Keajaiban Tubuh Manusia - Organ Dalaman

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, February 13, 2010

Bila sebut organ, jangan plak korang fikir sesuatu tentang piano dan suku sakatnya. Organ yang aku nak sebut kat sini ialah organ kat dalam badan kita ni.

Kalau korang belajar sains, organ tu ialah gabungan beberapa jenis sel yang berlainan untuk menjalankan sesuatu fungsi. Ada bermacam jenis organ dalam badan kita.

Kalau dari sudut visual, mungkin ramai yang tak pernah ataupun jarang sekali melihat sendiri organ manusia, kecuali la doktor mahupun orang yang kerjanya bersangkut paut dengan mayat ataupun pesakit. Kalau setakat organ ikan tu ramai la yang tengok kan...

Untuk paparan kali ni, aku nak kongsi dengan korang bab organ dalaman plak. Kalau realiti depan mata mungkin meloyakan, tapi ilmu dan fakta berkenaan organ dalaman adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui. Biar tak pernah tengok, asalkan kenal pun dah cukup...



1. Organ dalaman terbesar manusia ialah usus kecil. Walaupun namanya "kecil", tapi panjangnya menjangkau 4 kali ganda purata ketinggian seorang manusia dewasa. Jika bukan kerana ianya diciptakan berlipat-lipat, tak mungkin ianya muat kat dalam ruang abdomen kita ni!

2. Jantung kita menghasilkan tekanan yang cukup kuat untuk memanacutkan darah sejauh 30 kaki. Sebab tu la kita boleh rasa denyutan jantung sendiri.

3. Asid dalam perut kita memang cukup kuat untuk menghakis mata pisau cukur. Asid tu dipanggil asid hidroklorik. Tapi ni tak bermakna korang leh sesuka hati gi makan mata pisau cukur atau segala jenis besi yang berkaitan plak!

4. Tubuh kita dianggarkan mengandungi salur darah sepanjang 96 000 km. Secara perbandingannya, ukur lilit bumi ialah 40 000 km. Jadi ni bermakna kalau kita sambung dari hujung ke hujung, maka salur darah kita boleh mengelilingi bumi sebanyak 2 kali!

5. Setiap 3-4 hari, lapisan dalam dinding perut akan diganti baru. Kalau la tak berganti, lama-kelamaan, asid dalam perut tu akan menghasilkan lubang kat perut yang dipanggil ulser.

6. Luas permukaan peparu kita adalah sama dengan keluasan gelanggang tenis. Ianya begitu luas agar proses pertukaran gas semasa respirasi adalah efektif.

7. Jantung perempuan berdegup lebih pantas daripada lelaki. Tapi kalau dah ternampak mambang tanah atau jebon, kelajuan degupan jantung tu dah tak bergantung kepada jantina dah!

8. Saintis dah menemui hampir 500 fungsi hati manusia. Hati adalah organ yang paling sibuk dan kuat bekerja. Antara fungsi hati ialah menghasilkan hempedu, memusnahkan sel darah mati dan detoksikfikasi.

9. Saiz jantung orang dewasa adalah lebih kurang sebesar penumbuk. Arteri plak perlu la cukup besar sebab ia merupakan pembawa bekalan oksigen ke seluruh bahagian badan.

10. Peparu kiri lebih kecil berbanding peparu kanan sebab ia perlu menyediakan ruang untuk jantung. Jadi lepas ni kalau orang suruh lukis gambar peparu, pastikan jangan lukis sama saiz, ok?

11. Korang boleh buangkan sebahagian besar organ dalaman korang dan masih lagi hidup. Sebabnya manusia tetap berkeupayaan untuk hidup walaupun perut, pankreas, 75% daripada hati, 80% daripada usus, 1 ginjal, 1 peparu dan kesemua organ di sekitar pelvik dan kelangkang dibuang! Korang mungkin merana, tapi tak mati.

12. Kelenjar adrenalin boleh berubah saiz sepanjang hayat kita. Ia terletak betul-betul di atas ginjal dan bertanggungjawab menghasilkan hormon seperti kortisol dan adrenalin. Semasa fetus berumur 7 bulan, saiz kelenjar adrenalin adalah hampir sama dengan saiz ginjal. Bila saja dilahirkan, kelenjar tersebut akan mula mengecut sedikit demi sedikit sepanjang hayat. Bila dah tua, ianya dah menjadi terlalu kecil untuk dilihat!

So, amacam? Menarik tak ilmu organ dalaman ni? Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi aku rasa ini pun dah cukup banyak dah. Lagipun aku nak letak gambar-gambar organ, takut ada yang muntah depan komputer lak. Haha...

Ok. Cukup. Jumpa lagi di lain hari.

Comments (13)

ok...best tul..:)

patut la org boleh derma hati..buah pinggang..:)

if fiq letak gambar g best..hehe..(^_^)

salam.. first time smpai sini.. nice info.. huhuhu..

ltak gmbr jer.. bisanyer yg termuntah tue gmbr yg tk normal...

sila laa berkunjjung ke blog sy yer..

mmg hebat la,

Nabilah ~ Ha... Jadi, tunggu apa lagi... Daftar la sebagai penderma organ sekarang!=)

Qistina ~ Yang muntah tu tak normal? Wah... Nasib baik i normal! Haha=D

Syarifah Nadiah ~ Apa yg dirujuk sebagai "hebat" tu?=p

haha.da pernah tgk da d real organ neh..pegang2,belek2..xde plak nk muntah..oke je..hoho~ sile la tgk..menarek ouh..

Et ~ Menarik? erkkk...

gud info..
:)

Butterfly ~ Thanks=)

minta copy maklumat ye hehehe
Info yang sangat bagus :-)

haa bgoz la 2.. snang cket nk g intrview nurse..juz kna taw jaw bnda2 ny..thanx 4 info^^

Terima kasih. Info yang menarik.