Ajaran Ayam Tua

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, December 01, 2009


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul. Di sana ada 25 ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah usia. Ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, lalu si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu dengannya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua merasa terpinggir. Lalu bibit-bibit cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah dia mengatur strategi. Lalu terjadi percakapan bahasa ayam yang telah diterjemahankan seperti di bawah ini:

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan tamak sangat kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, si tua tak sedarkan diri, nak mampus. Ko tu dah tua, dah tak larat dah. Jadi semua ayam betina untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh... Berlagak betul mamat seekor ni. Siapa kata aku tua tak larat lagi? Ko jangan cuba naikkan darah tinggi aku, kang aku sekeh kang! Oklah, aku malas nak gaduh dengan budak hingusan cam ko ni . Jadi apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita dengan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. Aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni? Cabut bulu ayam ke?

Si ayam jalak tua : Ada plak. Biul sungguh otak ko ni. Kita buat pertandingan lumba lari. Jimat sikit. Takde melibatkan dana atau pengajur majlis.

Si ayam jalak muda: Ok. Aku setuju. Syarat-syaratnya?

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. Tapi kerana aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan). No problem punyok!!!

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengagumkan. Baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda tiba-tiba ditembak oleh pemilik ladang penternakan tersebut.

Kenapa???

Sebabnya...

Kata pemilik : Kurang ajar. INI AYAM JALAK HOMOSEKS NI. Tiap kali aku beli mesti dapat yang macam ni, SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU!!!


Intipati cerita:

1. Jangan berlagak dengan orang tua (diorang ni banyak trick tau...)
2. Hormatilah orang yang lebih tua daripada kita.

Comments (1)

Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak
Tua-tua orang, makin tua makin menjadi
Tua-tua ayam, ayam tua pun boleh buat cerita.
Haha