Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 4

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, February 09, 2010

Sekali lagi undang-undang pelik kembali menemui anda semua. Haha... Skema giler ayat...=p

Ok. Kat sini mungkin ada beberapa negara yang aku pernah kongsikan dulu. Tapi isinya lain. Maknanya ada penambahan tentang undang-undang pelik kat negara berkenaan.

Apapun, enjoy!

PERANCIS
-Dilarang mengambil gambar pegawai mahupun kenderaan polis, walapun hanya sebagai gambar latar dalam gambar sebenar yang korang nak ambik. Contohnya korang nak ambik gambar tasik, tapi ada kereta polis parking kat situ. Jadi dalam gambar tasik korang nak ambik tu tak boleh ada gambar kereta polis!
-Bekas abu rokok dikategorikan sebagai senjata berbahaya.


DENMARK
-Akan didenda jika tidak melaporkan kematian.
-Cubaan lari daripada penjara tidak menjadi satu kesalahan.


CHINA
-Hanya boleh memiliki satu anak dan akan didenda kalau lebih.
-Kenderaan yang menhalang atau menghentikan pejalan kaki daripada melintas jalan boleh didenda.


ISRAIL
-Menunggang basikal memerlukan lesen.
-Memberi makan haiwan di kawasan awam adalah satu kesalahan.
-Suara kuat pada hujung minggu tidak dibenarkan.


KANADA
-Tidak boleh membayar barang berharga 50 sen dengan duit syiling!
-Pengeluar majerin tidak boleh menghasilkan majerin berwarna kuning.
-Pintu bercat ungu akan didenda


GREEK
Semua permainan elekronik adalah dilarang.


AUSTRALIA
-Kanak-kanak tidak boleh membeli rokok, tapi diorang boleh merokok!
-Mentol hanya boleh ditukar oleh juruelektrik berlesen.


BELANDA
Pelacuran adalah sah di sisi undang-undang. Oleh itu, pelacur juga kena bayar cukai!


MOROCCO
Jikalau ada sesiapa dalam sesebuah syarikat memiliki dadah, rakan sekerjanya boleh didakwa atas kesalahan yang sama walapun tidak tahu-menahu langsung yang rakannya itu memiliki dadah.


KEMBOJA
Pistol air tidak boleh digunakan ketika sambutan Tahun Baru.

Comments (18)

undang2 yang dbuat.. mesti ada alasn yg tsendiri.. :)
wah..
klu bsikal kena ada lesen boleh la.. :)
boleh la tuh...
hehehe..
kurgkan risiko kemalngn la tu Fiq..

hohohoho..
gila kentang undang2

indg2 dari China..tntg anak...memang pelik...tapi...ada rasionalnya..huhu.. :)

undg2 Kanada..tah pape tah..huhu...anti purple gaknyer..hehehe.. :)

fiq...kt malaysia ni..ada lagi tak undg2 yg pelik...?

apsal majerin xleh warna kuning...xcntik laa...huhuhu...nasib kat mlysia xde mcm tue..klu x..xlalu laa sy nk mkn..hihihi

memang pelik undang2 ni semua.. (^__^)

btl kata anak gemilang
stiap undang2 ada alasannya
mgkin bg kita pelik sbb suasana n keadaan kat sini lain
xsama mcm kat sn
tp undang2 kanada paling mengarut skali
haha

Anak Gemilang ~ Kurang kemalangan? boleh la...=p

Cik Cookie ~ Bukan setakat kentang, kobis, timun, tomato, kacang panjang dan segala jenis sayuran pun leh jadi gila=p

Nabilah ~ Tak kejumpaan lagi. Lagipun klau post banyak2, kena tangkap lak... erkk... tarik balik

Zetty ~ Fobia gaknya. haha

Faarihin ~ itu pasal...

Hasni ~ Nak buat camner... dah itu undang2nye... hehe

Fiq,

Apabila terbaca lagi siri undang2 ni, terfikir nak buat undang2 makan pula versi Malaysia.

Cemana ntah...

salam kenal sobat
silahkan kunjungi balik untuk pasang link

lepas ni undang2 apa la plak yer.. hehehe..

Iris ~ Undang2 makan? cemana 2?

Rental Mobil ~ InsyaAllah

Faarihin ~ Entahla... biar masa yang menetukan... haha