Keajaiban Tubuh Manusia - Bahagian Akhir

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, April 03, 2010

Ada kuala ada hilir, ada mula ada akhir. Setelah bermingglu lamanya aku mengetengahkan siri "Keajaiban Tubuh Manusia" ini, maka hari ini secara rasminya tamatlah siri ini. Untuk bahagian akhir ini, aku letak bermacam perkara tanpa mengikut subjek. Harap korang enjoy dengan apa yang dipersembahkan...=)




1. Makin sejuk suhu bilik yang kita tidur, makin tinggi kebarangkalian untuk kita bermimpi buruk atau ngeri! Saintis pun masih pening pikir fenomena ni. Jadi sebagai cadangan untuk mereka yang lemah semangat: Tidurlah dalam keadaan bilik yang panas...=p

2. Air mata dan mukus (macam air hidung gitu) mengandungi sejenis enzim yang dipanggil lisozim yang boleh membunuh banyak jenis bakteria, kuman dan yang seangkatan dengannya. Mukus ni bukan je ada kat hidung, tapi kat saluran tekak dan trakea pun ada. Dengan adanya mukus ni, maka ia menghalang bakteria daripada menjangkiti kawasan tersebut.

3. Dalam tempoh masa 30 minit, badan aku, korang dan kebanyakan manusia kat dunia ni menghasilkan haba yang mampu mendidihkan setengah gelen air! Bukan tu jer, nak masak pasta pun boleh.

4. Telinga menghasilkan lelilin telinga (atau korang lebih mengenalinya sebagai tahi telinga) lebih banyak jika kita berada dalam ketakutan. Kajian menunjukkan yang perasaan takut menyebabkan telinga menghasilkan lebih banyak lelilin atas alasan yang masih belum dapat dipastikan dengan pasti.

5. Adalah sesuatu yang mustahil untuk kita menggeletek diri sendiri. Orang yang paling mudah merasa geli pun tidak mampu untuk menggelikan diri sendiri. Kalau tak caya, cuba la sendiri.

6. Panjang depaan tangan korang sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan ketinggian korang. Cuba try test ukur tengok...

7. Dalam Kingdom Animalia, manusia adalah satu-satunya spesies yang menghasilkan air mata menerusi emosi.

8. Perempuan membakar lemak lebih lambat daripada lelaki. Disebabkan tuntutan peranan wanita dalam reproduktiviti, mereka ni memerlukan kapasiti asas lemak badan yang lebih banyak daripada lelaki.


Dengan itu maka berkhirlah siri ini. Harap korang mendapat manfaat daripadanya. Korang gembira, aku bahagia=)


Comments (2)

hmm...memang bnyk manfaat pun daripada n3 ni.. ;)

hmm...suka in4 no 1..semalam mmg mimpi buruk pun n suhu bilik time tu mmg sejuk..huhu.. kebetulan lak.. ;)

dah abis ke...
laaa cptnyerr...
hihihhi..
mcm2 fiq dah kongsi dgn kami yerr..terima kasih fiq..jasamu dikenang...hihihi