Siapa Yang Lebih Bagus?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, January 20, 2010

Syeikh Ibnu Khafif ialah seorang ahli sufi dari Parsi. Dia mempunyai dua orang murid yang mempunyai nama yang sama iaitu Ahmad. Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua untuk yang lebuh tua umurnya dan Ahmad Muda untuk yang lebih kecil. Antara dua kanak-kanak itu, Ibnu Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakannya ini tidak disenangi murid-murid lain. Mereka beranggapan Ahmad Tua lebih bijak dan berdisiplin berbanding Ahmad Muda.

Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya ke rumah. Di hadapan rumahnya, terdapat seekor unta yang sedang tidur.

“Ahmad Tua, ke mari! Angkat unta itu ke atas loteng sekarang,”Ibnu Khafif memberi arahan.

Ahmad Tua garu kepala. “Mustahil, Tuan Guru. Unta itu kan besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang ke atas loteng.”

“Tak apa, cukuplah tu. Ahmad Muda, ke mari!” Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula. “Buat sebagaimana yang saya suruh tadi.”

Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyingsing lengan baju dan mengetatkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung ke arah unta yang sedang tidur. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di bawah tubuh unta itu dan…

“Eeergh!!!” Dengan segala kudrat yang ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu sedikit pun tidak bergerak, maklum saja saiz haiwan itu yang besar manakan mampu diangkat oleh seorang kanak-kanak.

“Ahmad Muda. Cukuplah,” Ibnu Khafif menyuruhnya berhenti.

Ahli sufi itu memandang anak-anak muridnya dan berkata, “Kamu dah nampak, kan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan tanggungjawab dnegan sedaya upaya walaupun ia kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu, siapa yang lebih bagus?” tanya Ibnu Khafif kepada mereka.

Pelajar-pelajarnya terdiam. Mulai hari itu, mereka mula menghormati Ahmad Muda.

Sejenak:

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita seperti Ahmad Muda, ataupun seperti Ahmad Tua? Masing-masing fikir dan nilai diri sendiri...

Comments (10)

people always judge books by it's cover.lumrah (:

entry kamu sentiasa membuat kita berfikir di sebaliknya.. bagus betul..saya suka baca cerita2 macam ini.. teruskan usaha kamu ya.. (^__^)

kdg2 mcm ahmad tua..huhu

nak jd ahmad muda la

Orked ~ Haha. Betul tu. Mari kita jadikan ianya bukan sesuatu yang lumrah=)

Faarihin ~ Suke? hehe. Ana suke bila anta suke=)

Amirah ~ Ha... Jadi la Amirah Muda...=p

hahaha..ahmad tua saje je bagi peluang kat ahmad muda...perkara cmtu pon nak kecoh...hahahahaha

Pejul ~ Haha... Mung ni jo. Mung kenal ko Ahmad Tua tu?

ahmad muda.............terpk sejenak pk dri sendri....

Honey Bunny ~ Pk kak... Jgn x pk...=p