Kerana Sehelai Bulu Mata...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, January 13, 2010


Diceritakan pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sesungguh ia tidak benar. Saya tidak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," kata Malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab Malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli pula dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan untuk berbicara, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambernya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah! Kalau dibiarkan, kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar Malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuat sanggahan lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam Neraka Jahannam. Dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Namun segalanya sudah terlambat.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut datang daripada sehelai bulu mata, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka? Maka, saya, sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan," kata bulu mata dengan panjang lebar.

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan daripada Neraka dan segera dihantar ke Syurga hinggakan penghuni Syurga berkata, "Lihatlah... Hamba Allah ini masuk Syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata."

Pengajarannya:

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, namun jika ada kesedaran dan keinsafan, maka bertaubatlah dengan sepenuh hati. Nescaya Allah akan memberi keampunan kepada orang yang bertaubat.

Comments (4)

btl..Allah maha penyanyang lg penerima taubat
even,sekecil zarah pun kebaikan,Dia ttp akn nilai=)

Wardah Saffiyah ~ betol3=)

insaf......terkesima sekejap...


tapi ckp sal bulu mata..ilanya bulu mata pnh tercabut byk gila..uhuhu..tgh2 xdk bulu mata coz tertarik gna penyepit bulu mata..huuhu

Honey Bunny ~ haha... xleh bayang klu xde blu mata=p