Krisis DNA Boleh Menimbulkan Syak Wasangka Walapun Bagi Seorang Budak Kecik!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, February 28, 2010

14


Bukan setakat budak, orang lain pun mesti fikir lain beb!

Keajaiban Tubuh Manusia - Deria

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 27, 2010

4

Kita mengenal persekitaran dunia melalu 5 deria utama: lihat, dengar, rasa, hidu dan sentuh. Kadang-kadang ada manusia yang dikurniakan dengan kelebihan deria keenam yang mana ia merupakan spekulasi terbesar dalam dunia sains disebabkan pembuktian kewujudan deria keenam masih belum dapat dibuat secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, dengan 5 deria, manusia sudah cukup berkuasa untuk meneroka dunia. Di sini aku nak kongsikan beberapa perkara menarik tentang keupayaan deria manusia.




1. Selepas makan terlalu banyak, deria pendengaran menjadi kurang tajam. Jadi kalau korang nak pergi konsert atau nak ambik test MUET, jangan makan banyak sangat sebelum pergi.

2. Hanya satu pertiga penduduk dunia yang mempunyai penglihatan yang betul-betul baik dan sempurna. Maknanya majoriti penduduk dunia adalah golongan pemakai cermin mata atau kanta lekap! Makin kita tua, makin kurang penglihatan kita...

3. Jika air liur tidak boleh "melarut" sesuatu, kita takkan dapat merasa benda itu. Maknanya untuk merasa, bahan kimia daripada sesuatu makanan perlulah "terlarut" dalam air liur. Kalau tak percaya, keringkan lidah korang sebelum merasa sesuatu makanan. Tapi jangan plak gi bakar lidah. Masuk hospital aku tak nak tanggung!

4. Wanita dilahir sebagai penghidu yang lebih baik daripada lelaki sepanjang hayatnya. Kajian menunjukkan wanita lebih berkeupayaan mengenal pasti sesuatu berdasarkan baunya. Diorang lebih mudah mengenal pasti bauan sitrus, vanila dan kopi. Tapi, 2% populasi wanita kat dunia ni sebenarnya takde deria bau langsung!

5. Hidung kita boleh mengenal pasti lebih kurang 50 000 bauan berbeza. Anjing plak mempunyai hidung yang berjuta kali lebih sensitif daripada manusia.

6. Semua orang mempunyai bau badan tersendiri, kecuali bagi kembar seiras. Bayi yang baru dilahirkan boleh mengenal pasti bauan ibunya. Dikatakan bahawa bauan badan adalah sebahagian daripada warisan genetik, tetapi ia sebenarnya lebih kepada pengaruh persekitaran, diet dan barangan (sabuan atau shampu) yang digunakan.


Begitulah deria kita. Walapun kali ini paparannya agak pendek, harap manfaatnya cukup besar buat korang...=)

Wassalam...


Solat 5 Waktu: Sejarah Dan Asal-Usulnya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, February 26, 2010

5

Solat 5 waktu merupakan rukun Islam yang kedua. Diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj, solat 5 waktu sebenarnya mempunyai sejarah awal asal usulnya.


SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua - Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama - Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua - Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga - Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat - Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama - Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua - Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga - Kelam dengan malam.
Rakaat keempat - Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama - Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua - Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga - Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama - Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua - Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga - Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat - Dukacita terhadap anak Firaun.



Apapun jangan tau sejarah aje, tapi sembahyangnya tidak! Jaga solat, bermakna kita menjaga tiang agama...


Salam Maulidur Rasul

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, February 25, 2010

6


Marilah sama-sama kita mengingati junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan berselawat ke atas baginda... Bukan hari ni saja, tapi esok, lusa dan hari-hari yang seterusnya sehinggalah kita sendiri kembali ke Rahmatullah...

Salam Maulidur Rasul sekali lagi kepada semua...=)

Salah Encik Sendiri. Ianya Sudah Tersedia Semalaman, Kenapa Tidak Dimanfaatkan...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, February 25, 2010

8

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri dalam perjalanan ke sebuah bandar. Dek kerana jaraknya yang masih lagi jauh, mereka membuat keputusan untuk singgah dan menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan mereka keesokan paginya.

Namun sepanjang perjalanan mereka, masih belum ada lagi batang tiang hotel yang boleh dinampak oleh mata kasar manusia biasa. Jalan punya jalan punya jalan, akhirnya mereka bertemu jua dengan sebuah hotel. Hotel itu boleh dikatakan cukup bagus walaupun tidak berbintang. Jadi mereka pun bemalam la kat situ dengan amannya.

Keesokan paginya ketika sedang check out di lobi, pasangan suami isteri itu hampir menjerit macam kena sampuk. Mereka terkejut sebab dikenakan bayaran sebanyakRM 200.

"Hah? Ini kadar bayaran untuk hotel 5 bintang! Awak ni salah kira ke? Pegi sekolah ambik subjek Matematik Tambahan tak dulu?!" kata si suami dengan nada terkejut.

Si suami yang tidak berpuas hati serta perut lantas meminta dipanggilkan pengurus hotel itu untuk membantah harga yang terlalu mahal. Maka tidak beberapa lama selepas itu datanglah si pengurus berbadan katik menemui si suami tadi.

Setelah mendengar dengan teliti penjelasan pekerjanya, si pengurus berkata, "Encik perlu sedia maklum bahawa hotel ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan pelbagai hiburan yang semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tak guna langsung kemudahan tu semua. Kami hanya tidur. Pendek kata kami hanya berada di bilik sepanjang malam," kata si suami berkeras.

"Salah encik sendiri. Kemudahan itu kami sediakan untuk dimanfaatkan pelanggan," kata si pengurus katik tanpa mahu mengaku salah dan kalah.

Si suami lantas macam bengong seketika mendengar hujah si pengurus katik itu. Dia berfikir sebentar dan memandang wajah isterinya. Beberapa ketika kemudian, si suami membuka dompetnya, mengeluarkan sekeping not RM 50 dan mengulurkannya kepada pengurus katik tersebut dengan muka yang selamba ayam.

"Ini baru RM 50 encik... Budak tak pegi tadika pun tau berapa kena bagi untuk cukup RM200..." kata si pengurus.

"Owh. Macam ni... Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar, iaitu saya merelakan encik tidur dengan isteri saya," kata si suami dengan muka yang masih selamba ayam, ayam Belanda mungkin...

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri encik..." balas si pengurus kehairanan sambil menggaru buntutnya yang tidak gatal.

"Salah encik sendiri. Ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..." kata si suami dengan air muka yang tidak bersalah langsung!


