertempik. “Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya dimakbulkan. Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa.”
Lelaki pertama bertanya, “Doa macam mana yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini kepadanya?”
“Dia berdoa agar semua doamu itu dimakbulkan.”

Intipati cerita:
Kesombongan apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tidak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya daripada pandangan kasar sahaja.
Doa tu senjata umat islam