Africa From Air

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, April 29, 2010

4

Korang tau apa tu Afrika? Afrika tu bukan negara, tapi sebuah benua. Benua Afrika ni adalah benua kedua terbesar selepas benua Asia. Lazimnya Afrika ni kawasan yang agak panas. Ada savana dan jugak gurun.

Hari ni aku nak bawak korang melihat keindahan Afrika dari pandangan udara. Jadi, layan aje gambar kat bawah.
























Amacam? Cantik tak Afrika? Mesti la kan... Aku pun ada plan jugak nak pegi Afrika. Tapi untuk honeymoon dengan bakal bini nombor dua nanti sebab bakal bini nombor satu nak honemoon kat Perancis.

Erkk... Opssss

Angkasa Dan Alam Semesta

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, April 28, 2010

4

Alam semesta ni sememangnya diciptakan seluas-luasnya hinggakan sampai ke hari ni, tiada siapa yang tahu had keluasan alam semesta. Entah berapa galaksi yang wujud, entah berapa banyak bintang yang ada, tiada siapa yang tahu dengan tepat. Semuanya hanya jangkaan.

Namun ada banyak juga yang kita tahu, terutamanya yang berkaitan dengan Sistem Suria kita. Jadi hari ni, aku nak kongsi sikit ilmu alam dengan korang semua.



1. Ruang kosong di muka bumi sebenarnya bukan kosong, tapi ada partikel-partikel gas yang dipanggil udara. Tapi di ruang angkasa, ruang kosong memang betul-betul kosong. Takder sekor habuk zarah atom pun yang wujud. Manusia gelar keadaan ini sebagai "vakum".

2. Bunyi yang telinga kita dengar memerlukan medium (bahan) untuk bergerak. Di bumi, bunyi bergerak dengan bantuan udara atau apa saja bahan. Tapi kat ruang angkasa, bunyi memang tak boleh wujud. Jerit la macam mana pun, korang memang tak dapat dibezakan sama ada bisu atau tidak.

3. Dalam keadaan vakum di ruang angkasa, kapal angkasa yang bergerak akan terus bergerak walaupun enjin dimatikan. Ini kerana tiada rintangan udara (atau halangan oleh angin) yang dapat memperlahankan pergerakannya.

4. Kapal angkasa tidak menggunakan enjin untuk bergerak dalam orbit. Ia bergerak dengan bantuan graviti bumi agar kekal dalam orbit. Enjin digunakan hanya untuk mengubah haluan atau kelajuan.

5. Disebabkan tiada tarikan graviti kat angkasa, maka semua orang boleh terapung-apung.

6. Angkasawan boleh menjadi 5 cm lebih tinggi daripada ketinggian asal diorang di ruang angkasa. Ini disebabkan tulang belakang diorang meregang dan tiada tarikan graviti untuk menariknya rapat kembali.

7. Atmosfera ialah suatu lapisan pelindung antara bumi dan matahari. Waktu siang, atmosfera melindungi bumi daripada bahang matahari. Waktu malam, ia bertindak seperti "selimut" yang menghalang haba yang dipancarkan matahari pada siang hari daripada lesap untuk mengekalkan suhu di muka bumi.



8. Matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek Sistem Suria, berada di orbitnya sejak daripada mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan pada masa yang akan datang hinggalah ia meletup dalam kejadian ya.ng dipanggil supernova.

9. Matahari menghasilkan tenaga melalui proses tindak balas nuklear sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat. Nilai ini menyamai 100 billion 1 Megaton bom nuklear!

10. Bahagian malam pada permukaan bumi akan menutup bahagian siang dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam.

11. Bumi yang berdiameter 12,756 km, beredar di orbitnya dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi Matahari, yang sejauh 960 000 000 km dalam masa 365.25 hari.

12. Bulan yang beredar mengelilingi Bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam.



P/s: Hebat bukan? Ciptaan-Nya memang menabjubkan!!!

Four Seasons: Spring, Summer, Autumn and Winter

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, April 27, 2010

7

Melihat perubahan 4 musim mungkin merupakan satu pengalaman yang menakjubkan. Malaysia memang secara semula jadinya bukanlah sebuah negara 4 musim sebab kedudukan Malaysia adalah betul-betul di garisan tengah bumi yang dipanggil Garisan Khatulistiwa.

