Malaysia: 52 Tahun Sudah Merdeka

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Monday, August 31, 2009



Merdeka. Ertinya bebas, kan? Malaysia telah merdeka sejak 52 tahun dulu. Maknanya Malaysia telah bebas daripada penjajahan. Ya, penjajahan.

Dulu, sebelum aku (dan mungkin korang jugak) melihat dunia ni, negara kita ini sebenarnya mengalami pelbagai dugaan dan cabaran. Pelbagai pihak asing ingin mendapatkan negara kita demi kepentingan masing-masing. Kenapa? Sebab negara kita ini dianggap sangat bernilai, kawasan yang mampu membangunkan mereka. British, Belanda, Portugis, Jepun, dan beberapa lagi negara asing, semuanya berusaha mendapatkan hak penguasaan ke atas negara kita.

Namun, atas semangat pejuang merdeka negara, semua usaha mereka telah dibantutkan, sekaligus membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Bukan sikit darah yang ditumpahkan, bahkan banyak yang melayang nyawanya. Namun itu tak menghalang usaha mereka untuk berjuang. Terima kasih wira bangsa dan negara! Kerana kamu, kami hidup selesa.

Setelah 52 tahun merdeka, setelah 6 pemimpin bertukar tampuk pemerintahan, kita masih lagi dapat mengekalkan kemerdekaan kita. Tahniah! Cuma yang sedihnya, tiada lagi penghayatan sebenar tentang apa itu kemerdekaan. Konsert, berarak, bunga api dan bla bla bla… Itulah apa yang kita buat sempena menghayati erti kemerdekaan.

Bagusnya kita kan? Orang dulu bersusah payah, menumpah darah dan berkorban nyawa… Orang sekarang? Bersenang-lenang, melalak-lalak, memekak, bertepuk sorak, berjoget-joget; tanda seronok menyambut merdeka. Haha… Gelinya hati.

Itulah kita. Kesenangan yang diperoleh melenyapkan memori kepayahan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Haih… Wahai Malaysiaku, moga merdeka kau kali ini tidak seperti merdeka yang lepas-lepas. Moga keberkatan Ramadhan turut menjadikan merdeka kau kali ini lebih bererti…


Comments (6)

ya lah kan zaman skrg..budak2 pun tak berapa tau sangat mendeka ni camna..tau soonok ja

yanazul ~ tu pasal... haih... klu sekrg dhmacm ni, camner la generasi akn dtg eh...

Wahhhh,blog kamoo sgt menarik dan nsgt attractive.Suka2.Apapun salam merdeka.

cookie divine ~ ye ker? tma kasih=) salam merdeka kembali

anak sape pakai baju kurung guna bendera tuh?

bukan ank ko ker chan? haha=D