Belajar Daripada Si Pensel

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, August 31, 2009

6



1. Pensel perlu diasah… Tapi itu akan membuatkan pensel merana. Walau bagaimanapun, selepas itu, pensel itu akan menjadi lebih tajam daripada sebelumnya… Jadi apa yang perlu kita pelajari ialah kita mesti belajar menerima kesakitan dan kesedihan kerana ianya akan membuatkan kita menjadi lebih baik.
2. Pensel sentiasa membenarkan kita menggunakan pemadam untuk menghilangkan setiap kesalahan yang ditulis… Ini bermakna membetulkan sesuatu masalah bukanlah satu perkara yang tidak bagus. Ia akan memandu kita ke arah jalan kebenaran.

3. Apa yang paling bernilai bagi sebatang pensel bukanlah batang kayunya, tetapi karbon grafit yang terkandung di dalamnya… Jadi, sentiasalah kita melihat kepada kecantikan dalaman seseorang, bukan menilanya dari segi luaran.

4. Pensel akan sentiasa meninggalkan kesannya. Jadi, dalam situasi yang sama, kita seharusnya tahu bahawa setiap yang kita lakukan dalam hidup ini akan meninggalkan kesannya. Jadi, cubalah menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tindakan
P/s: Pensel, alat ciptaan manusia yang mudah. Hanya kayu dan grafit. Namun, semudah-mudah ciptaan pensel, banyak iktibar yang manusia peroleh. Ciptaan yang memberi pengajaran kepada penciptanya. Itulah pensel…

Malaysia: 52 Tahun Sudah Merdeka

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Monday, August 31, 2009

6



Merdeka. Ertinya bebas, kan? Malaysia telah merdeka sejak 52 tahun dulu. Maknanya Malaysia telah bebas daripada penjajahan. Ya, penjajahan.

Dulu, sebelum aku (dan mungkin korang jugak) melihat dunia ni, negara kita ini sebenarnya mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Pelbagai pihak asing ingin mendapatkan negara kita demi kepentingan masing-masing. Kenapa? Sebab negara kita ini dianggap sangat bernilai, kawasan yang mampu membangunkan mereka. British, Belanda, Portugis, Jepun, dan beberapa lagi negara asing, semuanya berusaha mendapatkan hak penguasaan ke atas negara kita.

Namun, atas semangat pejuang merdeka negara, semua usaha mereka telah dibantutkan, sekaligus membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Bukan sikit darah yang ditumpahkan, bahkan banyak yang melayang nyawanya. Namun itu tak menghalang usaha mereka untuk berjuang. Terima kasih wira bangsa dan negara! Kerana kamu, kami hidup selesa.

Setelah 52 tahun merdeka, setelah 6 pemimpin bertukar tampuk pemerintahan, kita masih lagi dapat mengekalkan kemerdekaan kita. Tahniah! Cuma yang sedihnya, tiada lagi penghayatan sebenar tentang apa itu kemerdekaan. Konsert, berarak, bunga api dan bla bla bla… Itulah apa yang kita buat sempena menghayati erti kemerdekaan.

Bagusnya kita kan? Orang dulu bersusah payah, menumpah darah dan berkorban nyawa… Orang sekarang? Bersenang-lenang, melalak-lalak, memekak, bertepuk sorak, berjoget-joget; tanda seronok menyambut merdeka. Haha… Gelinya hati.

Itulah kita. Kesenangan yang diperoleh melenyapkan memori kepayahan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Haih… Wahai Malaysiaku, moga merdeka kau kali ini tidak seperti merdeka yang lepas-lepas. Moga keberkatan Ramadhan turut menjadikan merdeka kau kali ini lebih bererti…


Dia Pergi Dan Berlalu, Tak Pernah Kembali Lagi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, August 30, 2009

0

Dia. Selalu berkeliaran bersama kita.Di mana ada dia, di situ ada kita. Dulu, kini dan selamanya, dia akan tetap ada.

Namun kita tak terdaya melihatnya. Tiada jirim dan tiada rupa. Tiada bentuk dan tiada bayang. Tetapi, dia wujud. Pasti.

Walaupun selalu ada bersama kita, dia sebenarnya selalu meninggalkan kita. Dia selalu pergi jauh, tiada niat untuk kembali.

Walaupun dirinya berharga, kita selalu mengabaikannya. Tidak terasa betapa bernilainya dia. Dibazirkan dan dibuang begitu sahaja.

Demi dia, kita sebenarnya kerugian. Siapakah dia?

Dia ialah masa...

Ya, dia akan berlalu dan tidak pernah kembali. Dan bila tiba masanya, baru kita akan sedar betapa diri kita selalu kehilangannya…

Bersahur; Manfaatnya Bukan Sahaja Dari Sudut Agama, Bahkan Dari Sudut Saintifik

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, August 30, 2009

0

Bersahur adalah satu malan penting pada bulan Ramadhan. Ada banyak hadis sahih yang menekankan kepentingannya. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan.” Dalam hadis ini, bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Kerberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai, Nabi Muhammad SAW berdabda “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Semasa bersahur, umat Islam disuruh melewatkannya kerana Nabi Muhammad SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sekiranya melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” Melewatkan bersahur bermaksud bersahur semasa menghampiri waktu Subuh.

Penekanan Nabi supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana konsep ini menepati waktu bersarapan pagi. Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pernah melaporkan bersarapan pagi amat penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding dengan mengambil makanan pada waktu lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan mengidap kencing manis. Kajian itu juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan dengan lebihan gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang-jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi kepada mereka lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila kandungan glukosa dalam darah menurun selepas bangun daripada tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak kan menghadapi masalah memberi tumpuan dalam pelajaran.

Tambahan pula kajian yang dilakukan oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor ke atas 700 pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2 kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebakan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan haemoglobin dalam darah).

Mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana sahur adalah Sunnah Nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang penuh keberkatan.

Curang

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, August 28, 2009

1

Dalam satu kejiranan... Bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi... Korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walau bagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freeze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang gentingitu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"Aik??!! Dari mana pulak datangnya patung nih??"

"Oooo... Patung tuuu... Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba.

"Ooooooo... Begitu..." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "Nah... Makanlah."

Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata, "Aik??!!! Tak nak??? Orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la... Tak macam awak... Dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan... Segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"

Persahabatan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, August 27, 2009

0

Dan seorang remaja berkata,

"Bicaralah pada kami tentang PERSAHABATAN..."

Dan dia menjawab:

"Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan..."

~ Khalil Gibran ~

Si Hodoh Yang Cantik, Si cantik Yang Hodoh

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, August 26, 2009

5

Bila dikenang, memang banyak kenangan lalu.
Ada yang manis, dan tentu saja ada yang pahit.
Dalam banyak-banyak imbasan silam itu, aku teringat kepada 2 orang.
Dan kedua-dua orang itu ialah daripada kaum Hawa (perempuan la maknanya…).

Pertamanya adalah seorang perempuan,yang bukan dalam kategori berwajah cantik.
Mata hanya sekadar sedap memandang, bukanlah taraf yang mampu mencairkan jiwa kebanyakan lelaki.
Kulitnya hitam manis, bertudung litup, menepati ciri pakaian islamik.

