Solat Yang Tak Diterima
Posted by Fiq | Posted in Agama | Posted on Friday, April 09, 2010
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah SAW juga bersabda bahawa, "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT, antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri dari medan perang.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Hassan r.a pernah berkata, "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Oleh itu wahai teman, marilah kita menjaga solat kita. Biarlah apa yang kita buat mendapat kredit ke syurga iaitu pahala.
Jaga diri, jaga iman, jaga amal...

hmm..betul tu...renung2kn dan selamat beramal.. :)
insyaAllah
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal