Ogos Yang Perlu Diketahui
Posted by Fiq | Posted in Artikel | Posted on Saturday, August 01, 2009
Sedar atau tidak, hari ni dah masuk bulan Ogos. Bulan yang sering dikaitkan dengan cuti dan Hari Kemerdekaan. Ha… Bagi aku bulan ni memang istimewa sebab adanya ulang tahun kelahiran mama dan adik aku. Dan tahun ini pula agak istimewa kerana Ramadhan yang bakal menjengah juga akan muncul dalam bulan Ogos. Korang tau tak yang bulan Ogos ni ada 31 hari? Mesti la kan sebab tiap tahun sampai jer 31 Ogos, mesti dapat cuti umum sempena Hari Kemerdekaan. Apa lagi yang berkaitan dengan Ogos nih yang korang tau? Takder idea? Ok, meh aku citer sikit.
Dalam Bahasa Inggeris, Ogos dieja sebagai “August”. Bulan ni adalah antara 7 bulan dalam Sistem Kalendar Gregorian yang mengandungi 31 hari. Aper tu Kalendar Gregorian? Ha… Kalendar ni adalah satu sistem pengiraan hari dalam setahun berdasar pusingan lengkap bumi mengelilingi matahari. Kalau kalendar Islam, ianya berdasarkan fasa bulan. Ada paham? Paham la yek… Hehe. Disebabkan bulan Ogos ni secara turutannya berada pada kedudukan ke-8, maka bulan ni jugak kita panggil “Bulan 8”. Tol tak? Huhu…
Dalam sejarahnya, bulan Ogos ni mendapat nama daripada Augustus Caesar. Beliau merupakan antara pemerintah Rom yang terkemuka. Pada asalnya, bulan Ogos yang kita kenal sekarang bukan bernama Ogos, tapi “Sextilis”, iaitu bulan ke-6 dalam kalendar Rom dahulu kala. Semasa pemerintahan Romulus sebagai pemerintah Rom, kalendar Rom ni bermula dengan bulan Mac. Sebab tu la Ogos ni menjadi bulan ke-6. Tapi pemerintah selepas dia ni tambah bulan Januari dan Februari ke dalam kalendar, maka jadi la Ogos ni bulan ke-8.
Kenapa plak “Sextilis” ditukar jadi “August”? Haa… Ni disebabkan Augustus Caesar mencapai banyak kejayaan dalam bulan ni. Antaranya ialah kebangkitan kekuasaan beliau di kala kuasa Alexandaria merosot, kejayaan beliau menamatkan perang saudara dan pencapaian beliau dalam memaksa Egypt menyerah kalah. Asalnya semasa penamaan semula nama bulan ni menjadi Ogos, ia hanya mengandungi 29 hari. Namun, Augustus Caesar ni curik 2 hari daripada bulan Februari dan masukkan ke dalam bulan Ogos. Ni la jugak antara sebab kenapa Februari ada 28 hari jek sedangkan bulan-bulan lain mengandungi 30 atau 31 hari.
Selain tu, lain bahasa lain pulak istilah yang digunakan untuk merujuk bulan Ogos ni. Berikut adalah apa yang aku jumpa:
Bahasa Melayu: Ogos
Bahasa Vietnam: Thang Tam
Bahasa Indonesia: Agustus
Bahasa Thai: Sing-ha-kom
Bahasa Jepun: Hachigatsu
Bahasa Korea: Parwol
Bahasa Inggeris: August
Bahasa Belanda: Augustus
Bahasa Perancis: Août
Bahasa Greek: Avgoustos
Bahasa Rusia: Avgust
Bahasa Itali: Agosto
Bahasa Sepanyol: Agosto
Bahasa Sweden: Augusti
Hmm… Aku rasa tu jek kot yang aku nak kongsikan. Kalau la korang ada lagi maklumat tambahan, bagitau la kat aku. Kita berkongsi ilmu. Ringan-ringankan diri untuk belajar berkongsi ilmu sesame kita ok…
Sekian, wassalam
Comments (0)
Post a Comment