Buah Limau Masam

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, April 16, 2010

Diceritakan bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti saja terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Kebiasaannya Rasulullah SAW akan mengajak para sahabat makan bersama, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus saja makan, setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih daripada baginda.

Para sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka pun bertanya akan hal yang menjadi kebingungan mereka itu. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan, "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu adalah terlalu masam semasa aku merasainya kali pertama. Kiranya kalau kamu semua turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kamu semua yang akan berubah muka atau memarahi wanita tersebut. Aku bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan daripada orang bukan Islam pula. Manakala wanita kafir itu pula pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa?

Sebenarnya wanita kafir itu berniat untuk mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya dia tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Comments (1)

ya
rasulullah itu adalah sebaik2 contoh untuk kita:-)
akhlak baginda adala Al-Quran