Perempuan Kerepot Dalam Bilik Tingkat Atas

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, April 08, 2010

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri daripada satu suku kaum orang asli tinggal di dalam hutan Amazon. Rumah diorang ni dibina kat atas pokok. Siap 2 tingkat lagi tu beb... Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buahan hutan. Si isteri pula tinggal mengemas di rumah. Kiranya si isteri ni suri rumah sepanjang masa.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan seperti yang selalu dibuatnya. Sedang mencari-cari itu, tiba-tiba dia terjumpa sebuah cermin besar. Dia pun bawak balik cermin tu dan disimpannya cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan si isteri.

Sejak hari kejadian terjumpanya cermin itu, setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, si suami ni akan masuk ke bilik di tingkat atas dan melihat cerminnya. Sehinggalah pada satu hari, si isteri mula rasa pelik melihat telatah suaminya yang suka sangat pegi kat tingkat atas walhal tingkat atas tu jarang sangat diorang guna.

Maka si isteri tu mula la bertindak sebagai penyiasat tak bertauliah untuk menyelidik sendiri apa yang best sangat bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya itu. Ye la, mana tahu kalau-kalau suaminya itu menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Si isteri ni punyalah terkejut cimpanzi bila saja dia masuk ke bilik tu. Apa yang dinampaknya ialah sebuah cermin yang ada bayangnya sendiri. Oleh sebab si isteri ni punyalah macam katak bawah tempurung kelapa (bukan kepala atau kepala lutut), dia tak tau cermin tu apa. Jadi dia pun fikir yang orang dalam cermin tu sememangnya perempuan simpanan suaminya.

Si isteri yang biul ni pun apa lagi, terus saja berlari dan meraung menangis mencari maknya. Jumpa aje dengan maknya, dia pun cerita la pasal perempuan dalam bilik di rumahnya itu. Mak dia pun dengan marahnya nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suami anaknya tu.

Sampai aje kat rumah anaknya, si mak ni terus masuk ke bilik tersebut. Anak perempuannya tu tungu kat luar je sebab terlampau sedih. Tak lama kemudian, si mak ni keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Si isteri ni naik hairan lalu bertanya, "Apasal mak ketawa pulak?"

Maknya dengan tangan menekan perut sebab geli hati menjawab, "Apa teruk benor selera suami kamu tu. Kalau ye pun nak kahwin lain, cari la perempuan yang elok sikit. Ini tak. Mak tengok perempuan kat bilik tu, dah la tua, kerepot, hodoh pulak tu! Hahahaaaa.."

Cerita ini tamat di sini dengan si isteri menjadi celaru dan si maknya gelak bagai nak gila.


Comments (3)

terfiki
ada lagi x manusia yang tak tahu apa itu cermin?

seyes lawak

haha.
ni zaman cermin belum wujud kot