Yang keduanya ialah seorang perempuan yang sangat cantik.
Wajahnya saja dah mampu mencairkan jiwa banyak lelaki, bagaikan mencairkan mentega.
Kulitnya putih mulus, berwajah kacukan (Pan-Asia), tidak bertudung, berpakaian sendat, menampakkan bentuk tubuhnya yang langsing dan mengiurkan.

Perempuan yang pertama tadi ialah rakan baikku.
Aku kenal setiap perilakunya.
Seorang insan yang pemurah, ringan tulang, sentiasa menjaga pergaulannya dan menjaga amalnya.
Peribadinya begitu indah, membuatkan aku senang berkawan dengannya walaupun dia sebenarnya kurang mendapat teman dek kerana wajahnya yang mempunyai parut akibat kemalangan suatu ketika dahulu dalam hayatnya.
Namun bagi aku, walaupun dia hodoh dari segi lahiriah, dia sebenarnya sangat cantik dari segi rohaniah.

Perempuan yang kedua tadi juga adalah rakan baikku.
Aku juga kenal akan peribadinya.
Seorang yang sangat suka bersosial, kaki kelab dan pernah suatu ketika, dia mengaku pernah meneguk setin arak.
Bukan itu saja, dia juga pernah terlanjur dengan salah seorang rakan lelakiku, namun nasibnya agak baik kerana tidaklah sampai perutnya memboyot.
Rupanya memang sangat cantik, sehinggakan ramai lelaki, bahkan wanita berusaha untuk rapat dengannya.
Namun, bagi aku yang kenal secara peribadi, luarannya yang cantik tidak dapat menandingi kehodohan perangai dan sifatnya yang begitu jahil.
Bukan aku tidak pernah tegur, namun segalanya sia-sia.

Hmmm…

Dalam konteks bidadari, kita selalu membayangkan yang bidadari itu cantik dari segi luaran mahupun dalamannya.
Pendek kata, sempurna, memenuhi segala ciri yang diingini.
Tetapi, dalam dunia realiti, sukar untuk kita mencari bidadari yang cantik, ditambah dengan peribadi yang indah.
Selalunya hanya satu saja yang dipenuhi; cantik luaran ataupun cantik dalaman.

Jadi, jikalau salah seorang antara mereka ditakdirkan menjadi bidadari dalam hidup anda, yang mana satukah pilihan anda?

Si hodoh yang cantik, ataupun si cantik yang hodoh?

P/s: Pasti ramai yang menjawab “Si Cantik Yang Hodoh”, atas alasan cantik dalaman boleh dibentuk kemuadian, namun rupa luaran sudah tidak mampu diubah kejadiannya. Betul tak?

Sibuk = Serabut

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, August 26, 2009

0


Sibuk. Satu situasi yang semua orang tahu.

Bila sibuk, semua kerja jadi tak teurus.

Silap sikit, nak marah.

Salah sikit, nak maki.

Itulah keadaan aku sekarang.

Menjadi emosional dek kerana kepala berserabut.

Kenapa serabut?

Kerana sibuk.

Kenapa sibuk?

Ahh… Penyibuk! Semua nak tau.

Aku ada alasan tersendiri kenapa sibuk.

Yang penting, sekarang keadaan memang serabut.

Entah macam mana lagi ingin disebut…

Justeru, pada yang pernah terkena, ku mohon maaf.

Walaupun mulut mengucap amarah, hati tetap menangis tanda kesal.

Sekali lagi maaf…

Bangunan Yang Tidak Boleh Rosak, Pemilik Yang Tidak Boleh Mati

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, August 25, 2009

2

Alkisahnya, seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu.

Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada seorang pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, dia ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.

"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu.

Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"

"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati, " jawab orang itu dengan penuh yakin.

"Segera katakan apakah itu," desak raja.

"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika dia menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika dia mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah...

Harga Sebuah Kotak

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, August 23, 2009

1

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.

“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”

Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”

“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.

“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”

Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Puasa Dari Sudut Pandangan Sains (Bahagian 2)

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, August 22, 2009

0

Ni adalah sambungan daripada apa yang korang baca sebelum ni....

Ketika berpuasa, manusia dan haiwan akan menyuraikan sel-sel di dalam badannya sendiri bagi mendapatkan tenaga dan meneruskan sistem tubuh. Kerana itulah haiwan seperti beruang akan menyiapkan diri dengan mengambil makanan yang mencukupi sebelum puasa hibernasi. Selepas makanan, yang pertama sekali diuraikan ialah sel-sel inferior dan buangan metabolisme termasuklah sel lemak, sel mati dan mereput, tisu yang rosak, serta ketumbuhan seperti tumor.

Selain itu puasa juga merehatkan sistem pencernaan tubuh. Sepanjang hari biasa, 10% daripada tenaga yang dibakar tubuh akan dihabiskan bagi tujuan mencerna makanan yang mahu dicernakan di dalam perut. Maka, dengan berpuasa, tenaga tenaga yang digunakan tubuh juga boleh dikurangkan. Kerana itulah, kadang-kadang, korang berasa lebih bertenaga pada pertengahan tempoh puasa, kerana tenaga yang selalu digunakan bagi metabolisme tersimpan tidak digunakan.

Di samping tenaga lebihan yang diperoleh semasa berpuasa, satu kajian selama 50 tahun yang dijalankan oleh Herbert Shelton kepada lebih 40 ribu subjek yang berpuasa melaporkan bahawa puasa meningkatkan kebijaksanaan.

Herbert Shelton menyimpulkan, oleh sebab penjimatan tenaga yang diperoleh tanpa perlu mencernakan makanan, tubuh menyalurkan tenaga dan darah lebihan kepada otak (bukan perut), lalu meningkatkan daya pemikiran, menjadikan otak lebih terang dan deria lebih peka. Dr Arnold Ehret pula melaporkan bahawa selepas 21 hari berpuasa, deria intuisi dan gerak hati akan bangkit mendadak, korang akan menjadi lebih kreatif dan daya mental dan spiritual juga bertambah. Mungkin disebabkan hal ini, banyak tokoh sejarah dan ilmuwan bijak pandai berpuasa di dalam hidupnya. Socrates berpuasa selama 10 hari untuk kesihatan fizikal dan mental. Pythagoras berpuasa selama 40 hari sebelum menduduki peperiksaan di Universiti Alexandria.

Memang telah disejarahkan bahawa manusia di bumi ini sudah berpuasa dan menikmati hikmahnya selama ribuan tahun. Puasa disyorkan oleh pakar perubatan sejak dari tamadun lampau, di samping menjadi budaya yang diamalkan dan amalan keagamaan. Selain umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan, puasa juga dituntut dan disebut dalam Injil, serta kitab Mahabrata dan Upanishad. Tamadun Helenistik purba dan kaum Red Indian Amerika mengamalkan puasa untuk berkomunikasi dengan Tuhan mereka. Siddharta Gautama Buddha juga berpuasa. Hanya agama Zoroastrianisme yang mengharamkan puasa.

