Iklan Temuduga, Terbuka Kepada Semua

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, April 06, 2010

Perhatian: Temuduga Terbuka!!!


EMPAT GANJARAN LUMAYAN:
1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan di Padang Masyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang Kekal Abadi


LOKASI TEMUDUGA: Di Dalam Kubur (Alam Barzakh)


KELAYAKAN:
1. Anda tidak perlu bawa sijil-sijil
2. Anda tidak perlu bawa pingat
3. Anda tidak perlu bawa harta atau wang (yang banyak)
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem, atau berbadan tegap atau seksi.
(Anda cuma perlu bawa dokumen asal Iman dan Amal)


PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir (Bertauliah)


ENAM SOALAN UTAMA YANG MUDAH AKAN DISOAL:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda hanya perlu menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila–bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.


“SEMOGA BERJAYA”


“SELAMAT MENJAWAB”



Nota:
Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan tapi hanya iman dan amal sahaja akan menentukan dapatkah kita menjawabnya. Marilah sama-sama kita bersedia, menambahkan amal kita, moga kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya.


Comments (4)

Abe fiq, jgn lupo khamis ni kita ada temuduga gak kat IPS. haha

satu2nya temuduga yang telah diketahui soalannyakan
herm
tq untuk ingatan ini fiq
hati manusia memang perlukan makanan rohani mcm ni

hehehe.
temuduga yang paling payah sekali.
(:

setiap org akan menghadapi temuduga ini....marilah sama2 kita memperkuatkn ilmu n amal dan iman kita agar kita dpt menjwp kelak..amin...