Solat 5 Waktu: Sejarah Dan Asal-Usulnya
Posted by Fiq | Posted in Agama | Posted on Friday, February 26, 2010
Solat 5 waktu merupakan rukun Islam yang kedua. Diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj, solat 5 waktu sebenarnya mempunyai sejarah awal asal usulnya.
SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama - Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat kedua - Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama - Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua - Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga - Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat - Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dan ketika itu telah pun masuk waktu Asar. Nabi Yunus bersyukur, lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama - Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua - Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga - Kelam dengan malam.
Rakaat keempat - Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama - Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua - Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga - Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama - Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua - Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga - Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat - Dukacita terhadap anak Firaun.
Apapun jangan tau sejarah aje, tapi sembahyangnya tidak! Jaga solat, bermakna kita menjaga tiang agama...

yup, solat tiang agama
seteguh mana tinag itu?jwpnnya ada pd dri sndiri
solat itu wajib....hati akan tenag bila kita solat.......alhamdulillah...
Amirah ~~ betul2
Honey Bunny ~ Terpikir mcam mana la agknya hati org yg jenis tak sembahyang ni...
Salam Fiq...dari mana kamu dapat sumber yg mengatakan solat itu sprt yg awak tuliskan tu.
Sebenarnya perbuatan solat 5 kali sehari adalah menyucikan diri Adam kerna binasa sifat kerana Zat. Dlm jasad kita mengandung Roh Allah iaitu Muhammad namanya.Kejadian Adam terjadi dalam waktu Zohor hingga Subuh. Iaitu kejadia 7 anggota manusia. Bermula dari kejadian 2 mata dan 2 telinga smpai lah waktu subuh terjadi badan dan Muhammad(ROH) dimasukan ke dalam tubuh Adam.Panjang sejarahnya...belajar lagi Fiq....