Sudah turun-temurun puasa dibuktikan sebagai cara paling tua, pantas, dan paling efektif bagi menyembuhkan, membuang toksik tubuh, memanjangkan usia, dan menurunkan berat badan. Puasa kita sepanjang bulan Ramadhan ini memang membersihkan jiwa, tetapi aia juga mempunyai impak positif kepada kesihatan dan mental. Cuma kita yang kadang-kadang tidak mahu melihat atau menghargai sangat. Allah telah menunjukkan sejuta keajaiban di bumi dan di dalam tubuh manusia, tinggal kita kena melihat dan menterjemahkannya sahaja…

Puasa Dari Sudut Pandangan Sains (Bahagian 1)

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, August 22, 2009

0

Bulan Ramadhan dah mula, maka masa ni la 2 bilion umat Islam kat seluruh dunia menunaikan ibadah puasa, menahan diri daripada melakukan perkara-perkara larangannya dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Terlalu banyak hikmah puasa kepada rohani sudah dibentangkan oleh para ulama. Bagaimanakah pula keunggulan puasa mengikut pandangan sains?

Dalam sains, ilmuwan perubatan memang sudah lama mempersetujui kebaikan puasa kepada tubuh. Dalam bidang kedoktoran, pesakit memang dah bertahun-tahun disuruh berpuasa sebagai salah satu cara pengubatan dan penyembuhan.

Contoh yang paling biasa, kalau seseorang pesakit tu memerlukan pembedahan yang melibatkan pelali anestetik, selalunya pesakit akan diminta berpuasa selama 12 jam. Hal ini demikian kerana kalau ada makanan dalam sistem pencernaan, dikhuatiri ubat pelali tak akan dapat melakukan tugasnya dengan sempurna.

Ketiga-tiga Bapa Perubatan Barat iaitu Hippocretes, Galen, dan Paracelsus, juga menyanjung puasa. Menurut diorang, puasa ialah cara berubat dari dalam yang paling unggul. Mengikut Dr Otto Buchinger, “Puasa adalah penyembuhan tanpa mudarat. Walaupun ia melaparkan jasmani, ia mengenyangkan rohani.” Sampai la sekarang, memang sudah dipersetujui oleh ramai pakar perubatan bahawa puasa adalah cara penyembuhan biologi yang paling efektif, hinggakan puasa ni diberi gelaran “pembedahan tanpa surgeri”.

Dengan berpuasa, korang membenarkan tubuh korang membuat keputusan sendiri dalam penyembuhan, memilih sel tubuh mana yang mahu disimpan dan sel mana pula yang mahu disingkirkan. Tubuh mampu membuat pilihan mahu menyisihkan sel-sel yang berpenyakit dan tidak berguna. Dengan berpuasa, korang mengambil jalan penyembuhan natural yang memang dah secara alami dan semula jadi diaturkan oleh Tuhan.

Sebenarnya puasa sudah wujud di alam natural sejak dari awal kehidupan. Semasa musim salji, beruang akan berpuasa berbulan lamanya, tidur nyenyak dalam hibernasi tanpa menjamah apa-apa. Selain beruang, ikan paus gak berpuasa dan berhibernasi. Ni termasuk la haiwan kecil cam ular, ikan salmon, salamander, labah-labah dan kura-kura. Ulat beluncas, masa dia dalam fasa kepompongnya, akan berpuasa tanpa apa-apa sumber makanan sehinggalah ia menjelma menjadi rama-rama selepas selesai proses metamorfosis...

Kalau dah binatang pun dapat manfaat, apatah lagi manusia; makhluk agung ciptaan Tuhan sampai suma makhluk lain kena sujud padanya, tol tak?

Not Perfect Is Good?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Friday, August 21, 2009

6


Sape tak nak jadi sempurna? Ada tak orang yang nak ngaku? Takder? Hah… Sah la korang ni pun sama spesies manusia cam aku yang nak mengejar kesempurnaan dalam semua benda. Ye la, benda yang kita buat tu mesti la kita nak yang terbaik, super duper nyer tahap sempurna.

Tapi penah ke kita ni capai tahap sempurna? Aku tak penah sekali pun. Korang? Mungkin ada yang ada. Yela, korang kan hebat... (ni pujian, bukan perlian ye…hehe)

Dan kalau kita renung-renung balik, macam mana tahap yang dikatakan sempurna tu? Tentu saja standardnya ditentukan oleh manusia sendiri, kan? Ikut keadaan ataupun situasi, ye tak? Tapi yang pasti semestinya standard yang diletakkan untuk kesempurnaan tu tinggi gila babeng nye... Bukan senang nak genggam. Bukan mudah nak cecah. Bukan cincai untuk dicapai.

Kadang-kadang apa yang kita rasa dah cukup sempurna belum tentu orang lain rasa camtu, kan? Aku penah alami benda camni. Buat memang rasa dah terbaik, cantik, mantap… Memang da boom lah. Tapi sekali kena reject daa… Adoi.. Aku pasti korang pun mesti ade nyer pengalaman cam aku ni.

Namun di sebalik kekecewaan tu, penah tak korang (dan aku gak), fikir yang ada jugak kebaikan menjadi tidak sempurna? Penah? Memang mantap lah korang… Hehe… Aku tak penah pun terpikir, tapi aku dah start nak pikiaq (slang utara skit) la ni jugak.

Satu, tak sempurna ni leh buatkan kita ni lebih berusaha bersungguh-sungguh. Ish3… Ye dok mung Fiq??? Ye… Betol. Betol. Sebagai contoh, kalau kita mengerjakan sesuatu, bila kerja tu tak sempurna, mesti la kita akan cuba buat walau camner pun untuk kerja tu jadi sempurna, kan? Dah memang naluri kita untuk cari kesempurnaan.

Dua, tak sempurna mengajar kita untuk tidak cepat berpuas hati. Kalau kita ni dah sempurna, takder cacat cela, confirm la kita akan rasa puas hati. Bila dah puas hati, kita pun jadi la malas untuk improvekan diri. Jadi takder kemajuan. Ye tak? So bila kita ni rasa tak sempurna, akan la jugak usaha kita untuk buat improvement.

Tiga, tak sempurna menjadikan kita lebih humble. Maknanya merendahkan diri. Takder la kita jadi orang yang hidung tinggi atau suka komen-komen orang kalau kita tahu diri sendiri pun no perfect, right?

Last but not least, tak sempurna buat kita ni lebih dekat dengan Tuhan. Takder la perasaan ego atau bangga diri yang membuatkan kita rasa kita ni hebat beyond everything. Oleh sebab kita ni tak sempurna, kita akan lebih merasakan yang tempat kita hanyalah sebagai hamba kat dunia ni. So automatic la kita akan buat perkara yang dsuruh-Nya, to tak?

Jadi, tu la pandangan yang aku dapat bila aku pikir. Korang camner? Ada penambahan atau bantahan?

