Bushido Jepun

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, April 25, 2010


Korang tau tak apa tu Bushido? Bushido ni secara mudahnya ialah kod etika samurai Jepun. Ia bukan saja setakat suatu bentuk protokol, tapi juga sebagai semangat. Semangat orang Jepun yang sangat-sangat dibanggakan.

Dahulu, semasa pemerintahan beraja Meiji, samurai merupakan golongan yang dihormati. Samurai dihormati disebabkan mereka merupakan golongan yang sangat berpegang kepada etika Bushido. Kata-kata Maharaja Meiji yang sangat popular ialah: “Kita sudah punyai baju Barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang.”

Hari ini, orang Jepun masih mewarisi semangat ini dan semangat ini telah banyak membawa perubahan besar dalam pembangunan dan kemajuan Jepun itu sendiri. Buktinya ada dalam sejarah.

Dalam sejarah, pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika telah melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya. Detik itu, Jepun mengalami zaman gelap. Tapi kurang 20 tahun kemudian, mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.

Bushido itu sendiri ada 7 falsafahnya. 7 Prinsip Bushido itu ialah:

1. Gi (Ambil keputusan berdasarkan kebenaran)

2. Yu (Berani dan kesatria)

3. Jin (Murah hati, mencintai sesama insan)

4. Re (Santun, bertindak benar)

5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)

6. Meiyo (Menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)

7. Chugo (Mengabdi)


Kat Jepun, sebuah syarikat kereta, Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan semangat Bushido dalam persekitaran kerja diorang. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum diorang mula kerja. Setiap pagi juga diorang akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. untuk menimbulkan semangat berkobar-kobar. Dan diorang berjaya!

Itu Jepun. Bagaimana pulak kita, Melayu Malaysia? Kita sebenarnya ada kod yang lebih hebat daripada Bushido. Apa? Apa lagi kalau bukan apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

Itu sepatutnya menjadi semangat kita. Kita orang Islam, jadi kita buatlah apa yang Islam anjurkan. Bukan setakat berjaya di dunia, malah di akhirat juga. Jadi apa kata sebelum kita pergi kerja ke atau buat aktiviti pada esok hari, kita mulakan dengan membaca Al-Quran.

Pesanan untuk aku dan korang semua.

Comments (3)

harakiri ...
bunuh diri bila malu
pnh tgok d last samurai?
bnyak yg positive boleh kita ambil

nice entry ... 5 star!
jom bangkit!!!


>>___<<

mari jadi samurai..heh

btl
kt blh jadi bngsa y maju skranya mengamalkan alquran
bukan skdr membacanya sahaja
nice entry fiq