Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 3

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 06, 2010

Sekali lagi, aku nak tunjukkan beberapa kerat undang-undang yang pelik bagi majoriti manusia kat dunia ni. Walapun majoriti kata pelik, tapi masih ada minoriti yang kata ok je undang-undang tu. Apapun, korang baca saja la. Pelik bagi kita, normal bagi diorang!


FINLAND
Pemandu teksi perlu bayar royalti kalau diorang pasang radio atau muzik dalam teksi, dan duit tu digunakan untuk membayar pelanggan pula!


JERMAN
-Setiap pejabat mesti mempunyai tingkap yang menunjukkan pemandangan langit, tak kira la besar atau kecil.
-Bantal dikategorikan sebagai senjata "pasif".
-Adalah menjadi satu kesalahan kalau korang pakai topeng.


SWAZILAND
-Wanita yang memakai seluar berdepan dengan kemungkinan tinggi untuk dihukum oleh askar, di mana seluar akan ditanggalkan dan dikoyakkan.
-Wanita muda tak dibenarkan bersalaman dengan lelaki.


THAILAND
-Mesti memakai baju ketika memandu.
-Denda boleh dikenakan kalau ditangkap membuang gula-gula getah di kaki lima.


FILIPINA
Kat sini, sapa yang nak pakai kereta kena fikir dua kali. Sebabnya:
-kereta yang nombor plat berakhir dengan 1 atau 2 tak dibenarkan bergerak di jalan raya pada hari Isnin.
-kalau berakhir dengan 3 atau 4, tak dibenarkan bergerak pada hari Selasa.
-kalau 5 atau 6, hari Rabu.
-kalau 7 atau 8, hari Khamis
kalau 9 atau 0, hari Jumaat.


SWITZERLAND
-Pakaian tidak digalakkan dijemur sehingga kering pada hari Ahad.
-Kereta juga tidak boleh dibasuh pada hari Ahad.
-Adalah menjadi satu kesalahan "flush" tandas selepas jam 10 malam.
-Walaupun ianya adalah satu kesalahan jika menghasilkan, menyimpan ataupun menjual "absith" (arak istimewa), tapi tidak menjadi satu kesalahan jika meminumnya!


SWEDEN
-Pelacuran adalah tidak melanggar undang-undang, tapi melanggan pelacur adalah menyalahi undang-undang!
-Pemilikan tanah hanyalah sehingga 1.5 meter dalam bagi setiap tanah yang dimiliki. Maknanya, pada kedalaman 1.6 meter dan seterusnya, ianya bukanlah milik korang!


SINGAPURA
-Menjual gula-gula getah adalah dilarang
-Menjadi satu kesalahan jika memasuki negara ini dengan membawa rokok.


AFRIKA SELATAN
-Membeli televisyen memerlukan lesen!
-Golongan muda yang memakai pakaian mandi dilarang duduk berdekatan kurang daripada 12 inci.

Comments (16)

huh..mmg pelik...tp undang2 singapura tntg larangan jual gum..ada logik nya...myb org2 kt sn...suka buang sepah2 gum yg dh dimakan..

ms sekolah dulu...undng2 ni pun pernh dipraktikkan kt sekolah.. :)

huh pelik sungguh.
mcm2 betul undg2 depa

aiya....awat la diorg ada undg2 mcm ne kan??/ihihii....awt pelik sgt undg2 dkt switzerland...ihihih

undang2 philipines pelik gak..tp maybe dorg nk kurgkan kesesakan kot...

adoii..terlewat lak komen..hang ni loklak tul la..v la signal dulu nak post..jem la hang ni....(marah2 di petang hari)

undang2 singapore je y masuk akal
huhu

Nabilah ~ Haha... Sekolah kat singapura ke dulu?=p

Amirah ~ Tu la yg cek nak habaq... undang2 depa mamng pelik. depa pun pelik lagu mana kerajaan yang depa pilih buat undang2 macam tu. haha

Honey Bunny ~ dah depa pun sama pelik. toksah dok heran dengan org pelik=D

Hana Ghazali ~ Ntah la. kurang ajar pun ada gak. macam siot je.senang2 pakai keta yg takde no plat la...

Pejul ~ Hang ni. dah hang pi ukm buat apa. takkan la aku nak kena tunggu hang balik dulu plak. adoi. sengal sungguh hang ni.

Hasni ~ memang masuk akal komen saudari hasni

undang-undang yang pelik..tp mgkin ad kelebihan kat negara masing2kan...sbb tue mereka terima ngan hati terbuka kot...hihihi

Zetty ~ Mungkin r...

pelik je.. haha!

Icejuliette ~ haha