Hobi Pelik

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, August 21, 2009

7


Sejak kebelakangan ni, aku telah mendapat satu hobi pelik. Apa tu? Ha… Hobi pelik aku tu ialah suka download movie (confirm illegal la kan…hehe) dari internet. Pelik ke? Tunggu… Tak abis citer g. Aku ni suka download, tapi tengoknya takder la excited macam masa download tu. Selalunya 2-3 minggu lepas download baru aku tengok citer tu. Sekarang dalam hard disk aku berlambak-lambak movie yang ader, tapi kebanyakannya aku tak tengok pun lagi (ni suma movie banyak warna ye... bukan satu colour)

Tu yang aku naik pelik tu. Asal jumpe citer baru jer, ha… Mula la rasukan nafsu download tu datang. Warghhh… Tolong selamatkan aku daripada ketagihan ni. Nak masuk rehab, ader ker rehab pasal ketagihan download movie ni? Pusat serenti pun tak terima aku (ala…macam la penah apply…hehe). Ade cadangan daripada korang? Sila kemukakan ye…

P/S: Aku rasa kalau aku burn movie tu banyak-banyak and then jual, silap-silap leh jadi jutawan movie aku ni, lebih kaya dari Steven Spielberg mahupun Peter Jackson=D

Ramadhan Al-Mubarak

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, August 20, 2009

3


Seperti yang telah diumumkan pada hari ini, tarikh bermulanya puasa jatuh pada hari Sabtu, yakni 22 Ogos 2009. Jadi marilah kita sebagai umat Islam yang beriman menerima Ramadhan dengan hati terbuka. Dan puasa, jangan tak puasa plak, ok. Jangan nakal-nakal masa Ramadhan ni, takut nanti puasa yang korang buat tu tak dapat apa-apa, hanya lapar dan dahaga (peringatan ni ditujukan kepada aku sendiri jugak kerana aku sememangnya nakal tak bertempat...hehe).

Selain nakal, korang masa mandi tu jangan plak curi-curi telan air (macam penah buat jer nih...), sebab tu dikira sengaja walaupun korang sebenarnya tersengaja telan air tu (paham tak ayat ni?). Lagi satu, yang laki-laki tu kalau boleh waktu siang laksanakan perintah berkurung untuk jaga pandangan mata daripada tertengok pemandangan seksi yang menyeksakan... Hehe... Last but not least, walau apa pun yang berlaku, puasa la ye. Cuba penuhkan puasa korang untuk Ramadhan kali ni...

Wassalam

Sains Di Sebalik Usia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, August 20, 2009

2

Ada apa dengan usia? Adakah sekadar umur jer? Haa… Manusia macam kita ni sentiasa mahukan usia yang panjang. Betul tak? Ala… Tak payah tipu ler… Aku pun camtu gak lar. Hehe… Tapi kan setiap saat yang berlalu pasti memendekkan umur kita. Daripada asal kelahiran kita ni sebagai seorang bayi yang tidak tahu apa-apa, kita membesar menjadi kanak-kanak, dan seterusnya bertukar pula menjadi remaja, disambung dengan zaman dewasa lalu diakhiri dengan hari tua (dan akhirnya mesti la mati kan…).

Dalam dunia sains yang aku ceburi nih, proses perubahan usia dipanggil “senescene”. Fenomena menjadi tua ni kalau korang nak tau, berlaku kerana pada setiap waktu, sel-sel tubuh korang akan mengalami kitaran hidup, menjalankan proses rutin tubuh dan akan mati apabila sampai tempoh luputnya. Bagi setiap sel yang mati, sel baharu yang sempurna akan dijana semula sebagai penggantinya. Ngerti setakat tuh?

Namun akibat senescence yang aku gitau tadi, bila jer umur korang tu mencecah umur puncak antara 20-35 tahun, penjanaan semula sel-sel tubuh akan mula merosot. Semakin lanjut usia korang, semakin banyak sel tubuh korang yang mati dan tidak dapat diganti dengan lengkap, menyebabkan kelisutan kulit, aktiviti organ tubuh yang semakin susut, dan sistem pertahanan badan yang bertambah lemah.

Akibatnya tubuh manusia akan menunjukkan tanda-tanda penuaan. Kulit yang asalnya licin mulus akan bertukar menjadi berkedut dan tidak kenyal, rambur berubah putih akibat uban, tulang menjadi rapuh, sendi berubah longgar, badan bertambah lemah serta mudah dijangkiti penyakit, dan penglihatan mata semakin hilang fokusnya. Semua ni korang leh observe sendiri kat orang tua yang ada kat sekeliling korang tu.

Menurut laporan CNN, walaupun penuaan bukanlah satu penyakit, proses ni merupakan antara pembunuh yang berbahaya di dunia. Menurut laporan tersebut, kalau la senescence ni takde dan keupayaan tubuh korang menjana sel yang sempurna kekal sebagaimana ketika usia korang 10-12 tahun, korang ni silap-silap leh hidup hingga mencapai umur 1200! Mak aii… Lama nak mampus (walaupun sebenarnya hidup… hehe).

Namun begitu bukan korang selaku manusia jer yang ada proses penuaan, pelbagai hidupan lain di muka bumi ni gak mengalami fenomena yang tidak kurang bezanya, sama ada haiwan mahupun tumbuhan. Walau bagaimanapun, saintis mendapati tak semua hidupan mengalami kadar senescence yang serupa. Ada makhluk yang leh kekal awet muda untuk satu tempoh yang sangat panjang.

Ada pokok pain seperti pokok bristlecone yang boleh hidup beribu tahun tapi tak nampak semakin tua pun. Barang kali, pokok ni lambat tua dek kerana iklim, dietnya atau memang struktur genetiknya yang telah sedia dibina begitu. Hoho… Lama giler ko hidup ye pokok…

Satu (bukan dua atau tiga) kajian pernah dilakukan oleh ahli biologi molekul dari Amerika bernama Cynthia Kenyon. Pada tahun 1993, dia jumpa satu gen dalam sejenis cacing, Caenorhabditis elegans, yang leh memanjangkan usia cacing itu 2 kali ganda. Dia dapati cacing seni tu boleh hidup lama bila struktur gennya mengalami mutasi. Penemuan dia ni kemudiannya menyemarakkan lagi kajian sains berkaitan pelanjutan usia melibatkan hormon dan sistem tubuh organisma.

Dulu, masa tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pernah keluarkan laporan bahawa penduduk di Bandar Okinawa, Jepun mampu hidup lebih lama dan lebih sihat daripada penduduk dunia yang lain. Kendian, kajian lanjutan dibuat lak oleh National Geographic. Diorang tambah lagi 3 kawasan iaitu Semenanjung Nicoya di Costa Rica, Sardinia diItali, dan Loma Linda di California. Kawasan-kawasan ni dipanggil zon biru, menempatkan manusia yang paling sihat dan mampu hidup lebih lama daripada manusia lain di dunia, di mana rata-rata penduduknya berusia melebihi 100 tahun. Pergh… Kat Malaysia ni berapa kerat lak yang leh capai umur tu?

Saintis yang buat kajian terhadap diorang ni mendapati bahawa mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat mampu hidup lebih lama. Penduduk kat zon biru ni jarang duk diam tengok tv atau melepak kat kedai kopi. Diorang selalu wat riadah senaman, bercucuk tanam atau berjalan-jalan. Diorang makan benda berkhasiat serta kurang kalori (diorang tak makan KFC cam kita…), dan berhenti makan sebelum kenyang (yang susah bagi orang Malaysia nak buat).

Diorang gak ada komuniti yang akrab, suka bersahabat dengan orang yang menyenangkan dan tak suka bermusuhan. Diorang ni lebih pentingkan silaturahim bersam dengan orang yang diorang sayang. So, kesimpulan yang kita leh buat ialah tidaklah sukar untuk hidup panjang; jalani hidup dengan sihat dan tenang. Macamyang diorang buat… (Ye dok mung ni Fiq…).

Namun usia sebenarnya bukanlah segala-galanya. Bak kata Abraham Lincoln, yang penting bukanlah usia kita hidup, tetapi hidup yang kita isi dalam usia. Yang lagi penting bak kata Saujana dalam lagu nasyid diorang, “Walaupun hidup seribu tahun… Kalau tak sembahyang, apa gunanya?”… Fikirlah dengan akal, jujurlah dengan hati… Huhu…

Apabila Telefon Berbunyi...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, August 19, 2009

4

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut:


"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm..."

