Keajaiban Tubuh Manusia - Otak

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, February 05, 2010

Otak adalah bahagian badan paling penting bagi manusia. Semua orang ada otak, walaupun kita semua selalu dengar orang kata "dia tu takde otak betul la...". Walapun otak ni sangat penting, tapi banyak lagi yang manusia tak paham tentang mekanisme otak itu sendiri. Ironi kan? Makhluk yang paling berotak tidak tahu banyak tentang "mahkota" kebanggaan mereka sendiri.

Sebenarnya bukan senang nak kaji bab otak ni. Pusat maklumat kita tu sangat kompleks rekaannya. Subhanallah...

Dan disebabkan ianya sangat kompleks, maka otak ni la bahagian yang paling sikit data kajiannya berbanding bahagian anatomi manusia yang lain. Walau bagaimanapun, kita tetap ada serba sedikit maklumat berkenaannya.

Jadi kat sini, aku nak kongsi serba sedikit ilmu otak dengan korang semua.



1. Korang pernah terfikir tak kenapa bila duri tertikam kaki korang, sepantas kilat korang akan rasa sakit? Sebabnya ialah impuls yang membawa maklumat pergi mahupun yang datang daripada otak bergerak selaju 272 km sejam! Tahap kereta sport tu...

2. Kalau korang tengok kartun, bila ada watak kartun dapat satu idea yang mantap, mesti akan keluar mentol bercahaya kan? Korang ingat tu tipu ker? Buat pengetahuan korang, untuk berfungsi, otak kita menggunakan tenaga yang sama banyak dengan tenaga yang diperlukan oleh mentol berkuasa 10 Watt. Sedar atau tidur, otak tetap memerlukan tenaga yang sama banyak.

3. Kapasiti penyimpanan maklumat kat otak sangat besar. Kalau la nak buat perbandingan, sel otak boleh simpan 5 kali ganda maklumat berbanding kandungan Encyclopedia Britannica. Kalau kita nak guna istilah elektronik lak, dianggarkan kapasiti otak menjangkau 1000 terabait! Besar ke nilai ni? Heh... Untuk korang yang tak tahu, Arkib Negara Britain yang mengandungi maklumat sejarah melangkaui 900 tahun pun boleh muat dalam 70 terabait je. Pendrive 4GB pun leh simpan beratus assignments, inikan pula otak manusia!

4. 20% oksigen yang disedut akan diperuntukkan untuk kegunaan otak. Kalau nak dibuat nisbah matematik, jisim otak hanyalah 2% daripada jisim seluruh badan kita. Tapi otak la yang menjadi pengguna terbesar oksigen yang disedut berbanding bahagian badan yang lain. Ini menjadikan otak kita mudah rosak jika tak cukup oksigen.

5. Otak lebih aktif pada waktu malam berbanding waktu siang. Sebabnya belum dapat dipastikan. Agaknya sebab tu la Batman pun buat keje waktu malam...

6. Ada kajian menunjukkan lagi tinggi IQ kita, lagi kerap kita mimpi. Tapi bagi korang yang rasa sikit je mimpi tu, jangan la anggap korang jenis lembam plak. Sebenarnya kita tak akan ingat kebanyakan mimpi yang berlaku. Lagipun, kebanyakan mimpi hanya berlaku 2 3 saat je (tak sempat nak register kat ruang ingatan!).

7. Neuron akan sentiasa bertumbuh sepanjang hidup manusia. Dulu saintis fikir neuron tak akan bertumbuh mahupun ditukar ganti dengan yang baru.

8. Kelajuan pemindahan data adalah berbeza bergantung kepada jenis neuron. Tak semua neuron adalah sama. Ada beberapa jenis neuron kat dalam badan dan kelajuan pemindahan data antara neuron boleh jadi lambat (0.5 m sesaat) atau laju (120 m sesaat).

9. Otak takkan rasa sakit walaupun otak la pusat yang mentafsirkan maklumat sakit daripada reseptor kat seluruh badan. Sebabnya mudah saja. Otak takde reseptor sakit! Tapi, walaupun otak takkan rasa sakit, tak bermakna kepala korang tak rasa. Otak dan kepala adalah 2 benda yang berbeza! Ingat tu.

10. 80% komposisi otak adalah air! Otak korang bukannya pejal macam yang korang tengok kat TV. Otak yang hidup adalah berwarna merah jambu dan berbentuk seperti agar-agar. Jadi penting bagi kita untuk minum banyak air.

Jadi tu je la ilmu otak yang nak dikongsikan. Tu pun dah penat otak nak mencerna. Haha...

Sejenak:

Otak dan otak-otak adalah dua benda yang sangat berbeza walaupun nama hampir sama. Lagi satu, otak dan hotak: adakah ianya merujuk kepada benda yang sama?

Comments (28)

suka otak-otak
sedap

hmm...nice n3..sbb tu la sy suka singgh kt sini...menarik... :)

owh..hang pon skang da jadi pakar kaji otak plak ke?
hebat2..

camne lak kalau otak org tu lembap?
ahaha~
ape beza otak lembap n laju?

discovery channel n blog IQ~
aku suka~

otak ada BBB

Cik Cookie ~ Sedap klu makan ketika lapar. Cuba mkn masa kenyang...=p

Nabilah ~ Komen u pun menarik. Haha

Pejul ~ Hotak hang... bila plak aku kaji otak... adoi... sakit otak aku bertengkar dgn hang...

haha (komen kasaq)

Ayudeadwish ~ Haha.... Thanx

Nway kelajuan otak bergantung kepada RAM yg ada. haha

Enyheartdiamond ~ BBB tu apa?

wow ... anyway otak2 sedap .. haha (ape jadah otak2 ni) hoho .

i've changed my blog url !
http://sayang-amirah.blogspot.com

dlm byk2 anatomy bhgian bdn.. sy rs anatomy bhgian otak plg susa skali.. wpon dah pass test tp kalo kne exam lg skali sy rs mgkin sy akn fail lg. haha.



and yeah.. otak mmg mcm agar2.. lembik2 je.. lecturer kitorang sgt mara kalo kitorang handle preparat otak tuh ganas2. haha.

bukan hanya Batman kita juga harus kurangi tidur malam (tentu dengan beribadah bukan nonton bola din tv)

otak2...sdap! hehehehe

Sayang ~ Change? Ok.

Ika ~ Ye ker? Ala... Dulu kat klas asal test bio aje, awak selalu dlm kelompok markah tertinggi. Haha..

Erk... xbole bayang camne korang buat kat otak tu...

Jalani hidup apa adanya ~ Betul3

Faye fey fei fair fay ~ Apasal nama pjg sgt? Sakit otak tau tak... Haha=D

sedang membalancekan otak
baru pas jwb test psl otak!..haha

Allah maha Berkuasa.

Amirah ~ Test pasal otak? Amik medik ke? ke psikologi?

Syarifah Nadiah ~ Betul3

ak bangga dengan ko syafiq..eh..fiq...hebat2...dah besaq2 belaka sumenyer pandai2...that my frenz...

bnyknya komen
nice entry fiq:-)
keep it up k

Lynnmas ~ haha... besaq2 ni kena la makn pandai...=)

Hasni ~ Kome pun komen kat blog teman, nanti teman komen kat blog kome=D

perkongsian yang berguna dari blog kamu ni.. baguslah blog .. i like.. hahaha.. =P

otak dan hotak adalah sesuatu yang berbeza cara pelaksanaannya tapi tetap membawa maksud yang sama.. (^__^)

Faarihin ~ I like ur comment. ha3... owh... maknanya otak = hotak. hu3