Jadi hari ni aku nak tunjuk kepada korang suasana 4 musim di negara-negara yang mengalaminya. Berikut adalah gambar di suatu kawasan yang diambil dari sudut yang sama tapi pada 4 musim yang berbeza. Enjoy!


Musim Bunga (Spring)


Musim Panas (Summer)


Musim Luruh (Autumn)


Musim Sejuk (Winter)


P/S: Nak sambung belajar kat Jepun/Korea, so boleh la aku menikmati 4 musim ini dengan kepuasan maksimum=)

Bushido Jepun

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, April 25, 2010

3


Korang tau tak apa tu Bushido? Bushido ni secara mudahnya ialah kod etika samurai Jepun. Ia bukan saja setakat suatu bentuk protokol, tapi juga sebagai semangat. Semangat orang Jepun yang sangat-sangat dibanggakan.

Dahulu, semasa pemerintahan beraja Meiji, samurai merupakan golongan yang dihormati. Samurai dihormati disebabkan mereka merupakan golongan yang sangat berpegang kepada etika Bushido. Kata-kata Maharaja Meiji yang sangat popular ialah: “Kita sudah punyai baju Barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang.”

Hari ini, orang Jepun masih mewarisi semangat ini dan semangat ini telah banyak membawa perubahan besar dalam pembangunan dan kemajuan Jepun itu sendiri. Buktinya ada dalam sejarah.

Dalam sejarah, pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika telah melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya. Detik itu, Jepun mengalami zaman gelap. Tapi kurang 20 tahun kemudian, mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.

Bushido itu sendiri ada 7 falsafahnya. 7 Prinsip Bushido itu ialah:

1. Gi (Ambil keputusan berdasarkan kebenaran)

2. Yu (Berani dan kesatria)

3. Jin (Murah hati, mencintai sesama insan)

4. Re (Santun, bertindak benar)

5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)

6. Meiyo (Menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)

7. Chugo (Mengabdi)


Kat Jepun, sebuah syarikat kereta, Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan semangat Bushido dalam persekitaran kerja diorang. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum diorang mula kerja. Setiap pagi juga diorang akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. untuk menimbulkan semangat berkobar-kobar. Dan diorang berjaya!

Itu Jepun. Bagaimana pulak kita, Melayu Malaysia? Kita sebenarnya ada kod yang lebih hebat daripada Bushido. Apa? Apa lagi kalau bukan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Itu sepatutnya menjadi semangat kita. Kita orang Islam, jadi kita buatlah apa yang Islam anjurkan. Bukan setakat berjaya di dunia, malah di akhirat juga. Jadi apa kata sebelum kita pergi kerja ke atau buat aktiviti pada esok hari, kita mulakan dengan membaca Al-Quran.

Pesanan untuk aku dan korang semua.

Creativity With Clothes

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, April 25, 2010

5










Otak manusia memang hebat. Lagi hebat kalau kita pandai menggunakannya. See... Siapa sangka baju pun boleh dilipat sampai begitu sekali.

Tahniah Dr Chandran!!!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, April 24, 2010

5

Baru-baru ni, seorang lecturer aku telah menamatkan zaman bujangnya. Nama beliau ialah Dr Chandran Somasundram. Beliau ni memang seorang lecturer yang paling digeruni kat Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Malaya. Aku pun takut gak dengan dia ni. Haha...

Apa pun, tahniah diucapkan kepada beliau. Moga beliau dan isteri beliau bahagia sepanjang hayat. Tahniah Dr. Chandran!

Beliau dan isteri beliau.


P/s: Sedih sebab tak dijemput ke majlis perkahwinan=(

Short Update

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, April 23, 2010

2

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai penghuni sekalian alam. Hajat di hati hendak berehat, apakan daya tangan tak sudi. Haha...

Anyway, korang semua rindu aku tak? (pertanyaan yang mengandungi harapan bahawa jawapannya ialah "YA"). Haha...=D

P/S: Entry terpendek aku. Menepati tajuk yang diberi.

