Segalanya Terbongkar Akhirnya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, February 11, 2010

Robot pengesan pembohongan bukanlah sesuatu yang mustahil. Diceritakan terdapat seorang profesor, Profesor Shazlan namanya, daripada sebuah universiti (bukan Universiti Malaya) telah berjaya mencipta robot yang berkebolehan mengesan pembohongan yang dituturkan. Robot ini direka supaya menampar orang yang menuturkan pembohongan secara automatik.

Walau bagaimanapun, robot ciptaan beliau masih lagi dalam peringkat pencubaan atau prototaip sahaja. Maknanya masih banyak lagi siri ujian perlu dilakukan, terutamanya untuk mendapatkan cop SIRIM agar ianya dapat dipasarkan.

Jadi, untuk menguji robot beliau, pada suatu malam yang gelap seperti waktu malam, Prof Shazlan meletakkan robotnya itu di ruang tamu rumahnya yang berselerak sambil menunggu kepulangan anak lelakinya yang berusia 17 tahun.

Bak kata P. Ramlee, tunggu punya tunggu punya tunggu, anaknya masih tak balik-balik jugak. Tepat jam 11.23 malam, baru la anak lelakinya itu muncul di ruang tamu rumah.

Tanpa membuang masa kerana beliau tahu masa itu emas, maka Prof Shazlan pun bertanya kepada anaknya, "Kome dari mana ni hah? Tengah malam baru nak balik. Ingat ni bukan rumah bapak kome punya ker?!"

"Err... Saya ada perbincangan kumpulan kat rumah member tadi. Tak sedar pulak dah lewat..." jawab anaknya tergagap-gagap macam orang kena Sindrom Down.

Lepas je anaknya habis cakap, tetiba... "PANG!!!". Anaknya itu kena penambar padu daripada robot ciptaan Prof Shazlan. Bengong sebentar anaknya itu dek kerana kena penampar dengan tangan besi. Bukan setakat bintang, segala macam jenis planet dan meteor kelihatan berpusing kat atas kepala.

"Ambik kome... Tipu sangat! Ni robot yang ayah baru reka. Dia akan tampar sesiapa sahaja yang bercakap bohong. Jadi sekarang, ayah nak kome jujur. Kenapa kome balik lewat hah?!" kata Prof Shazlan selaku bapa yang prihatin dengan kebajikan anaknya itu.

"Maaf ayah. Sebenarnya saya baru habis memonton cerita kat rumah kawan... " balas si anak.

"Cerita apa?" tanya Prof Shazlan lagi.

"Nur Kasih, ayah..." jawab si anak dengan selamba beruknya.

Tetiba, "PANG!!". Sekali lagi penampar hinggap di pipi si anak.

"Kome ni. Takde skill langsung nak menipu. Cerita Nur Kasih pun dah lama habis. Cepat, katakan dengan jujur cerita apa yang kome tengok?!"

"Maaf ayah... Sebenarnya saya tengok cerita lucah..." balas si anak jujur.

"Kome ni... Kecik-kecik dah nakal. Kome nak jadi apa bila besar nanti hah?! Ayah masa kecik dulu tak pernah pun buat macam kome ni!" marah Prof Shazlan.

Seketika kemudian, "PANG!!". Prof Shazlan pulak ditampar oleh robot ciptaannya sendiri. Suasana menjadi hening sebentar.

Kemudian isteri Prof Shazlan masuk ke ruang tamu dan berkata. "Huh... Anak bapak sama aje. Bapak borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hmm... Sememnagnya dia tu anak awak..."

Tetiba, "PANG!!". Robot itu menampar isteri Prof Shazlan. Prof Shazlan saling berpandangan dengan anak lelakinya. Semua terdiam. Suasana menjadi hening terus...

Comments (13)

hahaha...kantoi dh semua...ish..bahaya tul robot nih... ;)

aku penah baca citer ni~
wakakakaka~
mmg lawak
habis kantoi 1 family~

robot patut dpt cop sirim...sebab brjaya mncari penipuan...lalalala

Nabilah ~ haha... bahaya dr satu segi, manfaat pun ada jugak kan?=p

Ayudeadwish ~ Dah semua nak bohong sape suruh

Zetty ~ Haha... Tapi dr segi keselamatan, robot ni macam leh dtgkan kecederaan je (penampar besi). so, agak mustahil nak dapat cop SIRIM.=p

gila kantoi! haha. :D

gila kantoi! haha. :D

haha
lawak gila
kantoi seh
nak robot mcm ni la
nk pinam sat je

seyes bosan cite nie
PANGG!!
eh ak menipu ke?hehe

Ika ~ Haha...

Hasni ~ Nak pinjam? Buat apa? nak tunjuk kat Si Dia ker? Hehe=p

Amirah ~ Awak ni tak kelakar langsung...
"PANG!!"
Erkk... sakit seyh kena penampar...=p