Semalam, Hari Ini, dan Esok

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, August 09, 2009

Semalam adalah sejarah. Hari ini adalah realiti. Esok adalah impian. Pernah dengar ungkapan ni? Bila direnung, ada benarnya juga ungkapan hikmat ni.

Kenapa semalam dikatakan sejarah? Kerana apa yang berlaku semalam memang tak dapat diubah dan begitulah catatan keadaannya buat selama-lamanya.

Kenapa hari ini dikatakan realiti? Kerana hari ini adalah apa yang kita lakukan secara langsung dan segala yang kita lakukan bakal mempengaruhi hari esok.

Kenapa esok dikatakan impian? Kerana esok adalah sesuatu yang belum pasti. Esok adalah sesuatu yang kita rancang pada hari ini berdasarkan pengalaman hari semalam, namun belum tentu hasilnya adalah seperti yang diharapkan.

Jadi yang manakah yang paling penting? Semalam, hari ini, ataupun esok? Jawapannya tiada satu pun yang lebih dominan ataupun lebih superior kerana ketiga-tiganya sama penting. Tanpa semalam, mana mungkin kita mampu menjalani kehidupan selesa pada hari ini. Tanpa hari ini mana mungkin esok boleh muncul. Dan tanpa esok, sia-sia sajalah hidup kita kerana tiada masa depan.

Kesimpulannya, hargailah masa yang ada. Jika kita pandai menguruskan semalam, hari ini dan juga esok, tiada rugi yang menanti kita. Emas segunung yang hilang boleh dicari ganti, tetapi sedetik masa yang berlalu tiada galang gantinya…

Comments (1)

today is a gift..bcos today is present:)