Angkasa Dan Alam Semesta

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, April 28, 2010

Alam semesta ni sememangnya diciptakan seluas-luasnya hinggakan sampai ke hari ni, tiada siapa yang tahu had keluasan alam semesta. Entah berapa galaksi yang wujud, entah berapa banyak bintang yang ada, tiada siapa yang tahu dengan tepat. Semuanya hanya jangkaan.

Namun ada banyak juga yang kita tahu, terutamanya yang berkaitan dengan Sistem Suria kita. Jadi hari ni, aku nak kongsi sikit ilmu alam dengan korang semua.



1. Ruang kosong di muka bumi sebenarnya bukan kosong, tapi ada partikel-partikel gas yang dipanggil udara. Tapi di ruang angkasa, ruang kosong memang betul-betul kosong. Takder sekor habuk zarah atom pun yang wujud. Manusia gelar keadaan ini sebagai "vakum".

2. Bunyi yang telinga kita dengar memerlukan medium (bahan) untuk bergerak. Di bumi, bunyi bergerak dengan bantuan udara atau apa saja bahan. Tapi kat ruang angkasa, bunyi memang tak boleh wujud. Jerit la macam mana pun, korang memang tak dapat dibezakan sama ada bisu atau tidak.

3. Dalam keadaan vakum di ruang angkasa, kapal angkasa yang bergerak akan terus bergerak walaupun enjin dimatikan. Ini kerana tiada rintangan udara (atau halangan oleh angin) yang dapat memperlahankan pergerakannya.

4. Kapal angkasa tidak menggunakan enjin untuk bergerak dalam orbit. Ia bergerak dengan bantuan graviti bumi agar kekal dalam orbit. Enjin digunakan hanya untuk mengubah haluan atau kelajuan.

5. Disebabkan tiada tarikan graviti kat angkasa, maka semua orang boleh terapung-apung.

6. Angkasawan boleh menjadi 5 cm lebih tinggi daripada ketinggian asal diorang di ruang angkasa. Ini disebabkan tulang belakang diorang meregang dan tiada tarikan graviti untuk menariknya rapat kembali.

7. Atmosfera ialah suatu lapisan pelindung antara bumi dan matahari. Waktu siang, atmosfera melindungi bumi daripada bahang matahari. Waktu malam, ia bertindak seperti "selimut" yang menghalang haba yang dipancarkan matahari pada siang hari daripada lesap untuk mengekalkan suhu di muka bumi.



8. Matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek Sistem Suria, berada di orbitnya sejak daripada mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan pada masa yang akan datang hinggalah ia meletup dalam kejadian ya.ng dipanggil supernova.

9. Matahari menghasilkan tenaga melalui proses tindak balas nuklear sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat. Nilai ini menyamai 100 billion 1 Megaton bom nuklear!

10. Bahagian malam pada permukaan bumi akan menutup bahagian siang dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam.

11. Bumi yang berdiameter 12,756 km, beredar di orbitnya dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi Matahari, yang sejauh 960 000 000 km dalam masa 365.25 hari.

12. Bulan yang beredar mengelilingi Bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam.



P/s: Hebat bukan? Ciptaan-Nya memang menabjubkan!!!

Comments (4)

subhanallah..kuas Maha Pencipta

mcm tgh tgk cerita national geographic jer...nice.. ;)

tak perlu tgk national geography pun takpe..rerajin je dtg blog fiq ne..
mcm-mcm information leh tahu..suke..

ya...sgt hebat ciptaan ALLAH...syukur sgt2...