Sejarah Dalam 7 Hari Kurniaan Allah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, February 12, 2010

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman. Berikut adalah serba sedikit catatan sejarah berkenaan:

Hari Isnin
1. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
2. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
3. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
4. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilaporkan pada hari Isnin.
5. Hari wafatnya junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
6. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa
1. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
2. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
3. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
4. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut
bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun berserta semua pengikut-pengikutnya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis
1. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Nabi Yusof telah menjadi Raja Mesir yang terkenal).
2. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
3. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
4. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.


Hari Sabtu
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.


Di antara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Moga dengan perkongsian ini dapatlah kita mengetahui serba sedikit sejarah setiap hari yang berlalu.

Moga kita sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya, dahulu, kini dan selamanya...

Comments (10)

owh..nice info..tertarik dgn kejadian pada hari ahad...semuanya 7.. :)

hari jumaat~
hari tuk bermuhasabah diri~
sbb tu wujudnyer penghulu segala hari ni~
tuk kita menghayati khutbah~

wow...terpegun..info berguna sgt2...ila n copy n paste eh...

Nabilah ~ Ha... i also like no 7..=)

Ayudeadwish ~ Tol tu... hari tuk bermuhasabah diri...

Honey Bunny ~ Amik2... krna pengetahuan itu adalah hak milik setiap insan...=)

setiap hari punya peristiwa yg bermakna

setuju dengan amirah
n nnt nk kahwen ari jumaat la;-p

Amirah ~ Mesti...

Hasni ~ Erkk... Jumaat bila? Tahun depan? haha=D