Melihat Apa Yang Orang Lain Pernah Lihat, Berfikir Tentang Apa Yang Orang Lain Tak Pernah Fikir

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, February 22, 2010

Seperti yang korang semua sedia maklum, aku merupakan seorang pelajar yang menuntut dalam bidang sains. Secara spesifiknya, aku menuntut dalam ilmu biologi.

Dulu, masa aku kat matrik, semua orang fikir yang bila kita menuntut ilmu biologi, kita menjurus kepada menjadi seorang doktor. Dan masa tu semua orang ingat bila aku keluar matrik nanti, aku akan sambung ambik Jurusan Perubatan kat mana-mana universiti.

Tapi sangkaan orang meleset bila aku menerima tawaran menyambung pengajian dalam Jurusan Bioteknologi kat Universiti Malaya. Haha.. Aku tak jadi doktor!

Sebenarnya cita-cita aku masa kecik dulu adalah untuk menjadi seorang saintis. Dulu, kini dan InsyaAllah selamanya, itulah cita-cita aku. Dan untuk mencapai cita-cita aku tu, ianya bukanlah sesuatu yang senang. Tambah-tambah kalau belajar kat Universiti Malaya... Haha

Sebenarnya saintis bukanlah seperti yang difikirkan oleh orang kebanyakan. Saintis tidak semestinya orang yang selalu lepak dalam makmal sambil pegang bikar yang berisi cecair biru! Saintis juga tidak semestinya orang yang berkepala botak ditengah dan memakai cermin mata tebal serta berkot putih!

Saintis adalah seseorang yang memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang yang diceburinya. Tak kira la dalam makmal ke, kat lapangan ke, kerja saintis ada di mana-mana beb! Dia merupakan perintis kepada sesebuah idea dan ideanya itu boleh dipakai untuk kemajuan hidup manusia itu sendiri.

Dia bukanlah seseorang yang luar biasa. Dirinya hanyalah biasa, tapi sentiasa membuahkan idea yang luar biasa. Luar biasanya pula bukanlah sesuatu yang abnormal, tapi luar biasanya itu adalah sesuatu perkara penting yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain.

Cuba korang baca kata orang ni:


"Research is to see what everybody has seen, and to think what nobody else has thought."

-Albert Szent-Gyoergi, winner of the Nobel Prize in Medicine for his discovery of Vitamin C-



Aku harap aku adalah seperti itu. InsyaAllah...=)


Aku (kiri) dan member aku, Chan, yang bakal menjadi saintis berjaya!=)


Comments (16)

hahaha..skang ang x botak agi..tnggu r lpas abis blaja..baru la nmpak ke"SAINTIS"an yg ada pada ang...

tp aku rasa ang jadi lawyer lagi elok..suka sgt lowyer buruk...hahahaha

ohhh..ila kwn dgn saintis ke???ihihii...fiq...da fB x??add la ila...hiihi

uh~ dah bley panggil ko prof ke?
haha~

Pejul ~ mung yg tgh buat loayar buruk, pastu mung mengata aku pulak... ish3... memang rumate yg berjiwa seni halus la mung ni. apasal mung selalu cari gaduh dgn aku hah? mung kena igt, mung nak gi sabah seminggu ni, jgn buat benda tak elok dgn rumate.... haha

erkkk bakal saintis. haha. insyaAllah add,sebb fiq tak layan sangat fb ni! haha

ayudeadwish ~ pergh... puji ke perli ni? haha

semoga cepat2 jd saintis...skrg pun dah jd jgk pe..perintis...hihihi

Zetty ~ Haha... Yo la 2...=)

goodluck fiq! :)


fiq-sedap sgt cita MNIK..dia luarbiasa sikit..

rmbut chan xbleh blah
haha
ni lab fisiokimia mikrob ke?
hehe

wah fiq..
try to be luar biasa drpd biasa..heh

Enyheartdiamond ~ tq..=)

p/s: hoho, ur promotion dah menaikkn darah hindustan yg memg sedia mengalir in my blood stream...hehe

Hasni ~ Haha... macho ap rambut camtu.. erkk... mana tau pasal lab tu? ni mesti berdasarkan pengalaman, kan? haha...

p/s: chan tgh pegang beer n wine!=)

Amirah ~ mesti...=)

besh x amik bio?
cam complicated je...

Anna Darkness ~ Complicated? Boleh la tahan. Haha