Jatuh 7 Kali, Bangun 8 Kali

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, February 24, 2010

18


Dalam hidup kita, bukan setiap hari yang dilalui adalah hari yang penuh dengan kegembiraan mahupun senyuman. Ada kalanya, air mata dan tisu menjadi peneman diri.

Dalam hidup kita, bukan setiap hari yang dijalani adalah hari di mana kita sentiasa sihat dan cergas. Ada kalanya, sakit itu datang dan singgah sebentar.

Dan dalam hidup kita juga, bukan setiap hari yang ditempuhi adalah hari di mana kita menempa kejayaan dan kegemilangan. Ada kalanya kegagalan tetap datang mengetuk pintu kehidupan kita.

Namun ketika masa sukar itu datang melanda, janganlah kita menyerah begitu sahaja. Kita sepatutnya pantang untuk mengaku kalah.

Begitulah prinsip aku. Apa guna kalau aku menyerah sedangkan masih ada sesuatu yang aku boleh buat tentangnya. Hidup kita ni bukan satu perjalanan yang sia-sia kalau kita sendiri tak sia-siakan peluang yang ada, tak gitu?

Kalau korang nak tau, aku terpengaruh dengan satu Peribahasa Jepun ni: “Jatuh 7 kali, bangun 8 kali”.

Mudah untuk diingat, tapi sangat dalam maksudnya kalau korang tau mendalami maknanya...

By the way, Selamat Hari Rabu!=)

The Easiest Question For Your Brain Today

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, February 23, 2010

14

You think you are very clever? If so, can you answer the following question? It is very easy... Only one answer!

1. The word has seven letters...
2. Preceded God...
3. Greater than God...
4. More Evil than the devil...
5. All poor people have it...
6. Wealthy people need it...
7. If you eat it, you will die!



Did you figure it out?
Try hard before looking at the answers...





Did you get it yet??







... Give up?



















Brace yourself for the answer...












The answer is:

NOTHING!
NOTHING has 7 letters...
NOTHING preceded God...
NOTHING is greater than God...
NOTHING is more Evil than the devil...
All poor people have NOTHING...
Wealthy people need NOTHING...
If you eat NOTHING, you will die!


Have a nice day ahead=)

Melihat Apa Yang Orang Lain Pernah Lihat, Berfikir Tentang Apa Yang Orang Lain Tak Pernah Fikir

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, February 22, 2010

16

Seperti yang korang semua sedia maklum, aku merupakan seorang pelajar yang menuntut dalam bidang sains. Secara spesifiknya, aku menuntut dalam ilmu biologi.

Dulu, masa aku kat matrik, semua orang fikir yang bila kita menuntut ilmu biologi, kita menjurus kepada menjadi seorang doktor. Dan masa tu semua orang ingat bila aku keluar matrik nanti, aku akan sambung ambik Jurusan Perubatan kat mana-mana universiti.

Tapi sangkaan orang meleset bila aku menerima tawaran menyambung pengajian dalam Jurusan Bioteknologi kat Universiti Malaya. Haha.. Aku tak jadi doktor!

Sebenarnya cita-cita aku masa kecik dulu adalah untuk menjadi seorang saintis. Dulu, kini dan InsyaAllah selamanya, itulah cita-cita aku. Dan untuk mencapai cita-cita aku tu, ianya bukanlah sesuatu yang senang. Tambah-tambah kalau belajar kat Universiti Malaya... Haha

Sebenarnya saintis bukanlah seperti yang difikirkan oleh orang kebanyakan. Saintis tidak semestinya orang yang selalu lepak dalam makmal sambil pegang bikar yang berisi cecair biru! Saintis juga tidak semestinya orang yang berkepala botak ditengah dan memakai cermin mata tebal serta berkot putih!

Saintis adalah seseorang yang memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang yang diceburinya. Tak kira la dalam makmal ke, kat lapangan ke, kerja saintis ada di mana-mana beb! Dia merupakan perintis kepada sesebuah idea dan ideanya itu boleh dipakai untuk kemajuan hidup manusia itu sendiri.

Dia bukanlah seseorang yang luar biasa. Dirinya hanyalah biasa, tapi sentiasa membuahkan idea yang luar biasa. Luar biasanya pula bukanlah sesuatu yang abnormal, tapi luar biasanya itu adalah sesuatu perkara penting yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain.

Cuba korang baca kata orang ni:


"Research is to see what everybody has seen, and to think what nobody else has thought."

-Albert Szent-Gyoergi, winner of the Nobel Prize in Medicine for his discovery of Vitamin C-



Aku harap aku adalah seperti itu. InsyaAllah...=)


Aku (kiri) dan member aku, Chan, yang bakal menjadi saintis berjaya!=)


Pendedahan Eksklusif Potret Keluarga Ayah Pin!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, February 21, 2010

20


Gila punya gambar... Bukan main banyak lagi anak Ayah Pin ye... Haha. Jangan marah ha... Nanti kena jual!=D


Keajaiban Tubuh Manusia - Fungsi Badan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 20, 2010

6

Badan manusia memang sangat tepat dari segi rekaan simetrinya. Organ-organ di dalam badan adalah sebahagian daripada 10 sistem utama di dalam badan manusia. Setiap sistem pula mempunyai peranan masing-masing dalam menjalankan fungsi badan.

Kita hidup sebab badan kita masih berfungsi. Kalau tak berfungsi, alamat matilah kita ni. Jadi, untuk siri kali ni, mari kita semua lihat keajaiban fungsi tubuh badan manusia.






1.
Kelajuan masa korang bersin selalunya melebihi 161 km sejam. Kalau la mata terbuka sewaktu kita bersin, sah bersembul keluar kedua-dua bijik mata kita. Jadi jangan cuba buat! Ketika bersin juga, semua organ dalam badan berhenti berfungsi, termasuk jantung.

2. Kelajuan batuk lak ada la dalam 96 km sejam. Kalau bilik pejabat atau bilik darjah tu agak kecil dan lebih-lebih lagi ada pendingin hawa, maka memang mudah la virus yang keluar masa korang batuk tu tersebar.

3. Wanita mengerlipkan mata dua kali lebih banyak berbanding lelaki. Dan dalam seminit, manusia akan mengerlipkan mata purata sebanyak 13 kali. Tapi kalau jenis lelaki mata keranjang, pantang nampak pompuan pun mata asyik kenyit jugak...

4. Pundi kencing ketika penuh adalah lebih kurang sebesar bola softball. Secara puratanya, ia mampu menyimpan 400-800 ml cecair (air kencing la maknanya...) tapi selalunya korang akan rasa dah nak terkencing sesangat pada kandungan 250-300 ml.

