Keajaiban Tubuh Manusia - Rambut dan Kuku

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, February 07, 2010

Rambut dan kuku adalah bahagian badan manusia yang tidak hidup. Kalau potong pun kita takkan rasa sakit. Tapi walaupun tak hidup, rambut dan kuku sentiasa je memanjang.

Rambut gak dikatakan mahkota setiap insan. Sebab tu la ada manusia yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk buat rambut kat salun. Kuku pun sama gak. Kat pasar raya ada berlambak cat kuku mahupun pewarna rambut. Kebanyakkan daripadanya adalah haram dipakai.

Tapi itu bukan isu yang aku nak sentuh. Aku cuma nak kongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan rambut dan kuku dengan korang. Jadi, cernalah segala ilmu yang aku kongsikan ini...





1. Misai dan jambang serta janggut tumbuh lebih cepat berbanding rambut-rambut lain yang ada kat badan. Kalau la korang tak cukur jambang atau janggut sepanjang hayat korang, ianya boleh tumbuh melebihi 30 kaki, iaitu lebih panjang daripada seekor paus pembunuh!

2. 60-100 helai rambut akan gugur setiap hari.Tapi kadar ni tak tetap, bergantung kepada musim, kesihatan, diet dan gak usia. Tapi kalau dah memang botak, memang takde la rambut yang gugur!

3. Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki. Tapi lain bangsa, lain la purata diameter rambut tu.

4. Sehelai rambut manusia mampu menampung 100 g berat. Jadi, dengan 100 000 rambut kat kepala, citer dongeng Rapunzel (puteri rambut panjang gile tu...) nampaknya macam logik.

5. Kuku yang paling cepat tumbuh ialah kuku jari tengah. Antara dua tangan korang, kuku jari tengah tangan yang dominan (maknanya kalau korang kidal, maka tangan kiri la...) yang paling cepat tumbuh. Dan atas sebab-sebab yang tak diketahui, pemanjangan kuku berkait rapat dengan kepanjangan jari. Jari yang paling panjang kukunya tumbuh paling cepat, jari yang pendek kukunya tumbuh paling lambat.

6. Secara puratanya, kita ada rambut yang sama banyak dengan seekor cimpanzi bagi setiap inci persegi badan. Tapi disebabkan kebanyakan rerambut yang ada kat badan manusia adalah halus dan berwarna cerah, maka takde la nampak kita ni rupa macam cimpanzi.

7. Orang berambut perang ada lebih banyak helaian rambut. Warna dikatakan menentukan jumlah rambut di kepala. Secara purata, kita ada 100 000 folikel rambut, di mana setiap satunya berupaya menumbuhkan sehingga 20 helai rambut sepanjang hayat kita. Orang berambut perang dianggarkan ada 146 000 folikel rambut, manakala bagi orang berambut hitam pula sebanyak 110 000 folikel.

8. Kuku kat tangan 4 kali lebih cepat tumbuh berbanding kuku kat kaki. Sebab tu la kalau korang perasan korang lebih banyak memotong kuku tangan daripada kuku kaki. Lagi satu, kuku jari yang lebih banyak terdedah dan kerap digunakan akan tumbuh lebih cepat.

9. Jangka hayat rambut kita adalah antara 3 hingga 7 tahun secara puratanya. Secara semula jadinya, rambut kita sepatutnya memerlukan potongan rambut dan stail berbeza malahan berdekad lamanya untuk ia gugur sendiri (jika tiada aral melintang).

10. Sekurang-kurang 50% daripada rambut perlu hilang daripada kepala, kemudian barulah kebotakan kita itu disedari oleh orang lain. Kita hilang beratus helai rambut sehari, tapi perlu kehilangan lebih banyak lagi untuk seseorang menyedarinya!

11. Secara kasarnya, rambut susah dimusnahkan kecuali dibakar. Rambut kita mereput dalam kadar yang sangat lambat. Rambut tak rosak dek cuaca sejuk, perubahan iklim, air, dan tahan terhadap kebanyakan asid dan bahan kimia. Dengan kata lain, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas!

Dengan 11 isi di atas, maka berakhirlah sesi perkongsian ilmu rambut dan kuku kali ni. Diharapkan lepas ni, rambut dan kuku korang tu akan lebih dihargai oleh tuannya. Haha...

Bertemu lagi dalam ilmu yang lain plak.

Comments (21)

setiap yg dikurniakan pasti punya kelebihan

so syampoo lah ur hair
n kerat kuku sokmo..hak3

fiq.. erm.. rmubt x rosak dek cuaca smua tuh..
alah.. tipu la iklan kt Tv nie.. haha..
tp klu kurang nutrien..
rmbt kuning la fiQ....

erk.
aha.. btul2.. klu x.. xda la org buang duit bgtu byk utk rmbut..
haha..

owh gitu.. bertambah lagi ilmu kat sini.. bagus2.. teruskan lagi yer.. (^__^)

Amirah ~ Jgn kerat sokmo... t takdok langsung kuku, payoh pulok!=D

Anak Gemilang ~ Iklan memang tak leh caya!

Faarihin ~ InsyaAllah klu tiada aral melintang...=)

Untuk rambut dan kuku yang sihat banyakkan minum air

rase nye my hair gugur lebih dr 100 helai haha, info yg bagus! :)

Cik Afzan ~ Betul. dan makan makanan berkhasiat

Baitycariem ~ Erkk.... Ye ker? tapi tak botak lagi, kan???=D

erm
bnyknya info
bgs fiq
n mungkin rapunzel itu wujud;-p

Hasni ~ haha... thanx=D

mari kita sama-sama jaga kuku n rambut kita yerr....:)

Salam Fiq...

Salah seorang dalam ahli keluarga saya rambutnya panjang sudah lebih daripada buku lali. Hehehe Yang penting menghargai dan menjaga anugerah Nya

=)

makan pakai tangan banyak faedahnya.
d:

Zetty ~ Jaga, jgn tak jaga. kalu la takder rambut n kuku, manpak macam alien pun ada. haha

Iris ~ Waalaikumsalam. wow... panjang nye... berapa tahun tak potong? ke makan hormon pemanjangan rambut?

Annadzirah ~ betul. lagipun tu adalah sunnah nabi...

sy syg rambot n kuku saya...;-)ihihi

Honey Bunny ~ Nasib baik sayang. haha

Subhanallah...