Siapa Kata Saya Mahu Masuk... Saya Sebenarnya Mahu Keluar

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, February 10, 2010


Diceritakan bahawa pada suatu malam yang hening, seorang pustakawan di Perputakaan Utama Universiti Malaya baru sahaja pulang ke rumahnya. Walaupun beliau telah meninggalkan tempat kerjanya tepat jam 5.01 petang, tetapi beliau hanyalah tiba di rumah tepat jam 9.02 malam disebabkan jalan yang sangat sesak.

Setelah sampai, beliau terus mandi dan makan malam. Melihat jam sudah menghampiri pukul 1o malam, beliau pun terus menghidupkan TV untuk menonton filem yang bakal disiarkan oleh stesen televisyen swasta. Baru hendak melabuhkan punggung beliau di atas sofa merah yang empuk di ruang tamu, telefon rumahnya pulak yang berdering.

"King Kong mana pulak yang telefon malam-malam buta ni. Orang nak bersenang-lenang pun terbantut. Haih..." bisik hati kecil si pustakawan itu.

Walaupun punggung terasa berat seperti ada besi 32 tan kat dalam, tapi digagahkan jugak kudratnya untuk mengangkat gagang telefonyang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia itu.

"Hello, siapakah gerangannya yang menelefon ini?" kata si pustakawan dengan ayat yang agak skema.

"Saya Fikri. Boleh saya tanya pukul berapa perpustakaan akan dibuka esok?" tanya si penelefon yang bernama Fikri itu dengan sopan santun dan penuh berhemah.

"Perpustakaan akan dibuka pada jam 9 pagi. Ada apa hal yang encik telefon malam-malam buta ni?" tanya si pustakawan dengan nada yang agak tinggi disebabkan telah terlepas menonton pembukaan siaran filem di televisyen buruknya itu.

"Err... Boleh tak kalau esok perpustakaan dibuka awal sedikit?" pinta si Fikri.

"What the fish! Saya makan gaji untuk buka perpustakaan jam 9 pagi tahu! Takde-takde... Esok ke, lusa ke, tulat ke, tahun depan ke, perpustakaan tetap akan dibuka jam 9 pagi. Ngerti?!" balas si pustakawan dengan agak kasar.

"Tapi encik... Saya mintak esok je encik tolong bukak awal sikit... Penting sangat... Boleh ye encik?" pinta Fikri dengan nada memujuk.

"Ahh! Apa yang penting sangat, hah?! Takkan la tak boleh nak tunggu sampai pukul 9 untuk masuk dalam perpustaakaan?!" kata si pustakawan dengan nada yang sedikit menjerit.

Dengan nada kesal, Fikri pun membalas, " Siapa kata saya mahu masuk... Saya sebenarnya mahu KELUAR..."

P/S: Bukan cerita sebenar yang berlaku kat Universiti Malaya=p

Comments (20)

hahaha..bertemu kembali bila tenet da ok..jln2 smbil kacau....

apa yg ko merepek ni ha? buka kita kita ni adalah rumate? tiap2 hari jumpe beb! tenet ok ke. tak ok ke, kita jumpa setiap masa. keculai la Encik A, die selalu pulang ke pangkuan abangnya....

hahaha

baru nk tnya btl ke jadi kat um
haha
sapala yang terkunci dlm lib tu ek

hik hik hik.. lawak. :P

hahaha.. ni kisah tuan blog ke? hehehe.. tido sorang2 dalam library.. so scary.. hahaha... =P

Nurul Iftitah ~ Haha balik

Hasni ~ haha... yang pasto bukan FIQ=p

Ika ~ Jgn gelak sambil makan... nanti tercekik=p

Faarihin ~ rekaan semata-mata, tiada kaitan yang masih mati atau yang telah hidup, termasuk la tuan blog ini yang hensem lagi macho....

haha...bole pulak cmni..

ko jgn gedik nak majuk k~
aku dah kata sumer FOLOWER~
mean~
u r part of me~
wakakaka~

Amirah ~ Boleh. Haha

Ayudeadwish ~ haha. saja nak menggedik sikit

haha...ingtkan pengalaman sebenar Fiq... :P

haha..
cian die...
tp bgus gak..
msti xboring nye..
sume buku ley bc..
haha

hahahahaa~
leka sangat dalam library~
tu yg tak reti2 nak kuau~

Nabilah ~ Eh... Mana ada... lepak library pun idak! haha=D

Lionteen ~ Kalau memang jenis yg suke membaca memang takpe... tapi bagi yang idak, Hmmm... macam neraka dunia. hahahahaaa

Ayudeadwish ~ Haha... nak buat camne... dah ulat buku=D