Senyum Itu Kelopak. Ketawa Itu Bunga Yang Sempurna Kembangnya
Posted by Fiq | Posted in Artikel, Fisiologi | Posted on Saturday, April 10, 2010
Senyum dan ketawa bukan sesuatu yang mudah dilakukan bagi sesetengah orang. Ada orang yang hidupnya hanya dipenuhi cerita sedih tanpa secebis pun perkara gembira yang berlaku dalam hidupnya. Bagi kita yang mampu senyum dan ketawa sentiasa, bersyukurlah. jadi untuk hari ini, aku nak berkongsi kegembiraan senyum dan ketawa dengan korang semua.
1. Para saintis bertauliah mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana ia dapat merangsang seluruh tubuh korang dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon.
2. Pengkaji yang bertauliah juga percaya bahawa dengan memulakan hari dengan senyuman ia bukan sahaja berupaya menceriakan hidup korang tapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila korang tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap korang gembira.
3. Selain itu, bila korang dan juga aku tersenyum, korang dan aku hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Maknanya muka masam lebih meletihkan daripada muka ceria...=)
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi , lantas menjadikan korang dan aku rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila korang dan aku ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum korang dan aku ketawa.
6. Korang juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tak hairan la kalau orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. Maka, moralnya, jadilah kanak-kanak!=p
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stres iaitu stres yang baik dan stres yang tak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. Stress yang tak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas juag, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon seperti "endorphins" dan "neurotransmitters" semakin baik dan hormon stres seperti "cortisol" dan "adrenaline" semakin menurun.
9. Ketika korang dan aku ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah dan menambah kemasukan oksigen dalam darah Ni secara tak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. Jadi, demi jantung kita, marilah kita ketawa.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. jadi pada yang masih menuntut, take note ok..=)
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang mampu memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Akhir sekali, pujangga ada menyebut : "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"
Pesanan:
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah. Jangan senyum sinis dah lah... Tu tak baik dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak. Sederhana itu adalah yang terbaik...=)
SMILE FOR YOU... (^_^)
muncul di sini dengan memberi sekuntum senyuman yg ikhlas je...
sorry lame tak dtg melawat blog kamu..kesibukan...hehehhe..
bersederhana dalam semua perkara ada lah y terbaik
hehe
:) 1 senyuman utk kamu dan pengomen2 yg lain