Sebab Pertelingkahan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, January 07, 2010

Mana-mana pertelingkahan, perselisihan faham atau berdebat yang berlarutan, hanya ada 2 sebab saje:

1) Nak betul (nak kemenangan)
2) Nak kebenaran

Nak betul (nak kemenangan):

Mereka yang mahukan diri betul, sebenarnya mereka adalah orang-orang yang rugi. Sebabnya mereka walaupun tahu diri di tempat salah, mereka tetap mahu menganggap diri mereka masih betul. Bak kata pepatah, "Ingin menegakkan benang yang basah."

Mereka ini adalah orang-orang yang suka memanjang-manjangkan cerita dan berpaling-palingkan masalah kepada masalah lain agar kesalahan mereka sebelum ini tidak terlihat lagi. Namun makin mereka cuba menutup kesalahan makin terbongkar kesalahan mereka...


SATU LAGI...

Nak kebenaran:

Mereka yang mahukan kebenaran, sebenarnya mereka adalah orang-orang yang beruntung. Sebabnya mereka tidak kisah jika mereka orang yang salah, dan mereka ingin betulkan kesalahan mereka asalkan mereka lihat kebenaran.

Mereka sedia menyesal dengan perbuatan mereka asalkan mereka ini berada dalam golongan yang benar. Mereka sedia mengaku kesalahan asalkan mereka tidak pula menyesatkan orang lain. Mereka tidak akan menjual akidah mereka hanya kerana harta dunia...


Maka timbullah persoalan di sini:





SIAPAKAH ANDA SELAMA INI???



1) Nak betul (yakni orang-orang yang rugi)
2) Nak kebenaran (iaitu orang-orang yang beruntung)

Comments (10)

selalunya manusia nk yg betul je kan??
jarang yg nak kebenaran tu..
tepuk dada tanya iman sendiri..
:)

nak dua2 blh';-p

Butterfly ~ Betul tu. Itu la kebenarannya...=)

Hasni ~ Huh Cik Hasni... Boleh2.. ambil la. tak cukup tambah ek? jangan malu2. haha

2 2 tp more to kebenaran...
hehe

kebenaran penting......

Amirah ~ kenyataan ni adalah satu kebenaran ke?=p

Honey Bunny ~ Betol3

bergantung pada keadaan

kalau emo tengah meroyan mungkin nak betul je kot


kalau mcm tengah rasional sket mungkin nak kbnrn

Rathiqah ~ Hoho... Pengakuan jujur ni=)