"Abang masih ada di kelab lagi ke? "

"Iya..."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru... Cantik bang, boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma RM1500.00 aje"

"Ok, belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price... Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..."

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma RM280,000..."

"Ok. Tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan... Pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang , berhadapan dengan pantai tu.. Cantik kan bang?"

"Berapa harga yang mereka minta?"

"Cuma RM740,000... Ok kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli,tapi cuba dapatkan harga RM700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."


Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone... Sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:


"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

Sains Di Sebalik Kebetulan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, August 18, 2009

0

Sekiranya disemak semula kita akan dapati seperti terlalu banyak kebetulan kat dunia ni. Kadang-kadang kebetulan tu disusun oleh takdir sebegitu cermat sehingga sejarah menjadi seolah-olah seperti sebuah kisah yang teratur dengan ajaib. Antara kebetulan yang terkenal ialah kisah 2 orang Presiden Amerika, Abraham Lincoln dan John Kennedy.

Kisahnya adalah seperti berikut: Lincoln dilantik menjadi Presiden Amerika pada 1860, manakala Kennedy pula pada 1960. Kedua-dua nama Lincoln dan Kennedy mengandungi 7 huruf. Setiausaha Presiden Lincoln bernama Kennedy, manakala setiausaha Presiden Kennedy bernama Lincoln. Kedua-dua presiden ni mati dibunuh pada hari Jumaat. Lincoln dibunuh oleh John Wilkes Booth, yang lahir pada 1839, manakala Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald, yang lahir pada 1939. Nama 2 orang pembunuh ni mengandungi 15 huruf.

Insiden kedua-dua pembunuhan presiden itu berlaku di hadapan isteri masig-masing, dan kedua-duanya ditembak di kepala dari arah belakang. Booth menembak Lincoln dari dewan teater lalu bersembunyi di dalam sebuah gudang, manakala Oswald menembak Kennedy dari sebuah gudang lalu bersembunyi di dalam sebuah dewan teater. Selepas kematian mereka, presiden baru dilantik di mana kedua-duanya mempunyai nama keluarga Johnson. Presiden Andrew Johnson yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808, manakala Presiden Lyndon Johnson yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908. Nama kedua-dua presiden baru tu mengandungi 13 huruf.

Kalau dilihat sekilas, kebetulan yang berlaku bertalu-talu dalam kisah Lincoln dan Kennedy seperti mustahil, kan? Tapi nak buat camne, sejarahnya dah memang begitu. Bagaimanakah sains dapat menerangkannya?

Sebenarnya kalau korang tengok dari sudut statistik, kebetulan memang sering berlaku dan tidaklah ganjil. Salah satu statistik tentang kebetulan yang sering dirujuk ialah “paradoks hari jadi” yang menyatakan: Walaupun dalam kalendar, setahun mempunyai 365 hari, tetapi dalam sebuah kumpulan yang mempunyai 22 orang, kebetulan untuk 2 orang ahli kumpulan mempunyai tarikh lahir yang sama adalah 50%. Kerana itulah kerap terdapat 2 orang berkongsi hari jadi di dalam sebuah bilik darjah yang kecil.

Selain itu kita sering mengatakan kebarangkalian untuk keajaiban terjadi kepada seseorang amat langka, mungkin satu dalam sejuta. Perumpamaan ni berlanjutan hingga ke rancangan realiti tv, mengatakan bahawa orang yang benar-benar berbakat sukar dicari dan merupakan “one in a million.”

Namun sekiranya dilihat statistiknya sekali lagi, dalam sebuah populasi seperti Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 26 juta, kebarangkalian untuk ditimpa keajaiban “satu dalam sejuta” akan berlaku 26 kali! Betul tak?

Haa… Istilah sains yang selalu digunakan bagi memaknakan kebetulan ialah “synchronicity”. Istilah ini merujuk kepada kejadian yang berlaku secra kebetulan tanpa sebab-sebab yang berkait. Selalunya, kebetulan yang berlaku itu menerbitkan sesuatu yang bermakna.

Contoh kebetulan bermakna ialah sewaktu Isaac Newton duduk di bawah sepohon epal. Kebetulan yang berlaku ialah tepat jer waktu dia duduk, sebiji epal dari pohon itu jatuh tepat menimpa kepalanya, membuatkan Newton mendapat idea tentang graviti. Kellog yang tekenal mencipta bijiran sarapan pagi juga secara kebetulan terbiar bijirin jagung terbakar lebih lama daripada biasa, lalu menjadi emping.

Selain tu, kebetulan juga secara semula jadi menjadi dasar kognitif manusia. Salah satu cara manusia mempelajari perkataan adalah dengan mencari persamaan dan kebetulannya. Katakanlah kanak-kanak mahu mempelajari perkataan “anjing” dan jenisnya seperti Dalmatian, Labrador dan Poodle. Minda kanak-kanak akan mencari kebetulan antara jenis-jenis anjing tu iaitu badan berbulu, berkaki 4, boleh menyalak dan sebagainya, lalu mengumpulkan semuanya menjadi “anjing”.

Dalam bidang psikologi, kebetulan selalunya dikaitkan dengan kecenderungan minda kita mencari corak atau langgam dalam peristiwa harian. Fikiran manusia juga cenderung untuk mempercayai peristiwa yang mematuhi langgam itu, lalu enggan menerima peristiwa yang menyeleweng daripada coraknya; satu fitrah manusia dalam sains yang dipanggil confirmation bias.

Oleh itu kita sering mencari kebetulan pada sesuatu yang lazim. Kadang-kadang kebetulan itu tidaklah terlalu nyata, atau tidak wujud pun, hanya minda kita yang cuba mencari pola dan kaitan yang sebenarnya tiada. Lalu mengakibatkan, sekiranya disemak semula, kita akan dapati seperti terlalu banyak kebetulan di dalam dunia! Tapi yang pasti, artikel ni aku tulis atas kemahuan dan perancangan aku sendiri, bukan secara kebetulan. Hehehee…

Soalan Licik, Jawapan Cerdik

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, August 17, 2009

4

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut, "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.

Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan.

Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6".

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

p/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe=D

Lawak 18 Tahun Ke Atas

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, August 16, 2009

6

Alkisahnya, ada la sorang mamat ni asal Kelantan. Mmg pure Kelantan. Satu hari tu dia first time dtg ke Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Nak diceritakan di sini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dengan sorang lelaki.

"Bey tumpey tanyo. Mano pejabat syarikat pengangkutey?"

Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah.

"Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. Syarikat pengangkutey, pengangkutey..."

"Budak ni ado yang lobam nanti kang.."

Brader tadi dah mula naik hangin sikit...

Memandangkan mamat Kelantan ni tengok brader tu tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu.

"Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd... Transportation!Transportation!"

"Oo... Transportation.. Ingat apo bondo tadi pegang kotey, pegang kotey..."

Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi mamat Kelantan ni mintak tolong brader tu lukiskan pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"

Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok mamat Kelantan ni atas bawah, atas bawah.

"Hish! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?"

Brader tu start bengang dah. Maka mamat Kelantan ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dengan kertas sambil mintak brader tu lukiskan.

