Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 2

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, January 29, 2010

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di mana hakim (kadang kala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian di antara pihak yang terlibat, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara di mana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Disebabkan undang-undang sesebuah negara adalah hak mutlak negara itu sendiri, maka wujudlah undang-undang pelik yang ada di antaranya tidak boleh diterima atau tak masuk akal bagi penduduk di negara lain. Untuk Bahagian 2 ini, aku nak menyambung sedikit lagi senarai undang-undang aneh rekaan manusia. Dan tak dilupakan, ramai gak yang tanya, Malaysia ni ada tak undang-undang aneh? Aku ada letak kat bahagian last sekali. Bacalah!


PERANCIS
Dilarang berciuman di dalam keretapi bawah tanah.


ISRAEL
Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


AMERIKA

ARIZONA

-Dilarang memandu tanpa kasut.
-Dilarang bermain Domino pada hari minggu.
-Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
-Hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang menabur garam di atas rel kereta api.
-Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA
-Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
-Dilarang memberi minum bir kepada rusa.
-Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS
-Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
-Dilarang memelihara buaya di dalam tab mandi.
-Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dihukum 30 hari meringkuk dalam penjara.
-Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama pada hari minggu.

CALIFORNIA
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan membuat hubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan korang ditahan olehnya.

CONNECTICUT
Dilarang mencium isteri pada hari minggu.

FLORIDA
-Dilarang menyanyi di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian renang.
-Dilarang kentut di tempat umum selepas pukul 6 .
-Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih daripada 3 buah sehari.

WASHINGTON
Dilarang menyusui anak di tempat awam.





Dan seperti yang dinanti-nantikan...




MALAYSIA

Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang!!!



Comments (14)

haha..betul tu...maka dah terbukti malaysia mmg ada undang2 yg aneh..hehe... ;)

Nabilah ~ Hehe...=p

Ya. Memang pelik tapi benar-benar berlaku.

Iris ~ Kebenaran memang kadang kala pelik=)

aik??ada undg2 pelik part 2 pulak...hiihi.....mmg pelik...yaka kita kena psg lampu moto waktu siang??uhuuh..ila jrg nek moto..ihih

Honey Bunny ~ Jarang naik x bermakna takyah pasang lampu klu naik moto. hehe

aarkan
xperasan plak
hihi

Hasni ~ Tak baik perasan=p

so kiranya kena psg eh??egt malam ja...hiihih

Honey Bunny ~ kena. wajib tu. kang kena sama ke ke melayang pitih stok megi satu sem=p

Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama pada hari minggu(kiranya hari2 biasa blh la ea?pe daa)

Dilarang mencium isteri pada hari minggu (yang ni kesian kot.hahaha)

Dilarang kentut di tempat umum selepas pukul 6 (so sbelom kentut sila tengok jam dlu k.hahaha)

lagi pelik kalo idup ni xde undang2. Hehe

Hana Ghazali ~ Itu pasal dikatakan pelik. Haha

Chan ~ Betul3....