5. Secara kiraan kasarnya, 75% daripada kandungan najis kita adalah air. Kita patutnya rasa bersyukur sebab kalau la kandungan air kat najis kurang, memang susah kita nak buang air besar. Jadi keras semacam aje... Uwekk!

6. Tapak kaki ada lebih kurang 500 000 kelenjar peluh dan mampu menghasilkan lebih daripada 500 ml peluh sehari. Ni kalau kumpul air peluh ni memang sama banyak dengan air meneral botol kecik tu... Lagi satu, lelaki selalunya ada lebih banyak kelenjar peluh yang aktif berbanding wanita. Maknanya lelaki peluh lagi banyak la kan...

7. Sepanjang hayat korang, korang menghasilkan air liur yang cukup untuk memenuhi 2 kolam renang! Mak datuk... Kalau berenang dalam kolam air liur camne ek rasanaya? Eeeee... Tapi air liur ni penting kat manusia. Ia adalah sebahagian daripada proses penting dalam pencernaan serta mengekalkan kelembapan mulut.

8. Purata seorang manusia kentut adalah 14 kali sehari. Pencernaan menyebabkan gas terhasil di mana adalah satu yang amat menyakitkan jika gas ni dibiarkan lama kat dalam abdomen tanpa dilepaskan keluar. Jadi, adalah penting untuk kentut banyak kalau korang ni jenis yang kuat makan walapun kadang kala kentut itu sendiri bakal menyakitkan telinga, hidung malahan hati orang lain!

9. Lelilin telinga yang lebih popular dengan nama tahi telinga adalah penting demi kesihatan telinga jugak. Walaupun ramai yang rasa jijik dengan tahi telinga, tapi ia penting sebagai satu mekanisme pertahanan daripada serangan bakteria, kulat, debu, malahan seranga kecil. Jadi sebelum korek telinga, fikir-fikir la dulu. Lagipun takkan ada doktor yang kata korek telinga tu sebenarnya bagus!



Begitulah serba sedikit ilmu hujung minggu ni. Moga hujung minggu korang menjadi lebih berfaedah dan bermakna...=)

Wassalam...


Asal Usul Tanah Yang Digunakan Untuk Mencipta Nabi Adam AS

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, February 19, 2010

19

Mengenal Nabi Adam AS adalah sesuatu yang penting dalam mengenal sejarah dan salasilah asal usul kejadian manusia yang pertama. Baginda merupakan bapa kepada semua manusia. Justeru adalah suatu perkara penting bagi kita mengenal asal kejadian "bapa" kita sendiri.

Seperti yang semua orang sedia maklum, manusia itu asalnya adalah daripada tanah, bukannya beruk atau cimpanzi seperti dakwaan Charles Darwin, walaupun ramai daripada kalangan manusia itu sendiri perangainya seakan-akan beruk atau cimpanzi. Tanah yang digunakan untuk membentuk Nabi Adam AS itu pula berasal dari banyak tempat.

Menurut kata Ibnu Abas:


1) Kepala Nabi Adam AS adalah daripada tanah Baitul Muqaddis kerana di situ berada otak manusia dan di situlah juga tempat akal.

2) Telinga baginda adalah daripada tanah Bukit Tursina kerana ianya adalah alat mendengar dan tempat menerima nasihat.

3) Dahinya adalah daripada tanah Iraq kerana di situlah tempat sujud pada Allah S.W.T.

4) Mukanya adalah daripada tanah Aden kerana di situlah tempat perhiasan dan kecantikan.

5) Mata baginda adalah daripada Telaga Al-Kausar, iaitu tempat manis-manisan.

6) Tangan kanannya adalah daripada tanah Kaabah untuk mencari nafkah.

7) Tangan kirinya adalah daripada tanah Paris untuk beristinjak.

8) Perut baginada adalah daripada tanah Khurusan, iaitu tempat lapar dan dahaga.

9) Kemaluannya adalah daripada tanah Babylon kerana di situlah tempat tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke arah dosa.

10) Tulang Nabi Adam AS adalah daripada tanah Bukit Tirisan iaitu alat peneguh tubuh manusia.

11) Kaki baginda adalah daripada tanah India, iaitu tempat untuk berdiri dan berjalan.

12) Hatinya adalah daripada tanah Syurga Firdaus keran di situlah tempat iman, keyakinan, ilmu dan ketaqwaan berada.

13) Lidah adalah daripada tanah Taif, iaitu tempat mengucap dua khalimah syahadah, bersyukur dan berdoa kpd Allh S.W.T...


Moga ilmu kali ini memberi manfaat pada semua...=)


How Good You Used Your Brain...

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, February 18, 2010

16

Make sure you try all questions before checking the answers! They are very easy... Try your very BEST!!!

1) How long did the Hundred Years War last?

2) Which country makes Panama hats?

3) From which animal do we get cat gut?

4) In which month do Russians celebrate the October Revolution?

5) What is a camel's hair brush made of?

6) The Canary Islands in the Pacific are named after what animal?

7) What was King George VI's first name?

8) What color is a purple finch?

9) Where are Chinese gooseberries from?

10) What is the color of the black box in a commercial airplane?



Have you answered all the question? Ok. Now you can check...

Anwers:

1)116 years 2)Ecuador 3)Sheep and Horses 4)November 5)Squirrel Fur 6)Dogs 7)Albert 8)Crimson 9)New Zealand 10)Orange



Have a nice day!=)



Bila Salah Paham Itu Berlaku...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, February 17, 2010

10

Salah paham adalah sesuatu yang lumrah. Semua orang pernah kena dan pernah buat. Kalau tak pernah, korang memang tipu, atau salah paham dengan ayat aku. Haha...

Apa puncanya salah paham ni? Bagi aku ada dua aje punca utamanya: bahasa dan tafsiran otak. Kadang-kadang orang jadi salah paham disebabkan bahasa yang digunakan adalah tidak kena dengan situasi.

Dan walaupun kita guna bahasa yang betul, tepat, persis dan jitu dengan situasi yang berlaku, orang yang mendengar pulak yang buat hal. Kita maksudkan yang lain, tapi lain pulak yang difahamnya. Haih...

Apapun, kat sini aku letak dua situasi salah paham yang agak kelakar:

Situasi 1:

Seorang gembala lembu, Karim namanya, sedang berdating dengan Senah, iaitu gadis comel anak ketua kampung yang juga merangkap kekasih hatinya. Mereka berdating di bawah pokok yang mengadap pemandangan sawah yang luas terbentang.

Kat sawah tu pulak, terdapat 2 ekor makhluk bertanduk dua bergelar lembu, di mana jantina salah satunya ialah jantan dan satu lagi betina. Kedua-dua ekor lembu itu saling bergesel hidung dan kelihatan sunguh romantik bagi kategori perlakuan binatang.