Berehat Sebentar...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, April 17, 2010

6

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini semua. Blog ini dengan secara rasminya akan berehat sebentar bermula hari ini hinggalah awal bulan Mei nanti. Hal ini disebabkan tuan punya blog ini sedang sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Harap maklum. Sebarang surat-menyurat tidak dilayan, melain surat cinta sahaja. Keputusan adalah muktamad

Sekian, terima kasih.

P/S: Doakan kejayaan penulis dalam peperikasaan akhir pengajian beliau untuk semester ini. Doa anda amatlah diharapkan.

Buah Limau Masam

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, April 16, 2010

1

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti saja terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Kebiasaannya Rasulullah SAW akan mengajak para sahabat makan bersama, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus saja makan, setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih daripada baginda.

Para sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka pun bertanya akan hal yang menjadi kebingungan mereka itu. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu adalah terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalau kamu semua turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kamu semua yang akan berubah muka atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan daripada orang bukan Islam pula. Manakala wanita kafir itu pula pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa?

Sebenarnya wanita kafir itu berniat untuk mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya dia tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Wasiat Si Nenek

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, April 15, 2010

6

Alkisahnya, nenek kepada seorang wanita bernama Aini dirawat di sebuah hospital. Menurut doktor, asma si nenek ni sudah mencapai tahap kronik sehinggakan perlu dipasangkan alat bantuan pernafasan. Sudah beberapa hari si nenek ni tak bercakap. Dah macam orang koma pun ada.

Si Aini ni berfikir yang jangka hayat neneknya sudah tak lama. Jadi dipanggilnya orang untuk membaca Surah Yassin. Ketika bacaan Yassin baru di pertengahan jalan, tiba-tiba si nenek kepada si Aini ni mencungap-cungap kesesakan nafas, sama macam ikan tak cukup oksigen. Mukanya pucat, tangannya terketar-ketar.

Dengan bahasa isyarat, si nenek ni sempat lagi minta diambilkan kertas dan alat tulis. Dengan baki tenaganya yang ada, si nenek menulis sesuatu di atas kertas itu. Kemudian, diberinya kertas itu kepada seorang lelaki yang mengepalai bacaan Yassin itu tadi. Kudin namanya.

Kudin mengambil kertas itu dan terus saja dimasukkan ke dalam poket. Fikirnya, itu bukan masa yang sesuai untuk membaca wasiat si nenek sedangkan si nenek masih hidup walaupun tengah nazak. Kemudian, Kudin mengajarkan si nenek untuk mengucap 2 kalimah syahadah memandangkan ajalnya si nenek kelihatan begitu hampir.

Tak berapa lama kemudian, si nenek ni pun meninggal dunia.

Keesokan harinya, Kudin memanggil semua ahli keluarga si nenek ni berkumpul. Selesai memimpin bacaan doa, Kudin pun menyatakan tujuan dia memanggil semua orang berkumpul.

"Saudara-saudara sekalian. Ini ada surat wasiat dari almarhum yang belum sempat saya sampaikan. Saya sendiri pun belum melihatnya. Jadi, marila kita sama-sama membaca wasiat si nenek ini."

Kudin pun lantas membaca surat tersebut dengan lantang, yang ternyata berbunyi:

"Kudin jangan berdiri kat situ! Jangan pijak saluran oksigen aku!"

Semua hadirin termasuk Kudin lantas diam 1000 bahasa...


Today's Menu: Moving Thought

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, April 14, 2010

2

"Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one so that when we finally meet the right person, we will know how to be grateful for that gift."


"When the door of happiness closes, another opens, but often times we look so long at the closed door that we don't see the one which has been opened for us."


"The best kind of friend is the kind you can sit on a porch and swing with, never say a word, and then walk away feeling like it was the best conversation you've ever had."


"It's true that we don't know what we've got until we lose it, but it's also true that we don't know what we've been missing until it arrives."


"Giving someone all your love is never an assurance that they'll love you back! Don't expect love in return; just wait for it to grow in their heart but if it doesn't, be content it grew in yours. It takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone."


"Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes only a smile to make a dark day seem bright. Find the one that makes your heart smile."


"Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you want to be, because you have only one life and one chance to do all the things you want to do."


"May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy."


"Always put yourself in others' shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person, too."


"The happiest of people don't necessarily have the best of everything; they just make the most of everything that comes along their way."


"Happiness lives for those who cry, those who hurt, those who have searched, and those who have tried, for only they can appreciate the importance of people who have touched their lives. Love begins with a smile, grows with a kiss and ends with a tear. The brightest future will always be based on a forgotten past, you can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches."


"When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're the one who is smiling and everyone around you is crying."

Tag Daripada Cik Nabilah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, April 14, 2010

1

Cik Nabilah datang lagi dengan tag terbarunya. Haha (macam iklan JoJo jer..=p). Ok. Pertama sekali, saya nak mintak maaf kepada Cik Nabilah kerana lambat menjawab tag ini. Kedua, nak minta maaf jugak kerana dengan suka hatinya, saya mengubah suai tag Cik Nabilah ni. Haha

Ok la. Cik Nabilah ni bagi tag yang simple aje. Tugasnya ialah bukak folder picture and cari gambar yang ke-8. Disebabkan folder picture milik Fiq ni banyak sangat subfolder, maka Fiq dengan sesuka hatinya meneruskan pencarian gambar ke-8 dalam setiap subfolder ke-8 yang ada dalam folder ke-8. Pening tak ayat ni? Haha...

Lepas jumpa gambar tu, kena plak postkan dan cerita sikit pasal gambar tu. Dan hasilnya:





Ni la gambar ke-8 yang diselongkar gali dari folder picture. Haha...

Amacam? Lawa? Geli? Haha. Gambar ni sebenarnya didownload oleh Fiq pada suatu masa dahulu, iaitu ketika kegiatan mencari wallpaper lawa giat dijalankan. Fiq sendiri tak tau apa motif minyak + bayi + bola. Macam takder kaitan jer... Huhu. Takkan la ni anak orang minyak plak kan? Haha.

Apapun, tag selesai. Chow dulu. Haha

The Eyes

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Tuesday, April 13, 2010

4

Once upon a time, there was an old man sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All the passengers are settling down into their seats. As the train started the young man was filled with a lot of joy and curiosity.

He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all the trees are going behind."

The old man smile and admired his son's feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversation between father and son. They were little awkward with the attitude of the 25 years old man behaving like a small child.

Suddenly the young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with the train."

The couple was watching the young man in embarrassingly. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He is filled with joy and he closed his eyes. He shouted again," Papa it's raining, water is touching me, see papa."

The couple couldn't help themselves and ask the old man, "Why don't you visit the doctor and get your son treated???"

The old man said, "Oh yes... We were from the hospital. Today my son got his eyes for the first time in his life."


Moral of the story

We must not come to any conclusion until we know all the "facts"...
Learn from the past, live in the present and work for the future...


Creativity With Finger

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, April 12, 2010

6

Hari ni, jom kita layan gambar kreatif: Gambar jari yang sengal!=)


Hai... Nama saya Jari...=p


Yo yo... Watsap man... Go go rapper!!


Jangan bergerak! Saya Pencuri! Keluarkan jari anda sekarang!!!


Hidup ku sepi di Antartika... Huhu


Membaca itu amalan mulia. Marilah kita sama-sama menjadi ulat buku...=)


I'm the first finger astronaut from Malaysia=p


Mak oii! Kepala aku terbakor!!!


Sape nak belajar kungfu dengan aku, bayar yuran RM2143.57 sebulan. No money, no talk!


Ape pesanan cik adik tadi? Kombo A atau B??


Jangan jadi macam aku. Makan sebelum lapar, berhenti selepas kenyang=p


Sape la si sengal yang main baling-baling pisau ni. Nasib baik tak kena medula oblongata aku.


Wah... Bestnyer pantai Langkawi. Mat salleh pun banyak. Haha=D


Doakan kami bahagia ke anak cucu cicit piut dan seterusnya...=)


We are the finger's family (yang penting, ni bukan kaki Fiq)