Bila Dah Terlalu Canggih

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, January 12, 2010

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat datang ke dunia IT. Berikut adalah rakaman percakapan telefon pesanan Pizza pada tahun 2850.

Operator: Terima kasih kerana anda telah menghubungi Pizza Hot. Boleh saya bantu?

Pelanggan: Hello, saya nak pesan pizza...

Operator: Saya perlukan nombor I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan: OK, sekejap. Nombornya ialah 160615-08-5331

Operator: Ok Encik Rahmat, berumur 34 tahun. Encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. Nombor telefon rumah ialah 03-77726378 dan nombor pejabat pula ialah 03-51912870 serta nombor telefon bimbit anda ialah 016-6666222. Encik menelefon dari mana?

Pelanggan: Dari rumah. Eh, dari mana kamu tahu semua nombor telefon saya?

Operator: Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan: Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza. Pakej family.

Operator: Itu bukan idea yang bagus encik.

Pelanggan: Kenapa pulak?

Operator: Dari record perubatan encik, encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan daripada paras normal.

Pelanggan: Jadi awak cadangkan apa yang sesuai?

Operator: Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan: Erm... Macam mana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator: Hmmm... Bukankah minggu lalu encik ada pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak?

Pelanggan: Ok ah. Ikut je la. So, berapa harga pekej family yang saya pesan tadi?

Operator: Jumlah keseluruhan adalah RM80.00. Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang...

Pelanggan: Takpe, cukup tu. Ok, saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator: Owh, saya rasa encik patut bayar tunai sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu, itupun belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan: Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.

Operator: Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, CIMB, AmBank dan Public Bank menunjukkan baki kurang daripada RM1.00

Pelanggan: Cis! Sudahlah! Hantar saja pizza tu, saya bayar tunai kat sini. Berapa lama pizza akan dihantar?

Operator: sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik.

Pelanggan: APA????

Operator: Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2715 dengan nombor pendaftaran BWW2114.

Pelanggan: Cis! Melampau betul! Celaka nak mampus. Siapa bagi buka rekod orang lain sesuka hati ni? Ada yang nak kena belasah ni!!!

Operator: Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2835? Encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan: (Terdiamm....)

Operator: Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan: Takde... Eh, tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator: Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap diabetes, jadi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Pelanggan: KURANG AJAR!!! BATALKAN SAJA SEMUA!!!

Operator: Terima kasih atas panggilan pesanan encik. Untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami. Username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... Terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot.

Fikir:

Kemajuan teknologi tak semestinya membawa kebaikan atau keselesaan kepada umat manusia.

Comments (1)

wah
dasyatnya teknologi
huhu
sush sush