Kegiatan menggesel lembu itu diperhatikan oleh Karim. Tiba-tiba nafsu jahatnya diaktifkan. Otak gatalnya befikir untuk mencium bibir Si Senah. Lalu, dengan suara memancing, Karim berkata, "Rasanya abang nak buat macam tu la Nah..."

Senah pulak dengan selambanya membalas, "La... Buat je la. Lembu tu kan Abang Karim yang punya!"

Situasi 2:

Seorang lelaki menelefon sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Seorang jururawat muda, cantik, manis dan seksi menjawab panggilan telefon lelaki tersebut. Maka berlaku la perbualan seperti di bawah:

Lelaki: Hello! Tolong saya! Isteri saya dah nak bersalin!!!

Jururawat: Sila bertenang... Ini anaknya yang pertama ke?

Lelaki: Apa la punya bangang! Saya ni suami dia la!!!

Jururawat: Erkkk…


Semoga korang bergembira dengan contoh tersebut. Haha...


7 Macam Keadaan Manusia Di Alam Kubur

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, February 16, 2010

10

Alam kubur adalah perkara ghaib yang hanya boleh dipelajari melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia adalah suatu alam perantara sebelum tibanya Hari Akhirat.

Seperti yang diketahui ramai, Alam Kubur bermula sebaik sahaja kita semua disemadikan kelak. Sebenarnya ada bermacam keadaan manusia di dalam kubur. Berikut disenaraikan 7 jenis mayat di dalam kubur:

1. Mayat yang mukanya berpaling daripada arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya, dia telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu atau tidak menjaga solat lima waktu.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Dalam 7 keadaan tu, yang baik hanyalah satu sahaja. Maknanya ramailah manusia yang bakal tidak baik keadaannya di kubur kelak. Moga kita semua adalah seperti yang Nombor 7, dan kita semua dilimpahkan dengan rahmat-Nya sepanjang hidup kita ini... Amin...


Bila Awek Datang Ke Majlis Persandingan Si Lelaki...

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Monday, February 15, 2010

22


Apa kes ni beb?


AWEK atau ISTERI???


Selamat Tahun Baru Cina!!!

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, February 14, 2010

14


Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina di Malaysia, terutamanya bagi orang-orang yang aku kenal seperti coursemate dan rakan sekolej aku kat Universiti Malaya. Aku tau, nak mintak ANG PAU kat korang semua, memang sah tak dapat. Korang semua pun belum kahwin. So, satu je aku mintak: BUAH LIMAU!!!

Bagi yang bukan Cina, aku tau, korang pun enjoy gak sebab dapat cuti. Aku tau la... Sebab aku pun sama! Haha... Tapi beb, enjoy tu enjoy gak, tapi jangan sampai tak ingat dunia (dan akhirat semestinya). Berpada-pada la kata orang...

Apapun, sekali lagi aku nak ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada kawan-kawan aku dan juga bukan kawan-kawan aku. Dan jagan lupa, LIMAU untuk aku, ok?=p

Keajaiban Tubuh Manusia - Organ Dalaman

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 13, 2010

13

Bila sebut organ, jangan plak korang fikir sesuatu tentang piano dan suku sakatnya. Organ yang aku nak sebut kat sini ialah organ kat dalam badan kita ni.

Kalau korang belajar sains, organ tu ialah gabungan beberapa jenis sel yang berlainan untuk menjalankan sesuatu fungsi. Ada bermacam jenis organ dalam badan kita.

Kalau dari sudut visual, mungkin ramai yang tak pernah ataupun jarang sekali melihat sendiri organ manusia, kecuali la doktor mahupun orang yang kerjanya bersangkut paut dengan mayat ataupun pesakit. Kalau setakat organ ikan tu ramai la yang tengok kan...

Untuk paparan kali ni, aku nak kongsi dengan korang bab organ dalaman plak. Kalau realiti depan mata mungkin meloyakan, tapi ilmu dan fakta berkenaan organ dalaman adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui. Biar tak pernah tengok, asalkan kenal pun dah cukup...



1. Organ dalaman terbesar manusia ialah usus kecil. Walaupun namanya "kecil", tapi panjangnya menjangkau 4 kali ganda purata ketinggian seorang manusia dewasa. Jika bukan kerana ianya diciptakan berlipat-lipat, tak mungkin ianya muat kat dalam ruang abdomen kita ni!

2. Jantung kita menghasilkan tekanan yang cukup kuat untuk memanacutkan darah sejauh 30 kaki. Sebab tu la kita boleh rasa denyutan jantung sendiri.

3. Asid dalam perut kita memang cukup kuat untuk menghakis mata pisau cukur. Asid tu dipanggil asid hidroklorik. Tapi ni tak bermakna korang leh sesuka hati gi makan mata pisau cukur atau segala jenis besi yang berkaitan plak!

4. Tubuh kita dianggarkan mengandungi salur darah sepanjang 96 000 km. Secara perbandingannya, ukur lilit bumi ialah 40 000 km. Jadi ni bermakna kalau kita sambung dari hujung ke hujung, maka salur darah kita boleh mengelilingi bumi sebanyak 2 kali!

5. Setiap 3-4 hari, lapisan dalam dinding perut akan diganti baru. Kalau la tak berganti, lama-kelamaan, asid dalam perut tu akan menghasilkan lubang kat perut yang dipanggil ulser.

6. Luas permukaan peparu kita adalah sama dengan keluasan gelanggang tenis. Ianya begitu luas agar proses pertukaran gas semasa respirasi adalah efektif.

7. Jantung perempuan berdegup lebih pantas daripada lelaki. Tapi kalau dah ternampak mambang tanah atau jebon, kelajuan degupan jantung tu dah tak bergantung kepada jantina dah!

8. Saintis dah menemui hampir 500 fungsi hati manusia. Hati adalah organ yang paling sibuk dan kuat bekerja. Antara fungsi hati ialah menghasilkan hempedu, memusnahkan sel darah mati dan detoksikfikasi.

9. Saiz jantung orang dewasa adalah lebih kurang sebesar penumbuk. Arteri plak perlu la cukup besar sebab ia merupakan pembawa bekalan oksigen ke seluruh bahagian badan.

10. Peparu kiri lebih kecil berbanding peparu kanan sebab ia perlu menyediakan ruang untuk jantung. Jadi lepas ni kalau orang suruh lukis gambar peparu, pastikan jangan lukis sama saiz, ok?

11. Korang boleh buangkan sebahagian besar organ dalaman korang dan masih lagi hidup. Sebabnya manusia tetap berkeupayaan untuk hidup walaupun perut, pankreas, 75% daripada hati, 80% daripada usus, 1 ginjal, 1 peparu dan kesemua organ di sekitar pelvik dan kelangkang dibuang! Korang mungkin merana, tapi tak mati.

