Cawan Atau Kopi?
Posted by Fiq | Posted in Fikir, Kehidupan, Mentaliti, Motivasi | Posted on Wednesday, December 16, 2009
Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di universiti dahulu. Mereka berbual-bual berkenaaan pelbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau takanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Kelihatan professor itu masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat daripada porcelain, plastik, kaca, dan juga kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.
Professor itu kemudiannya menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut. Setelah semuanya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:
"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil, meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi.
Apa yang sebenarnya anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya, tetapi anda sendiri telah memilih untuk mengambil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk daripada itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."
Semua orang mengangguk tanda setuju sambil masing-masing merenung akan apa yang pernah mereka lakukan...
Penyampaian cerita:
Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan.
Kehidupan tidak berubah, hanya alatnya yang berubah. Kadang kala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang sehingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Jadi, nikmatilah kehidupan yang ada...
bagus la post ni.
em,
slalu dpt ilham tulis post mcm ni kt mne?
sbb suka bace semua post fiq.
:)
salam ..terimakasih atas motifasinya, nice artikel
best lah awak punya artikel
nice nice.
bleh buat buku :D
nice article bro.
CC suka kopi, kerjaya dan wang.
jadi CC akan jaga cawan tuh elok2 dan isinya sekali
:-)
komen sm mcm komen lain
entry y bagus
btl2 bertepatan dgn slogan
smtng to share
hehe
apa pon
result xm dah kuarkan
amcam?
cuti da nak habis
jadi manfatkan ari2 y ada
ceh
panjang plak komen
mcm mak nenek
yerp artikel yang bagus..ade mesej yang mendalam
best la bace
nice msg
like it
motivasi petang ;))
tu la...kdg2 kita xpnh nak nikmati life kita coz kita lbh pentgkn wang..uuhuuh
i like this ! :D