Si Hodoh Yang Cantik, Si cantik Yang Hodoh

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, August 26, 2009

Bila dikenang, memang banyak kenangan lalu.
Ada yang manis, dan tentu saja ada yang pahit.
Dalam banyak-banyak imbasan silam itu, aku teringat kepada 2 orang.
Dan kedua-dua orang itu ialah daripada kaum Hawa (perempuan la maknanya…).

Pertamanya adalah seorang perempuan,yang bukan dalam kategori berwajah cantik.
Mata hanya sekadar sedap memandang, bukanlah taraf yang mampu mencairkan jiwa kebanyakan lelaki.
Kulitnya hitam manis, bertudung litup, menepati ciri pakaian islamik.

Yang keduanya ialah seorang perempuan yang sangat cantik.
Wajahnya saja dah mampu mencairkan jiwa banyak lelaki, bagaikan mencairkan mentega.
Kulitnya putih mulus, berwajah kacukan (Pan-Asia), tidak bertudung, berpakaian sendat, menampakkan bentuk tubuhnya yang langsing dan mengiurkan.

Perempuan yang pertama tadi ialah rakan baikku.
Aku kenal setiap perilakunya.
Seorang insan yang pemurah, ringan tulang, sentiasa menjaga pergaulannya dan menjaga amalnya.
Peribadinya begitu indah, membuatkan aku senang berkawan dengannya walaupun dia sebenarnya kurang mendapat teman dek kerana wajahnya yang mempunyai parut akibat kemalangan suatu ketika dahulu dalam hayatnya.
Namun bagi aku, walaupun dia hodoh dari segi lahiriah, dia sebenarnya sangat cantik dari segi rohaniah.

Perempuan yang kedua tadi juga adalah rakan baikku.
Aku juga kenal akan peribadinya.
Seorang yang sangat suka bersosial, kaki kelab dan pernah suatu ketika, dia mengaku pernah meneguk setin arak.
Bukan itu saja, dia juga pernah terlanjur dengan salah seorang rakan lelakiku, namun nasibnya agak baik kerana tidaklah sampai perutnya memboyot.
Rupanya memang sangat cantik, sehinggakan ramai lelaki, bahkan wanita berusaha untuk rapat dengannya.
Namun, bagi aku yang kenal secara peribadi, luarannya yang cantik tidak dapat menandingi kehodohan perangai dan sifatnya yang begitu jahil.
Bukan aku tidak pernah tegur, namun segalanya sia-sia.

Hmmm…

Dalam konteks bidadari, kita selalu membayangkan yang bidadari itu cantik dari segi luaran mahupun dalamannya.
Pendek kata, sempurna, memenuhi segala ciri yang diingini.
Tetapi, dalam dunia realiti, sukar untuk kita mencari bidadari yang cantik, ditambah dengan peribadi yang indah.
Selalunya hanya satu saja yang dipenuhi; cantik luaran ataupun cantik dalaman.

Jadi, jikalau salah seorang antara mereka ditakdirkan menjadi bidadari dalam hidup anda, yang mana satukah pilihan anda?

Si hodoh yang cantik, ataupun si cantik yang hodoh?

P/s: Pasti ramai yang menjawab “Si Cantik Yang Hodoh”, atas alasan cantik dalaman boleh dibentuk kemuadian, namun rupa luaran sudah tidak mampu diubah kejadiannya. Betul tak?

Comments (5)

Salam..
post yg menarik bro..
sy tertarik dgn tajuk yg kamu bawa kan..
lumrah dunia..
manusia memandang hny pada kecantikkan luaran..
namun utk mendpt yg terbaik kedua2nya..
adalah sesuatu yg begitu susah..tul x?
neway, kalau sy la..
sy akn usaha utk dptkan yg ada kedua2nya..
i2 satu pencarian yg sgt berbaloi..

panjang lak celoteh..
keep it up fren..
:D

nice en3..

sememangnya kita tidak bole menilai seseorang itu dari paras muka, bentuk fizikal..

:)

dun judge a book by its cover kan..

Cdee ~ haha... Tol tu... if i also mau cari yg ada kedua-duanya=)

Eyda & Lionteen ~ tol tu... tp brapa ramai yg nak beli buku yg cover buruk? tentu tak seramai yg ingin membeli buku yg covernya cantik, kan?=)