12. Kelenjar adrenalin boleh berubah saiz sepanjang hayat kita. Ia terletak betul-betul di atas ginjal dan bertanggungjawab menghasilkan hormon seperti kortisol dan adrenalin. Semasa fetus berumur 7 bulan, saiz kelenjar adrenalin adalah hampir sama dengan saiz ginjal. Bila saja dilahirkan, kelenjar tersebut akan mula mengecut sedikit demi sedikit sepanjang hayat. Bila dah tua, ianya dah menjadi terlalu kecil untuk dilihat!

So, amacam? Menarik tak ilmu organ dalaman ni? Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi aku rasa ini pun dah cukup banyak dah. Lagipun aku nak letak gambar-gambar organ, takut ada yang muntah depan komputer lak. Haha...

Ok. Cukup. Jumpa lagi di lain hari.

Sejarah Dalam 7 Hari Kurniaan Allah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, February 12, 2010

10

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman. Berikut adalah serba sedikit catatan sejarah berkenaan:

Hari Isnin
1. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
2. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
3. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
4. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilaporkan pada hari Isnin.
5. Hari wafatnya junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
6. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa
1. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
2. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
3. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
4. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut
bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun berserta semua pengikut-pengikutnya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis
1. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Nabi Yusof telah menjadi Raja Mesir yang terkenal).
2. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
3. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
4. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.


Hari Sabtu
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.


Di antara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Moga dengan perkongsian ini dapatlah kita mengetahui serba sedikit sejarah setiap hari yang berlalu.

Moga kita sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya, dahulu, kini dan selamanya...

Segalanya Terbongkar Akhirnya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, February 11, 2010

13

Robot pengesan pembohongan bukanlah sesuatu yang mustahil. Diceritakan terdapat seorang profesor, Profesor Shazlan namanya, daripada sebuah universiti (bukan Universiti Malaya) telah berjaya mencipta robot yang berkebolehan mengesan pembohongan yang dituturkan. Robot ini direka supaya menampar orang yang menuturkan pembohongan secara automatik.

Walau bagaimanapun, robot ciptaan beliau masih lagi dalam peringkat pencubaan atau prototaip sahaja. Maknanya masih banyak lagi siri ujian perlu dilakukan, terutamanya untuk mendapatkan cop SIRIM agar ianya dapat dipasarkan.

Jadi, untuk menguji robot beliau, pada suatu malam yang gelap seperti waktu malam, Prof Shazlan meletakkan robotnya itu di ruang tamu rumahnya yang berselerak sambil menunggu kepulangan anak lelakinya yang berusia 17 tahun.

Bak kata P. Ramlee, tunggu punya tunggu punya tunggu, anaknya masih tak balik-balik jugak. Tepat jam 11.23 malam, baru la anak lelakinya itu muncul di ruang tamu rumah.

Tanpa membuang masa kerana beliau tahu masa itu emas, maka Prof Shazlan pun bertanya kepada anaknya, "Kome dari mana ni hah? Tengah malam baru nak balik. Ingat ni bukan rumah bapak kome punya ker?!"

"Err... Saya ada perbincangan kumpulan kat rumah member tadi. Tak sedar pulak dah lewat..." jawab anaknya tergagap-gagap macam orang kena Sindrom Down.

Lepas je anaknya habis cakap, tetiba... "PANG!!!". Anaknya itu kena penambar padu daripada robot ciptaan Prof Shazlan. Bengong sebentar anaknya itu dek kerana kena penampar dengan tangan besi. Bukan setakat bintang, segala macam jenis planet dan meteor kelihatan berpusing kat atas kepala.

"Ambik kome... Tipu sangat! Ni robot yang ayah baru reka. Dia akan tampar sesiapa sahaja yang bercakap bohong. Jadi sekarang, ayah nak kome jujur. Kenapa kome balik lewat hah?!" kata Prof Shazlan selaku bapa yang prihatin dengan kebajikan anaknya itu.

"Maaf ayah. Sebenarnya saya baru habis memonton cerita kat rumah kawan... " balas si anak.

"Cerita apa?" tanya Prof Shazlan lagi.

"Nur Kasih, ayah..." jawab si anak dengan selamba beruknya.

Tetiba, "PANG!!". Sekali lagi penampar hinggap di pipi si anak.

"Kome ni. Takde skill langsung nak menipu. Cerita Nur Kasih pun dah lama habis. Cepat, katakan dengan jujur cerita apa yang kome tengok?!"

"Maaf ayah... Sebenarnya saya tengok cerita lucah..." balas si anak jujur.

"Kome ni... Kecik-kecik dah nakal. Kome nak jadi apa bila besar nanti hah?! Ayah masa kecik dulu tak pernah pun buat macam kome ni!" marah Prof Shazlan.

Seketika kemudian, "PANG!!". Prof Shazlan pulak ditampar oleh robot ciptaannya sendiri. Suasana menjadi hening sebentar.

Kemudian isteri Prof Shazlan masuk ke ruang tamu dan berkata. "Huh... Anak bapak sama aje. Bapak borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hmm... Sememnagnya dia tu anak awak..."

Tetiba, "PANG!!". Robot itu menampar isteri Prof Shazlan. Prof Shazlan saling berpandangan dengan anak lelakinya. Semua terdiam. Suasana menjadi hening terus...

Siapa Kata Saya Mahu Masuk... Saya Sebenarnya Mahu Keluar

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, February 10, 2010

20


Diceritakan bahawa pada suatu malam yang hening, seorang pustakawan di Perputakaan Utama Universiti Malaya baru sahaja pulang ke rumahnya. Walaupun beliau telah meninggalkan tempat kerjanya tepat jam 5.01 petang, tetapi beliau hanyalah tiba di rumah tepat jam 9.02 malam disebabkan jalan yang sangat sesak.

Setelah sampai, beliau terus mandi dan makan malam. Melihat jam sudah menghampiri pukul 1o malam, beliau pun terus menghidupkan TV untuk menonton filem yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen swasta. Baru hendak melabuhkan punggung beliau di atas sofa merah yang empuk di ruang tamu, telefon rumahnya pulak yang berdering.

"King Kong mana pulak yang telefon malam-malam buta ni. Orang nak bersenang-lenang pun terbantut. Haih..." bisik hati kecil si pustakawan itu.

Walaupun punggung terasa berat seperti ada besi 32 tan kat dalam, tapi digagahkan jugak kudratnya untuk mengangkat gagang telefonyang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia itu.

"Hello, siapakah gerangannya yang menelefon ini?" kata si pustakawan dengan ayat yang agak skema.

