Jurutera Agung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, January 14, 2010


Aku rasa sesapa pun tak dapat mengelak daripada merasa kagum dengan busut yang dibina oleh anai-anai di atas tanah. Sebabnya busut anai-anai adalah sebuah keajaiban reka bentuk yang kompleks dan dibina setinggi 5-6 meter. Dalam sarang ni plak ada sistem-sistem yang canggih untuk memenuhi keperluan anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari disebabkan oleh struktur tubuh diorang.

Di dalam busut tu, ada sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan, bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya ada. Dengan kata lain, macam-macam ada! Tapi apa yang lebih menarik ialah semua anai-anai yang membina busut ini sebenarnya adalah buta!

Berdasarkan fakta ni, sekiranya korang membandingkan saiz seekor anai-anai dan busutnya, korang dapat lihat bahawa anai-anai telah berjaya membina satu projek kejuteraan yang 300 kali ganda lebih besar daripada tubuhnya.

Anai-anai gak mempunyai satu lagi sifat yang mengagumkan: Kalau korang pecahkan sebuah busut anai-anai kepada dua bahagian pada peringkat pertama pembinaannya, dan kemudian menyatukannya semula selepas beberapa lama, korang akan dapati bahawa semua lorong, terusan dan jalan saling bersilang antara satu sama lain. Anai-anai ini buat kerja diorang seolah-olah dorang tak pernah dipisahkan dan diperintahkan daripada satu tempat.

Begitulah anai-anai. Jurutera kecik molek yang handal!

Comments (2)

alamak...mmg dia jurutera agung..tp ila takot..geli..hiih

Honey Bunny ~ Geli? die pun kaki geletek pun. hahaha=D