"Lukih peley nok gi ke sano.."

"Oooo.. Mintak tunjuk lukis polan, ingat nak mintak tunjuk apo tadi... Hishh kau ni jang..."

Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan. Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi atas keikhlasan brader tu maka mamat Kelantan tu pun akhirnya sampai ke pejbat yang ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut...

Si Penjual Telur

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, August 15, 2009

1

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang...

Bercuti a.k.a Balik Kampung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, August 14, 2009

4



Ye! Ye! Ye!!! Hari ni aku akan balik kampung. Kat mana kampung aku? Kat mana lagi kalau bukan kat Langkawi Permata Kedah! Tak sabar nak jumpa keluarga kat sana (walaupun virus H1N1 dh tersebar dah kat Langkawi nun…).

Walaupun namanya bercuti, aku tetap tak dapat merasai nikmat cuti tu sepenuhnya sebab banyak benda nak kena buat. Kerja bertimbun woo… Mau naik bil elektrik kat rumah nanti gara-gara menaip assignment (haha… jangan marah ye mama kalau bil elektrik naik…huhu).

Dan seperti biasa, bila jer cuti, ada la teman-teman yang mengirim benda. Kirim apa? Apa lagi kalau bukan coklat. Huih… Penuh tangan kalau balik UM nanti. Macam-macam spesies coklat diorang nak. Tau la coklat Langkawi murah, tapi takder la beza sangat dengan harga kat tanah besar, tapi kalau beli bebanyak memang jimat la kan (agaknya sebab tu la kot diorang kirim banyak-banyak…).

Ha… Walaupun aku bercuti, tapi aktiviti blogging ni insyaallah aku teruskan. Tak seronok rasanya kalau tak update blog (betul ke ni ha…hehe). Kepada pembaca blog ni, kalau nak datang bercuti kat Langkawi, inform la kat aku. Mana tau aku leh jadi pemandu pelancong korang dengan harga yang berpatutan (ni dah macam nak cari kerja ni… hehe). Ingat ye… Kasi tau… Langkawi best!!! Most beautiful island in Malaysia!!!

Cerita Cinta

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, August 13, 2009

9



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.



Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.



Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Semut, Labah-Labah, Atau Lebah?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, August 12, 2009

4

Andai kita diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, mana yang kita nak pilih? Sape-sape yang rajin bekerja sure pilih jadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan aktif memanjang... Hehehe

Sape-sape yang rasa dirinya bijaksana a.k.a cerdik akan pilih jadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Labah-labah ni buat sarang sekali sahaja tapi mampu duduk senang dan maintain dapat makan sepanjang masa.

Sape-sape yang rasa hidup ni perlu berjasa plak sure nak jadi lebah. Pada anggapannya lebah ni rajin giler, cerdik, pastu cam gagah berani gak la. Kalo lebah sengat menyengat mesti sakit bengkak-bengkak..huhu

Apa yang korang pilih?

Kalo diikutkan, semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurangan tertentu. Apasal? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.

Itu dah menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa dan penting bahkan jadi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Tapi, kalo disuruh pilih satu je.. Lebih kurang camnilah penilaian yg bleh kita buat :-

SEMUT - Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah kita tengok sekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh member-member dia bila dia sakit ataupun bila dah mati. Selebihnya semut ni asyik keja, keja, keja..Heheh. Tahukah kita..cewah, semut ni bleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya taklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya tu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tak akan mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya si semut ni sampai kadang2 tu sanggup pikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tak sanggup makan makanan itu sampai abis.

LABAH-LABAH - Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukanlah tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan si jantan ni ada waktunya bleh lak dimakan oleh si betina. Ada skit unsur kanibalistik di situ..huhu. Telur-telur dia plak kalo menetas cam berebut2 nak kuar anak2 kenit dia. Ada yg sampai mati gak.. Iskh..iskh

LEBAH - Lebah ada naluri yang dalam bahasa Al-Qur'an disebut, marhumnya, "Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal." [An-Nahl,16: 68]. Lebah buat sarang berbentuk segi enam a.k.a hektagon bukannya lima atau empat. Sebab apa? Sebab nak efisyen dalam penggunaan ruang. Makanannya plak suci, bersih dan dibuat spesel daripada serbuk debunga. Lebah ni tak kumpul makanan, sebaliknya hasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia cam kita. Lebah ni disiplin kuat, tau pembahagiaan kerja, tak cerewet, tak letih buat kerja. Pendek kata..molek lah serba-serbi. Pastu, untuk kesucian dan manfaat sarang yang dibuat, segala yang tak berguna akan disingkirkan. Hasilnya sarang diorang jadi pusat pengumpulan madu..pergh...sedap2. Lebah pun sebenarnya tak akan mengganggu orang kecuali kalo diganggu. Bahkan bisa2 sengat dia pun still bleh jadi ubat. Ini dah pun dibuktikan dalam salah satu rancangan yang tunjuk kisah-kisah pelik tapi benar terbitan Amerika Syarikat.. Hahah..Tengok, Mat2 Salleh pun akui menda2 ni cuma diorang eksyen je.

Jadi, kita pilih yg mana? Kalo ikut patutnya..baik kita pilih tiga-tiga skali sebab tiga-tiga ni ada keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya jadilah cam semut dengan alasan nak bekerja keras tanpa pikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu. Tapi, jangan plak amik sikap kurang pandai si semut ni..Hihihi. Tahukah kita yang semut ni amat bengap meskipun amat rajin..kui kui..

Kalo ada sekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan cecepat balik bagitau member-member dia. Pastu dia akan ikut balik jalan yang sama yang digunakannya sampailah dia jumpa balik seketul gula tu tadi. Dia ngan kengkawan dia akan gunakan laluan yang sama untuk datang balik ke tempat tu dan begitulah seterusnya sampai makanan tu abis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan ikut laluan yang sama gak walaupun ada jalan shortcut yang dekat skit.. Hehehe..

Kemudian, elok gak kalo kita amik sikap labah-labah yang smart tu. Dia buat sarang pastu duduk rilek senang-lenang sepanjang masa. Konsepnya cam bersusah-susah dulu pastu senang-senang kemudian. Susah masa buat sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning.. Cewaah..

Caranya sama cam tanam pokok pisang; tanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti tulis buku; tulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa. Dapat royalti la tu.

Kalo kita amik sikap lebah plak, tentunya kita nak jadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah ni sampai bleh buat sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tak yah guna pembaris ke..jangka ukur ke..protaktor ke..Heheh. Tak penah kita tengok segi enam dlm sarang lebah tu ada yang besar ada yang kecil. Lebih kurang sama ngan manusia yang genius matematik ngan sains la atau macam manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. Gitu la..huahua

Meskipun hebat segala segi, lebah ni bleh menyerang balik bila terancam. Sikap ni memang perlu sebab kalo kita nak bina kejayaan, ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat,usaha serta kedudukan kita daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas. Lebih kurang camtulah.

Tapi, kalo soalan yang asal ditanyakan lagi skali dan disuruh pilih satu je, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah plak berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik sudah pastinya ialah lebah. Nabi s.a.w. pun pernah mengumpamakan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

"Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merosak dan tidak pula memecahkannya." Itulah lebah.

