Umpama Pinggan

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, December 26, 2009


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, mereka pun memulangkan pinggan yang dipinjam itu.

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang cacat mahupun kotoran. Secalit habuk pun tiada, malah kelihatan lebih berkilau. Kita pun dengan senang hatinya menerima pinggan itu dan terus meletakkannya di atas rak pinggan.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor yakni tidak berbasuh. Bahkan, kelihatan tompok-tompok kulat hijau. Kita pula yang akan membasuh pinggan tersebut sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakan di tempat yang sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah. Hancur habis. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tidak boleh digunakan dan tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah.

Begitulah jua halnya kita ni dengan Allah Taala. Jika kita nikembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan "basuh" kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya; ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi...

Tanggungjawab:

Kalau dah pinjam tu, buat la cara pinjam. Jangan buat harta sendiri. Berterima kasih. Bersyukur. Untuk setiap nafas pada hari ini, dan hari-hari yang seterusnya...

Comments (2)

Salam..

Entry yg simple tp bermakna..
Setiap inci tubuh kita milik Allah s.w.t..jaga amanah DIA sebaiknya..jangan merosakkn diri sendiri..

p/s:di akhir pengajian dulu, ada yg pinjam pinggan n terus hilangkan...bukan pinggan aja..huhu..sabar sungguh

satu bahan bacaan yang menarik dan menjadi peringatan kepada diri saya..tp di harap pihak tuan dapat memberi pandangan dalam soal-soal agama..dengan bukit/nas yang berlandaskan AQ..ditakuti sesatu maklumt yang disampikan itu menjadi keraguan..