"Saya Fikri. Boleh saya tanya pukul berapa perpustakaan akan dibuka esok?" tanya si penelefon yang bernama Fikri itu dengan sopan santun dan penuh berhemah.

"Perpustakaan akan dibuka pada jam 9 pagi. Ada apa hal yang encik telefon malam-malam buta ni?" tanya si pustakawan dengan nada yang agak tinggi disebabkan telah terlepas menonton pembukaan siaran filem di televisyen buruknya itu.

"Err... Boleh tak kalau esok perpustakaan dibuka awal sedikit?" pinta si Fikri.

"What the fish! Saya makan gaji untuk buka perpustakaan jam 9 pagi tahu! Takde-takde... Esok ke, lusa ke, tulat ke, tahun depan ke, perpustakaan tetap akan dibuka jam 9 pagi. Ngerti?!" balas si pustakawan dengan agak kasar.

"Tapi encik... Saya mintak esok je encik tolong bukak awal sikit... Penting sangat... Boleh ye encik?" pinta Fikri dengan nada memujuk.

"Ahh! Apa yang penting sangat, hah?! Takkan la tak boleh nak tunggu sampai pukul 9 untuk masuk dalam perpustaakaan?!" kata si pustakawan dengan nada yang sedikit menjerit.

Dengan nada kesal, Fikri pun membalas, " Siapa kata saya mahu masuk... Saya sebenarnya mahu KELUAR..."

P/S: Bukan cerita sebenar yang berlaku kat Universiti Malaya=p

Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 4

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, February 09, 2010

18

Sekali lagi undang-undang pelik kembali menemui anda semua. Haha... Skema giler ayat...=p

Ok. Kat sini mungkin ada beberapa negara yang aku pernah kongsikan dulu. Tapi isinya lain. Maknanya ada penambahan tentang undang-undang pelik kat negara berkenaan.

Apapun, enjoy!

PERANCIS
-Dilarang mengambil gambar pegawai mahupun kenderaan polis, walapun hanya sebagai gambar latar dalam gambar sebenar yang korang nak ambik. Contohnya korang nak ambik gambar tasik, tapi ada kereta polis parking kat situ. Jadi dalam gambar tasik korang nak ambik tu tak boleh ada gambar kereta polis!
-Bekas abu rokok dikategorikan sebagai senjata berbahaya.


DENMARK
-Akan didenda jika tidak melaporkan kematian.
-Cubaan lari daripada penjara tidak menjadi satu kesalahan.


CHINA
-Hanya boleh memiliki satu anak dan akan didenda kalau lebih.
-Kenderaan yang menhalang atau menghentikan pejalan kaki daripada melintas jalan boleh didenda.


ISRAIL
-Menunggang basikal memerlukan lesen.
-Memberi makan haiwan di kawasan awam adalah satu kesalahan.
-Suara kuat pada hujung minggu tidak dibenarkan.


KANADA
-Tidak boleh membayar barang berharga 50 sen dengan duit syiling!
-Pengeluar majerin tidak boleh menghasilkan majerin berwarna kuning.
-Pintu bercat ungu akan didenda


GREEK
Semua permainan elekronik adalah dilarang.


AUSTRALIA
-Kanak-kanak tidak boleh membeli rokok, tapi diorang boleh merokok!
-Mentol hanya boleh ditukar oleh juruelektrik berlesen.


BELANDA
Pelacuran adalah sah di sisi undang-undang. Oleh itu, pelacur juga kena bayar cukai!


MOROCCO
Jikalau ada sesiapa dalam sesebuah syarikat memiliki dadah, rakan sekerjanya boleh didakwa atas kesalahan yang sama walapun tidak tahu-menahu langsung yang rakannya itu memiliki dadah.


KEMBOJA
Pistol air tidak boleh digunakan ketika sambutan Tahun Baru.

Keajaiban Tubuh Manusia - Rambut dan Kuku

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, February 07, 2010

21

Rambut dan kuku adalah bahagian badan manusia yang tidak hidup. Kalau potong pun kita takkan rasa sakit. Tapi walaupun tak hidup, rambut dan kuku sentiasa je memanjang.

Rambut gak dikatakan mahkota setiap insan. Sebab tu la ada manusia yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk buat rambut kat salun. Kuku pun sama gak. Kat pasar raya ada berlambak cat kuku mahupun pewarna rambut. Kebanyakkan daripadanya adalah haram dipakai.

Tapi itu bukan isu yang aku nak sentuh. Aku cuma nak kongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan rambut dan kuku dengan korang. Jadi, cernalah segala ilmu yang aku kongsikan ini...





1. Misai dan jambang serta janggut tumbuh lebih cepat berbanding rambut-rambut lain yang ada kat badan. Kalau la korang tak cukur jambang atau janggut sepanjang hayat korang, ianya boleh tumbuh melebihi 30 kaki, iaitu lebih panjang daripada seekor paus pembunuh!

2. 60-100 helai rambut akan gugur setiap hari.Tapi kadar ni tak tetap, bergantung kepada musim, kesihatan, diet dan gak usia. Tapi kalau dah memang botak, memang takde la rambut yang gugur!

3. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki. Tapi lain bangsa, lain la purata diameter rambut tu.

4. Sehelai rambut manusia mampu menampung 100 g berat. Jadi, dengan 100 000 rambut kat kepala, citer dongeng Rapunzel (puteri rambut panjang gile tu...) nampaknya macam logik.

5. Kuku yang paling cepat tumbuh ialah kuku jari tengah. Antara dua tangan korang, kuku jari tengah tangan yang dominan (maknanya kalau korang kidal, maka tangan kiri la...) yang paling cepat tumbuh. Dan atas sebab-sebab yang tak diketahui, pemanjangan kuku berkait rapat dengan kepanjangan jari. Jari yang paling panjang kukunya tumbuh paling cepat, jari yang pendek kukunya tumbuh paling lambat.

6. Secara puratanya, kita ada rambut yang sama banyak dengan seekor cimpanzi bagi setiap inci persegi badan. Tapi disebabkan kebanyakan rerambut yang ada kat badan manusia adalah halus dan berwarna cerah, maka takde la nampak kita ni rupa macam cimpanzi.

7. Orang berambut perang ada lebih banyak helaian rambut. Warna dikatakan menentukan jumlah rambut di kepala. Secara purata, kita ada 100 000 folikel rambut, di mana setiap satunya berupaya menumbuhkan sehingga 20 helai rambut sepanjang hayat kita. Orang berambut perang dianggarkan ada 146 000 folikel rambut, manakala bagi orang berambut hitam pula sebanyak 110 000 folikel.

