Tag Daripada Cik Nabilah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, April 14, 2010

Cik Nabilah datang lagi dengan tag terbarunya. Haha (macam iklan JoJo jer..=p). Ok. Pertama sekali, saya nak mintak maaf kepada Cik Nabilah kerana lambat menjawab tag ini. Kedua, nak minta maaf jugak kerana dengan suka hatinya, saya mengubah suai tag Cik Nabilah ni. Haha

Ok la. Cik Nabilah ni bagi tag yang simple aje. Tugasnya ialah bukak folder picture and cari gambar yang ke-8. Disebabkan folder picture milik Fiq ni banyak sangat subfolder, maka Fiq dengan sesuka hatinya meneruskan pencarian gambar ke-8 dalam setiap subfolder ke-8 yang ada dalam folder ke-8. Pening tak ayat ni? Haha...

Lepas jumpa gambar tu, kena plak postkan dan cerita sikit pasal gambar tu. Dan hasilnya:





Ni la gambar ke-8 yang diselongkar gali dari folder picture. Haha...

Amacam? Lawa? Geli? Haha. Gambar ni sebenarnya didownload oleh Fiq pada suatu masa dahulu, iaitu ketika kegiatan mencari wallpaper lawa giat dijalankan. Fiq sendiri tak tau apa motif minyak + bayi + bola. Macam takder kaitan jer... Huhu. Takkan la ni anak orang minyak plak kan? Haha.

Apapun, tag selesai. Chow dulu. Haha

Comments (1)

hye fiq..

thnks coz sudi meluangkan masa melayan tag ni..hehe

erm...scary jer gambar ni... ;P