Lobak, Telur Dan Kopi

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Monday, January 25, 2010

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Renungan Kita:

Bagaimana dengan korang?

Apakah korang adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau...

Apakah korang adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah korang menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau...

Apakah korang adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika korang seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, korang akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar korang juga menjadi semakin baik.

Tanya diri, jawab sendiri!

Comments (14)

Salam.

Sangat menarik ceritaa yang kamu kongsikan ini.

Iris ~ Menarik? Tq=)

aku jenis carrot susu dari dari restoren syed kat atas..mu cmne lak?air cincau ke?hahahaha

Pejul ~ Aku teh o ais jer bro. haha

wah2..sbb tu mu top...teh o ais mang top kat kolej kita tau...jnis mnuman kegemaran mengambarkan personaliti kita(saje nak lari dari tajuk asal)hahahahaha...

Pejul ~ Tak tau pulak mung buat survey kat (th ni. Projek utk TITAS ke? haha

hasni kopi susu satuuuuuuuu
hakhak

Hasni ~ Pergh... order ibarat lepak di kedai mamak kat pantai dalam. hehe=p

konpius aku dlm kategori mna..

kena explore myself...huhu

ila pn xtahu ila yg mana 1...eee..seriouly suka bca blog ini..mcm2 info..mana cari??ihihi..idea sendri eh...ngeh3

Amirah ~ Hehe... Explore jgn x explore=p

Honey Bunny ~ Cari kat internet jer. Ada gak idea sendiri. Campur-campur la.Juz 4 sharing 2 u all=)

insaf bace ni....

Nurul Akma Bahari ~ utk renungan sendiri jugak=)