8. Kuku kat tangan 4 kali lebih cepat tumbuh berbanding kuku kat kaki. Sebab tu la kalau korang perasan korang lebih banyak memotong kuku tangan daripada kuku kaki. Lagi satu, kuku jari yang lebih banyak terdedah dan kerap digunakan akan tumbuh lebih cepat.

9. Jangka hayat rambut kita adalah antara 3 hingga 7 tahun secara puratanya. Secara semula jadinya, rambut kita sepatutnya memerlukan potongan rambut dan stail berbeza malahan berdekad lamanya untuk ia gugur sendiri (jika tiada aral melintang).

10. Sekurang-kurang 50% daripada rambut perlu hilang daripada kepala, kemudian barulah kebotakan kita itu disedari oleh orang lain. Kita hilang beratus helai rambut sehari, tapi perlu kehilangan lebih banyak lagi untuk seseorang menyedarinya!

11. Secara kasarnya, rambut susah dimusnahkan kecuali dibakar. Rambut kita mereput dalam kadar yang sangat lambat. Rambut tak rosak dek cuaca sejuk, perubahan iklim, air, dan tahan terhadap kebanyakan asid dan bahan kimia. Dengan kata lain, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!

Dengan 11 isi di atas, maka berakhirlah sesi perkongsian ilmu rambut dan kuku kali ni. Diharapkan lepas ni, rambut dan kuku korang tu akan lebih dihargai oleh tuannya. Haha...

Bertemu lagi dalam ilmu yang lain plak.

Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 3

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 06, 2010

16

Sekali lagi, aku nak tunjukkan beberapa kerat undang-undang yang pelik bagi majoriti manusia kat dunia ni. Walapun majoriti kata pelik, tapi masih ada minoriti yang kata ok je undang-undang tu. Apapun, korang baca saja la. Pelik bagi kita, normal bagi diorang!


FINLAND
Pemandu teksi perlu bayar royalti kalau diorang pasang radio atau muzik dalam teksi, dan duit tu digunakan untuk membayar pelanggan pula!


JERMAN
-Setiap pejabat mesti mempunyai tingkap yang menunjukkan pemandangan langit, tak kira la besar atau kecil.
-Bantal dikategorikan sebagai senjata "pasif".
-Adalah menjadi satu kesalahan kalau korang pakai topeng.


SWAZILAND
-Wanita yang memakai seluar berdepan dengan kemungkinan tinggi untuk dihukum oleh askar, di mana seluar akan ditanggalkan dan dikoyakkan.
-Wanita muda tak dibenarkan bersalaman dengan lelaki.


THAILAND
-Mesti memakai baju ketika memandu.
-Denda boleh dikenakan kalau ditangkap membuang gula-gula getah di kaki lima.


FILIPINA
Kat sini, sapa yang nak pakai kereta kena fikir dua kali. Sebabnya:
-kereta yang nombor plat berakhir dengan 1 atau 2 tak dibenarkan bergerak di jalan raya pada hari Isnin.
-kalau berakhir dengan 3 atau 4, tak dibenarkan bergerak pada hari Selasa.
-kalau 5 atau 6, hari Rabu.
-kalau 7 atau 8, hari Khamis
kalau 9 atau 0, hari Jumaat.


SWITZERLAND
-Pakaian tidak digalakkan dijemur sehingga kering pada hari Ahad.
-Kereta juga tidak boleh dibasuh pada hari Ahad.
-Adalah menjadi satu kesalahan "flush" tandas selepas jam 10 malam.
-Walaupun ianya adalah satu kesalahan jika menghasilkan, menyimpan ataupun menjual "absith" (arak istimewa), tapi tidak menjadi satu kesalahan jika meminumnya!


SWEDEN
-Pelacuran adalah tidak melanggar undang-undang, tapi melanggan pelacur adalah menyalahi undang-undang!
-Pemilikan tanah hanyalah sehingga 1.5 meter dalam bagi setiap tanah yang dimiliki. Maknanya, pada kedalaman 1.6 meter dan seterusnya, ianya bukanlah milik korang!


SINGAPURA
-Menjual gula-gula getah adalah dilarang
-Menjadi satu kesalahan jika memasuki negara ini dengan membawa rokok.


AFRIKA SELATAN
-Membeli televisyen memerlukan lesen!
-Golongan muda yang memakai pakaian mandi dilarang duduk berdekatan kurang daripada 12 inci.

Keajaiban Tubuh Manusia - Otak

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, February 05, 2010

28

Otak adalah bahagian badan paling penting bagi manusia. Semua orang ada otak, walaupun kita semua selalu dengar orang kata "dia tu takde otak betul la...". Walapun otak ni sangat penting, tapi banyak lagi yang manusia tak paham tentang mekanisme otak itu sendiri. Ironi kan? Makhluk yang paling berotak tidak tahu banyak tentang "mahkota" kebanggaan mereka sendiri.

Sebenarnya bukan senang nak kaji bab otak ni. Pusat maklumat kita tu sangat kompleks rekaannya. Subhanallah...

Dan disebabkan ianya sangat kompleks, maka otak ni la bahagian yang paling sikit data kajiannya berbanding bahagian anatomi manusia yang lain. Walau bagaimanapun, kita tetap ada serba sedikit maklumat berkenaannya.

Jadi kat sini, aku nak kongsi serba sedikit ilmu otak dengan korang semua.



1. Korang pernah terfikir tak kenapa bila duri tertikam kaki korang, sepantas kilat korang akan rasa sakit? Sebabnya ialah impuls yang membawa maklumat pergi mahupun yang datang daripada otak bergerak selaju 272 km sejam! Tahap kereta sport tu...

2. Kalau korang tengok kartun, bila ada watak kartun dapat satu idea yang mantap, mesti akan keluar mentol bercahaya kan? Korang ingat tu tipu ker? Buat pengetahuan korang, untuk berfungsi, otak kita menggunakan tenaga yang sama banyak dengan tenaga yang diperlukan oleh mentol berkuasa 10 Watt. Sedar atau tidur, otak tetap memerlukan tenaga yang sama banyak.

3. Kapasiti penyimpanan maklumat kat otak sangat besar. Kalau la nak buat perbandingan, sel otak boleh simpan 5 kali ganda maklumat berbanding kandungan Encyclopedia Britannica. Kalau kita nak guna istilah elektronik lak, dianggarkan kapasiti otak menjangkau 1000 terabait! Besar ke nilai ni? Heh... Untuk korang yang tak tahu, Arkib Negara Britain yang mengandungi maklumat sejarah melangkaui 900 tahun pun boleh muat dalam 70 terabait je. Pendrive 4GB pun leh simpan beratus assignments, inikan pula otak manusia!

