Perkara Betul Yang Mungkin Tak Betul Antara Lelaki Dan Perempuan

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, January 20, 2010

First of all, aku rasa hari ni aku dah mencipta rekod tajuk entry terpanjang yang pernah aku buat. Setakat ni la. In the future whos know right? Maybe lagi berjela daripada yang ni. Haha...

Ok. Kali ni aku nak senaraikan sedikit perbezaan lelaki dan perempuan dari beberapa sudut. Bukan apa, sebagai pengetahuan sahaja. Dan diingatkan di sini, benda-benda ni bukan la seratus peratus betul. Sebabnya manusia ni bermacam ragamnya. Kita bukannya statik.

Apapun, jom ushar:

MATANG

Wanita lebih cepat matang daripada lelaki. Ini saintifik. Menjangkau usia 17 tahun, lagak si gadis seperti wanita dewasa sedangkan pada usia sebegitu, kebanyakan lelaki masih keanak-anakan. Haha. Tapi aku tak la...=p

NICKNAME

Adalah satu kebiasaan menggunakan nama samara untuk e-mel, forum laman web dan juga YM. Wanita lebih gemarkan nama samara yang lembut dan feminin seperti “Lady_Heart”, “Cute_Gal”, dan sebagainya. Apa nama samaran bagi lelaki? “Pembunuh_Bersiri”, “Lanun_Mereng”, “Hang_Kuah” dan banyak lagi nama yang lebih merapu! Aku pun sama gak ni. Hehe...

FUNGSI OTAK

Wanita lebih banyakmenggunakan fungsi otak sebelah kanan berbanding lelaki. Bahagian ini merangkumi komunikasi, sebutan dan daya ingatan. Lelaki pula banyak menggunakan otak sebelah kiri yang merangkumi kemahiran, penyelesaian masalah, membuat andaian dan menguraikan kebuntuan. Tapi tak semua orang la. Macam aku yang kidal ni, aku banyak gunak otak kanan. Tapi tu tak bermakna aku perempuan.

KOMPLEN

Perkara yang kerap dikomplen oleh lelaki tak lain tak bukan ialah pasal wanita; kaum ini selalu cuba untuk mengubah diri mereka. Wanita pula selalu komplen pasal lelaki kerana menganggap golongan Adam ini tidak memahami diri mereka!

TANGANI MASALAH

Wanita lebih mudah migrain 3 kali ganda berbanding lelaki! Kerana mereka ni lebih suka memikirkan masalah dan mencari jalan penyelesaiannya walaupun hal yang remeh-temeh. Lelaki pula akan “melarikan diri”daripada masalah dan tidak mahu dibebani walaupun ia adalah masalah besar. Tapi aku takde la nak lari sangat. Haha...

KECELARUAN GENDER

Wanita yang berlagak tomboy (bukan pengkid) boleh diterima, tapi kalau lelaki yang berlagak lembut (bukan gay atau pondan)... Arghhh!!! Payah nak terima beb!


Catatan Aku:

Korang rasa leh terima tak? Aku terima. Sebab tu la aku post entry ni. Hahahaaa...


Comments (15)

Sangat menarik!..

Tp nak kata sy bg nickname cm girlish tu tak ada la sgt..tp mmg btl pasal p'puan gaya tomboy ni..penah ckp sopan sikit, kwn laki dah kata "eh, ni Ada ke??"

~hehehe..aku mmg kerap migrain maa..paling xleh blah jumpe laki yg xleh handle mslh..parah tu..

Salam zaah untuk sahabat di negeri jiran.

Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan diriNya.

Kepasrahan adalah keputusan sikap untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan pada masa lalu Jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang lebih positif dan menyenangkan. Bahwa Hari esok akan lebih baik dari hari sekarang.

Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
Karyamu tetap dinanti.......

Marjan ~ Hahaha. sebab tu la pompuan kena migrain lebih kerap drp lelaki=p

Eyang Resi 123 ~ Welcome to the club=)

nak kata terima tu.. tak ada la sangat.. sy tak suka nak guna nick name yg ala2 nama pmpuan.. lbih suka guna nick name ala2 kelelakian walaupun sy seorang pmpuan.. hohoho..

yang lain2 sket2 la leh terima.. lalalalal.. (^__^)

leh dikatakan hmpir 90% boleh diterima fakta2 ni... :)

erm
ada y blh trima ada y x
huhu
tp hampir smua blh dterima
mcm saya
nickname slalu guna nama sndiri..xpon tambah mek kt dpn nama maka jadila mekhasni

hahahaa..sengal2...point paling last tu yang x bleh blah 2..

Faarihin ~ Haha. Ni satu penemuan unik ni. bukan senang nak jumpa pompuan yg guna nam maskulin=p

Nabilah ~ makna kata 90% diri Cik Nabilah adalah seperti apa yg dinyatakan la eh? Hahaha=D

Hasni ~ Bagus guna nama sendiri. sedap pun sedap. Tapi kalu kat kelantan, mek tu maknanya ibu. jadi, mek hasni = ibu hasni. Hehe=p

Nurul Akma Bahari ~ Betul apa. Bila nampak benda2 tu, tetiba geli tanpa digeletek secara fizikal...

erk.. Fiq. yang pasal lari dari mslh tu..
haha. betu2l. laki memang bgtu..
smua bnda dia anggp remeh..
;( haha..
klu Fiq x lari .. bgus la.. klu x..
ssh la nk kejar..

Anak Gemilang ~ Hehe... Sapa yang susah nak kejar? Masalah ke? Klu camtu bukan ke better kalau lari? Hahaha=D

Dapatkan Panduan Bagaimana Bina Badan Berotot Untuk Lelaki Agar Anda Lebih Tough..Kacak..dan Bergaya...Miliki Badan Impian Anda Bermula Disini...