Renung-renungkan dan selamat beramal...=)

Confidence, Trust and Hope

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, August 10, 2009

0

CONFIDENCE
Once, all village people decided to pray for rain. On the day of prayer, all the people gathered but only one boy came with an umbrella; that's Confidence.

TRUST
Trust should be like the feeling of a one-year-old baby. When you throw him in the air, he laughs... because he knows you will catch him; that's Trust.

HOPE
Every night we go to bed, we have no assurance to get up alive in the next morning but still we make plans for the coming day; that's Hope.

ALWAYS MAINTAIN YOUR CONFIDENCE
HAVE SOME TRUST IN OTHERS and NEVER LOSE HOPE!


Never regret a day in your life.
Good days give you happiness;
Bad days give you experiences;
Both are essential to life

Semalam, Hari Ini, dan Esok

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, August 09, 2009

1

Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah impian. Pernah dengar ungkapan ni? Bila direnung, ada benarnya juga ungkapan hikmat ni.

Kenapa semalam dikatakan sejarah? Kerana apa yang berlaku semalam memang tak dapat diubah dan begitulah catatan keadaannya buat selama-lamanya.

Kenapa hari ini dikatakan realiti? Kerana hari ini adalah apa yang kita lakukan secara langsung dan segala yang kita lakukan bakal mempengaruhi hari esok.

Kenapa esok dikatakan impian? Kerana esok adalah sesuatu yang belum pasti. Esok adalah sesuatu yang kita rancang pada hari ini berdasarkan pengalaman hari semalam, namun belum tentu hasilnya adalah seperti yang diharapkan.

Jadi yang manakah yang paling penting? Semalam, hari ini, ataupun esok? Jawapannya tiada satu pun yang lebih dominan ataupun lebih superior kerana ketiga-tiganya sama penting. Tanpa semalam, mana mungkin kita mampu menjalani kehidupan selesa pada hari ini. Tanpa hari ini mana mungkin esok boleh muncul. Dan tanpa esok, sia-sia sajalah hidup kita kerana tiada masa depan.

Kesimpulannya, hargailah masa yang ada. Jika kita pandai menguruskan semalam, hari ini dan juga esok, tiada rugi yang menanti kita. Emas segunung yang hilang boleh dicari ganti, tetapi sedetik masa yang berlalu tiada galang gantinya…

Undur

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, August 08, 2009

2

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!"

"Ok!" kata anak dia.

Si ibu pun undur keretanya.

"Lagi mak undur lagi" kata anak dia.

"Lagi... Lagi" kata anak dia.

Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM", kereta yang dia undur tu terlanggar pokok kat belakang.

Anak dia pun menjerit "Ok! Mak, dah kena!"

Sabar

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, August 07, 2009

1


Setiap perkara dalam dunia ini ada batasannya. Maknanya ianya mempunyai had yang tertentu. Dan had itu berbeza bagi setiap perkara yang dinyatakan. Begitu juga dengan kesabaran. Manusia biasa, seperti aku, yang mana imannya tidak begitu kuat pasti saja mempunyai had kesabaran yang rendah. Ya, aku mempunyai tahap kesabaran yang rendah. Namun aku cuba perbaiki kekurangan aku tu.

Bila sebut tentang sabar, aku begitu kagum dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana baginda mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi. Sebelum peristiwa Israk Mikraj, baginda pernah pergi berdakwah di Taif. Namun apa yang baginda dapat hanyalah caci maki daripada penduduk Taif. Bukan itu sahaja, baginda turut dilontar batu sehingga darah menitik memenuhi sepatu yang dipakai baginda.

Walaupun begitu, baginda tetap bersabar dan mendoakan penduduk Taif diberi hidayah. Kalau aku, confirm aku doakan diorang semua tu diturunkan bala dan masuk ke neraka selama-lamanya. Tapi begitulah sifat baginda, manusia agung yang mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Sabar juga ada pelbagai jenis. Saidina Ali pernah berkata bahawa sabar itu ada dua, iaitu sabar dalam menghadapi perkara yang kita tidak suka dan sabar dalam mengejar perkara yang kita suka. Memang benar. Dua benda tu memang memerlukan sabar.

Apa yang berlaku kalau tiada sabar? Mudah saja. Akan keluar la sumpah seranah, caci maki, carut marut dan macam-macam lagi perkara tidak elok daripada lidah. Bukan tu saja, sampai satu tahap berlaku tindakan fizikal yang boleh mendatangkan mudarat. Perkara yang seumpamanya pernah berlaku ke atas aku, dan sehinggalah hari ini aku masih rasa kesal dengan apa yang pernah aku lakukan.

Jadi wahai kawan, belajarlah menjadi seorang yang penyabar. Bila kita sabar, kita tak akan melakukan perkara yang berkemungkinan membawa penyesalan seumur hidup. Teguhkan iman, tetapkan pendirian, kuatkan azam untuk bersabar dalam semua perkara. Insyaalllah, pada akhirnya, kita juga yang mendapat keuntungan dan kebaikan daripada sifat mahmudah ini.

Wassalam

Kita Semua

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, August 07, 2009

2

Kita pada hari ini adakah sama seperti kita pada hari semalam? Atau kita pada hari ini menjadi lebih baik daripada kita pada hari semalam. Ataupun adakah kita pada hari ini lebih teruk daripada kita pada hari semalam?

Siapa kita pada hari ini adalah pilihan kita sendiri. Sama ada sama, lebih baik atau lebih teruk, semua itu ditentukan melalui perbuatan serta amalan seharian kita. Memang tidak dinafikan kita semua sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik akan menjadi bertambah baik, namun kita sendiri tidak meletakkan usaha setara dengan apa yang ingin kita capai.

Kita selalu mendengar kata-kata tentang hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Namun kita semua tahu yang tak semua tu menjadi kenyataan kepada kita. Namun kita masih lagi berharap yang hari-hari mendatang akan sentiasa baik.

Itulah kita. Sentiasa hendak yang baik. Lumrah kita sememangnya begitu. Tapi perlu diingat untuk mengejar benda yang baik, kita mesti meletakkan usaha yang baik ke arah itu. Biar tidak dapat, asalkan kita usaha sehabis baik. Kenapa? Agar kita puas kerana sekurang-kurangnya kita cuba daripada tidak berbuat apa-apa. Allah menilai kita daripada usaha yang kita taburkan, bukan berapa banyak kejayaan dalam genggaman…

Sengal Si Sam dan Si Dol

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, August 06, 2009

1

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati...

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! Kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer...

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

SAM: Macam mana kau boleh kata aku ada AIDS?
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS.Kau orang ke-10, tak payah tanya, aku dah tahu...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? Kalau macam tu aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"... Degil!!!

Rapu Si Perapu

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, August 05, 2009

2

Haa.. Kali ni aku nak merapu sikit. Kalau korang nak tau, aku ni memang suka merapu. Hua3… Ok la. Sejak kebelakangan ni hidup aku dah menjadi semakin busy. Adoi… Aku ni bukan jenis yang suka busy, aku suka lepak. Aku suka hidup yang tenang tanpa perlu mengejar dateline. Tapi nampaknya tu hanyalah mimpi semata-mata kerana realitinya tak seindah fantasi yang diimaginasi. Cewahhh….