4. 20% oksigen yang disedut akan diperuntukkan untuk kegunaan otak. Kalau nak dibuat nisbah matematik, jisim otak hanyalah 2% daripada jisim seluruh badan kita. Tapi otak la yang menjadi pengguna terbesar oksigen yang disedut berbanding bahagian badan yang lain. Ini menjadikan otak kita mudah rosak jika tak cukup oksigen.

5. Otak lebih aktif pada waktu malam berbanding waktu siang. Sebabnya belum dapat dipastikan. Agaknya sebab tu la Batman pun buat keje waktu malam...

6. Ada kajian menunjukkan lagi tinggi IQ kita, lagi kerap kita mimpi. Tapi bagi korang yang rasa sikit je mimpi tu, jangan la anggap korang jenis lembam plak. Sebenarnya kita tak akan ingat kebanyakan mimpi yang berlaku. Lagipun, kebanyakan mimpi hanya berlaku 2 3 saat je (tak sempat nak register kat ruang ingatan!).

7. Neuron akan sentiasa bertumbuh sepanjang hidup manusia. Dulu saintis fikir neuron tak akan bertumbuh mahupun ditukar ganti dengan yang baru.

8. Kelajuan pemindahan data adalah berbeza bergantung kepada jenis neuron. Tak semua neuron adalah sama. Ada beberapa jenis neuron kat dalam badan dan kelajuan pemindahan data antara neuron boleh jadi lambat (0.5 m sesaat) atau laju (120 m sesaat).

9. Otak takkan rasa sakit walaupun otak la pusat yang mentafsirkan maklumat sakit daripada reseptor kat seluruh badan. Sebabnya mudah saja. Otak takde reseptor sakit! Tapi, walaupun otak takkan rasa sakit, tak bermakna kepala korang tak rasa. Otak dan kepala adalah 2 benda yang berbeza! Ingat tu.

10. 80% komposisi otak adalah air! Otak korang bukannya pejal macam yang korang tengok kat TV. Otak yang hidup adalah berwarna merah jambu dan berbentuk seperti agar-agar. Jadi penting bagi kita untuk minum banyak air.

Jadi tu je la ilmu otak yang nak dikongsikan. Tu pun dah penat otak nak mencerna. Haha...

Sejenak:

Otak dan otak-otak adalah dua benda yang sangat berbeza walaupun nama hampir sama. Lagi satu, otak dan hotak: adakah ianya merujuk kepada benda yang sama?

Kalau Gitu, Kome Cobe La Lagi Ye...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, February 04, 2010

28

Diceritakan bahawa ada la seorang gadis ni telah hamil anak luar nikah hasil hubungan haramnya dengan seorang lelaki. Bila saja perkara ini diketahui oleh mak bapak gadis tu, maka bersedihlah mereka berdua. Sedih dan juga geram.

"Siapa si bedebah tu?!! Suruh dia datang sini jumpa ayah kalau dia betul-betul jantan!!!" jerit sang ayah dalam nada marah.

Si ibu pula masih lagi menangis teresak-esak berserta hingus yang meleleh keluar. Si anak gadis tadi pun dengan lurus bendulnya menelefon la lelaki yang bertanggungjawab membuncitkan perutnya itu.

Setengah jam kemudian, sebuah kereta Ferrari merah berhenti di halaman rumah mereka. Seorang lelaki yang boleh dicop sebagai warga emas keluar dari kereta itu dan memberi salam lalu masuk ke dalam rumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah gadis yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya la lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan perkara itu berlaku. Walau bagaimanapun, saya tetap akan bertanggungjawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan, saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran, apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah terlopong. "Bapak kaya mamat tua ni," fikirnya.

Si ibu pula berhenti menangis. Mukanya juga seperti terkejut bagai kena elektrik. Ayah dan ibu saling berpandangan. Seketika kemudian, sang ayah menepuk bahu lelaki itu dan berkata:

"Kalau gitu, kome cobe la lagi ye..."

Apa Yang Allah Sembunyikan Daripada Pengetahuan Manusia?

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, February 03, 2010

18

Orang selalu kata, misteri adalah sebahagian daripada hidup. Kalau tak misteri, hidup ni rasa tak kaw atau tiada kick. Dan dalam banyak-banyak misteri kat dunia ni, ada 6 misteri yang Allah letakkan kepada manusia. Lebih tepat lagi, ia adalah perkara yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan manusia. Apa tu? Bacalah kat bawah ni...

Perkara Yang Allah Sembunyikan:

1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2) Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3) Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

4) Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5) Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6) Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Walaupun Allah sembunyikan perkara-perkara tersebut, tapi Allah telah menyampaikan sesuatu yang pasti kepada kita. Barang siapa yang taat kepada-Nya, maka Syurga lah ganjarannya. Dan barang siapa yang ingkar kepada-Nya, maka Neraka lah hukumannya...

Moga amal kita diterima, hidup kita dalam redha-Nya...

Biologi: Serba Sedikit Tentang Tubuh Manusia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, February 01, 2010

30



Sebagai manusia, apa yang kita tahu tentang anatomi kita sendiri? Tahu? Tidak? Takpe. Hari ni aku nak kongsi dengan korang serba sedikit ilmu badan manusia. Kurang-kurangnya, kita ada pengetahuan tentang tubuh sendiri, kan?

Ok. Mari mulakan. Baca dan faham, biar lekat di otak...





Badan manusia mempunyai 206 TULANG dan lebih kurang 639 OTOT




Daripada keseluruhan BERAT BADAN:

Berat seluruh Kulit - 16%
Berat seluruh Otot - 40%
Berat seluruh Tulang - 25%
Berat Otak - 2%




Bagi JANTUNG manusia pula:

Purata degupan jantung 79 kali seminit.
100 000 degupan sehari, tanpa henti sepanjang hidup.
Jika dibuat bandingan, dalam sehari jantung berupaya mengepam 10 000 liter cecair ke dalam sebuah lori tangki!




OTAK:

Mempunyai 10 juta sel saraf.
Otak boleh membuat perhubungan dengan 25 000 sel saraf lain di seluruh tubuh.
Iajuga terbina daripada 80% air.

Umumnya, Otak sebelah KIRI dapat berfikir tentang bahasa, perkataan dan angka serta dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Otak sebelah KANAN lebih baik dalam seni lukis, muzik dan hal kreatif.



Daripada KESELURUHAN TUBUH:

70% daripadanya adalah terdiri daripada air.




SEL dalam tubuh:
Ada kira-kira 50 000 juta sel yang berlainan jenisnya di dalam tubuh korang.


Last but not least:

Haiwan yang berleher panjang seperti zirafah, mempunyai 7 ruas tulang leher sama jumlahnya dengan leher tikus yang kecil dan juga leher manusia!!!