Tolong Jangan Sambut April Fool!

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, April 01, 2010


Banyak orang kita terutamanya yang beragama Islam sekarang ni bila tiba 1 April, ada saja benda nakal nak dibuat untuk mengenakan orang. Kononnya 1 April ialah April Fools' Day. Dan kononnya juga hari ni adalah hari yang diperuntukkan untuk membuat perkara-perkara nakal.

Kepada korang yang fikir macam tu, kepala hotak ko aku nak cakap! Korang tu yang "fool". Korang tau tak sejarah di sebalik "hari bengong' ni? Kalau tak tahu, meh aku bagitau supaya korang tau apa sebabnya kita tak boleh sambut April Fool.

Sebenarnya, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!

Jadi sebagai pesanan akhir, "Tolong jangan sambut April Fool!"


Comments (4)

hmm...itu la kisah sebenarnya di sebalik April Fool ni..

thnks coz sudi berkongsi.. :)

seingt sy la..sy tk pernh terfikir nk smbut april fool or terkena pada hari april fool.. ;)

yeahhhh..saya mmg xpernah smbt april fool...uhuuhu

xpernah smbt gak...xsedar pon 1 april ni..aku anggap cm hari bdk2..
baru rau sejarah dia..thnx fiq

erm
sedeykan
umat Islam ni bnyk yang buta pasal hal ini
tp 1 april
memang pntg dlm hdup cik hasni;-p