Berbalik kepada soal busy, mesti korang tertanya-tanya kan ape yang busy sangat tu. Ha… Jawapannya ialah busy dengan kuliah, makmal, report, assignment, test, stadi lagi… Waa… Tak suka, tak suke… Tapi bila fikir balik kalau aku tak susah sekarang, macam mana aku nak senang pada masa hadapan, kan? Bak kata Witwicky dalam citer Transformer, “No sacrifice, no victory”. Cikgu aku pun penah cakap “No pain, no gain”.

Hmm… jadi maknanya aku kena la sabar dengan kesibukan yang aku hadapi ni, kan? Haih… Moga kesabaran dan ketahan aku akan berkekalan tanpa aku hilang kewarasan diri… Huhu

Syarat Menjadi Doktor

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, August 05, 2009

6

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

”Dalam bidang perubatan, ada 2 syarat yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor”, kata pensyarah itu.

“Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat”, katanya lagi. Sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

“Sekarang, cuba kamu buat”, kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata:

“Syarat kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk... SEKARANG, TUMPUKAN PERHATIAN! PAHAM!!!!! "

Cinta Seorang Lelaki

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, August 04, 2009

4

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu unutk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

10. Dia menjadi orabg yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorangperempuan. HARGAILAH MEREKA (maksud aku kami...)

Mycobacterium tuberculosis

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, August 03, 2009

2





Tajuk ni adalah atas permintaan Enydiamond. Dia mintak aku terang sikit pasal satu spesies bakteria yang menyebabkan penyakit Batuk Kering iaitu “Mycobacterium tuberculosis”. Disebabkan aku bukanlah seorang pelajar perubatan mahupun pelajar mikrob, maka terpaksa la aku membuat pencarian sedikit melalui internet di samping menggunakan asas pemahaman biologi aku yang cetek tu. Jadi, berikut adalah serba sedikit maklumat yang telah aku peroleh.

Mula-mula meh kita kenal sikit sifat bakteria nih. Bakteria ni adalah sejenis bakteria aerob, iaitu makhluk yang perlu oksigen untuk hidup. Bakteria ni juga dikelaskan bakteria gram positif. Apa tu gram positif? Ha… Ini adalah pengelasan bakteria mengikut lapisan membran luarannya. Bakteria dalam kategori ni ada lapisan luaran yang nipis, tapi mempunyai lapisan “peptidoglycon” yang tebal. Peptidoglycon tu adalah istilah yang digunakan untuk merujuk membran bakteria yang terbina daripada karbohidrat dan protein. Hanya bakteria jek yang ada lapisan ni. Bakteria kategori ini gak berwarna biru gelap atau violet bila dijalankan ujian standard “gram staining” (ujian untuk mengenalpasti sama ada bakteria tu gram positif atau negatif).

Selalunya bakteria dalam kategori gram positif tidak berbahaya kecuali beberapa jenis termasuklah Mycobacterium tuberculosis. Jika dibandingkan dengan bakteria lain, pembiakan diorang secara pembahagian sel sangatlah lambat iaitu memakan masa antara 15-20 jam. Secara semula jadinya, bakteria ni hanya mampu untuk hidup dalam sel badan hos sahaja. Ketahanan bakteria ni gak agak tinggi di mana ia boleh terus hidup dalam suasana kering selama berminggu lamanya. Bakteria ni agak lain daripada bakteria gram positif yang lain di mana kandungan lipid pada lapisan pepdidogycan diorang sangat tinggi dan ia dipercayai antara faktor yang menjadikan bakteria ni sebagai patogen (mikroorganisma yang mendatangkan kemudaratan kepada organism lain) yang berbahaya.

Seperti yang aku nyatakan kat mukadimah, bakteria ni adalah penyebab kepada penyakit Batuk Kering atau Tuberculosis atau singkatannya TB. Aku tak nak hurai bab TB ni sebab saudari cantik manis kita ni mintak info tentang camner bakteria ni menyebabkan TB. Ok. Sebenarnya ada 2 mekanisme jangkitan. Yang pertama dipanggil “Transmission” iaitu penularan penyakit daripada individu atau sekumpulan individu yang dijangkiti kepada individu atau kumpulan individu lain yang masih sihat walafiat.

Tapi sekali lagi saudari manis ni mengecilkan skop kepada mekanisme kedua iaitu secara “pathogenesis”. Pathogenesis merujuk kepada tahap perkembangan penyakit dan rantaian peristiwa yang menyebabkan penyakit yang diakibatkan oleh siri perubahan struktur dan fungsi sel, tisu, organ dan sistem badan oleh bakteria. Macam mana proses ni berlaku? Ok. Meh aku terang sikit-sikit berdasarkan pemahaman aku sendiri.

Bakteria ni disebarkan melalui udara. Bila orang yang ada TB ni batuk-batuk, bakteria ni pun turut terkeluar sekali masa diorang batuk. Kemudian bakteria ni akan masuk ke dalam badan mangsa melalui saluran pernafasan. Bila mangsa tarik nafas, maka bakteria ni pun bergerak la menuju ke peparu. Peparu kita ni pun ada anatominya yang tersendiri. Bahagian di mana pertukaran gas berlaku ialah di bahagian alveolus (kata jamaknya ialah alveoli). Bahagian ni ada saluran darahnya yang tersendiri. Jadi ia mempunyai sel darah putihnya yang tersendiri gak yang dikenali sebagai “alveolar macrophages” (sel darah putih alveolus).

TB ni bermula bila saja bakteria yang sedang kita bicarakan ni menceroboh ke dalam sel darah putih alveolus. Korang tau kan yang fungsi darah putih adalah untuk menyerang benda asing yang masuk ke dalam badan kita. Tapi camner lak bakteria ni senang-senang jer ceroboh sistem pertahanan badan kita ni, lebih-lebi lagi direct terus kat darah putih? Haa… Sebenarnya bakteria ni kebal daripada sistem penghadaman sel darah putih tu sendiri. Diorang ni akan beristirehat kat dalam sel darah putih alveolus sambil makan dan membahagi (membiak la maknanyer…). Kemudian ia akan mula merebak kat seluruh peparu sedikit demi sedikit.

Kat peparu kita jugak ada sel yang terlibat dalam sistem immunisasi yang dipanggil sel dendrit (dendrite cells). Mycobacterium tuberculosis gak selalunya akan hinggap kat sel ni. Tapi, bakteria ni tak boleh membahagi kat sel dendrit. Bila sistem immunisasi badan diaktifkan akibat sesuatu jangkitan, sel dendrit yang mengandungi bakteria ini akan bergerak ke sistem limfa (lymph system) dan singgah di mana-mana nodus limfa (lymph nodes) yang dilalui. Kat kawasan nodus ni, sekali lagi situasinya sama seperti mana ketika bakteria ni berada dalam sel darah putih alveolus. Maknanya ia akan membahagi lalu menyerang sel di kawasan sekitar. Bakteria ni gak akan menceroboh ke dalam sistem peredaran darah lalu mencari port yang sesuai untuknya membiak banyak-banyak.

Jadi Enydiamond, saya rasa macam dah menjawab apa yang diminta walaupun agak panjang lebar. Harap awak paham dengan aper yang cuba saya sampaikan walaupun saya sendiri kurang paham dengan benda yang disampaikan kepada awak. Pening? Haha… Lumrah bagi insan berakal dan berotak cam kita… Hehe… Ada soalan tanya saja, saya cuba menjawab selagi termampu. Ok?

Sekian, wassalam…