Bersahur; Manfaatnya Bukan Sahaja Dari Sudut Agama, Bahkan Dari Sudut Saintifik
Posted by Fiq | Posted in Agama, Artikel | Posted on Sunday, August 30, 2009
Bersahur adalah satu malan penting pada bulan Ramadhan. Ada banyak hadis sahih yang menekankan kepentingannya. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan.” Dalam hadis ini, bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Kerberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai, Nabi Muhammad SAW berdabda “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.
Semasa bersahur, umat Islam disuruh melewatkannya kerana Nabi Muhammad SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sekiranya melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” Melewatkan bersahur bermaksud bersahur semasa menghampiri waktu Subuh.
Penekanan Nabi supaya sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana konsep ini menepati waktu bersarapan pagi. Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.
BBC News pernah melaporkan bersarapan pagi amat penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding dengan mengambil makanan pada waktu lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan mengidap kencing manis. Kajian itu juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan dengan lebihan gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang-jarang bersarapan pagi.
Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi kepada mereka lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila kandungan glukosa dalam darah menurun selepas bangun daripada tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak kan menghadapi masalah memberi tumpuan dalam pelajaran.
Tambahan pula kajian yang dilakukan oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor ke atas 700 pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2 kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebakan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan haemoglobin dalam darah).
Mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana sahur adalah Sunnah Nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang penuh keberkatan.

Comments (0)
Post a Comment