Mycobacterium tuberculosis

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, August 03, 2009





Tajuk ni adalah atas permintaan Enydiamond. Dia mintak aku terang sikit pasal satu spesies bakteria yang menyebabkan penyakit Batuk Kering iaitu “Mycobacterium tuberculosis”. Disebabkan aku bukanlah seorang pelajar perubatan mahupun pelajar mikrob, maka terpaksa la aku membuat pencarian sedikit melalui internet di samping menggunakan asas pemahaman biologi aku yang cetek tu. Jadi, berikut adalah serba sedikit maklumat yang telah aku peroleh.

Mula-mula meh kita kenal sikit sifat bakteria nih. Bakteria ni adalah sejenis bakteria aerob, iaitu makhluk yang perlu oksigen untuk hidup. Bakteria ni juga dikelaskan bakteria gram positif. Apa tu gram positif? Ha… Ini adalah pengelasan bakteria mengikut lapisan membran luarannya. Bakteria dalam kategori ni ada lapisan luaran yang nipis, tapi mempunyai lapisan “peptidoglycon” yang tebal. Peptidoglycon tu adalah istilah yang digunakan untuk merujuk membran bakteria yang terbina daripada karbohidrat dan protein. Hanya bakteria jek yang ada lapisan ni. Bakteria kategori ini gak berwarna biru gelap atau violet bila dijalankan ujian standard “gram staining” (ujian untuk mengenalpasti sama ada bakteria tu gram positif atau negatif).

Selalunya bakteria dalam kategori gram positif tidak berbahaya kecuali beberapa jenis termasuklah Mycobacterium tuberculosis. Jika dibandingkan dengan bakteria lain, pembiakan diorang secara pembahagian sel sangatlah lambat iaitu memakan masa antara 15-20 jam. Secara semula jadinya, bakteria ni hanya mampu untuk hidup dalam sel badan hos sahaja. Ketahanan bakteria ni gak agak tinggi di mana ia boleh terus hidup dalam suasana kering selama berminggu lamanya. Bakteria ni agak lain daripada bakteria gram positif yang lain di mana kandungan lipid pada lapisan pepdidogycan diorang sangat tinggi dan ia dipercayai antara faktor yang menjadikan bakteria ni sebagai patogen (mikroorganisma yang mendatangkan kemudaratan kepada organism lain) yang berbahaya.

Seperti yang aku nyatakan kat mukadimah, bakteria ni adalah penyebab kepada penyakit Batuk Kering atau Tuberculosis atau singkatannya TB. Aku tak nak hurai bab TB ni sebab saudari cantik manis kita ni mintak info tentang camner bakteria ni menyebabkan TB. Ok. Sebenarnya ada 2 mekanisme jangkitan. Yang pertama dipanggil “Transmission” iaitu penularan penyakit daripada individu atau sekumpulan individu yang dijangkiti kepada individu atau kumpulan individu lain yang masih sihat walafiat.

Tapi sekali lagi saudari manis ni mengecilkan skop kepada mekanisme kedua iaitu secara “pathogenesis”. Pathogenesis merujuk kepada tahap perkembangan penyakit dan rantaian peristiwa yang menyebabkan penyakit yang diakibatkan oleh siri perubahan struktur dan fungsi sel, tisu, organ dan sistem badan oleh bakteria. Macam mana proses ni berlaku? Ok. Meh aku terang sikit-sikit berdasarkan pemahaman aku sendiri.

Bakteria ni disebarkan melalui udara. Bila orang yang ada TB ni batuk-batuk, bakteria ni pun turut terkeluar sekali masa diorang batuk. Kemudian bakteria ni akan masuk ke dalam badan mangsa melalui saluran pernafasan. Bila mangsa tarik nafas, maka bakteria ni pun bergerak la menuju ke peparu. Peparu kita ni pun ada anatominya yang tersendiri. Bahagian di mana pertukaran gas berlaku ialah di bahagian alveolus (kata jamaknya ialah alveoli). Bahagian ni ada saluran darahnya yang tersendiri. Jadi ia mempunyai sel darah putihnya yang tersendiri gak yang dikenali sebagai “alveolar macrophages” (sel darah putih alveolus).

TB ni bermula bila saja bakteria yang sedang kita bicarakan ni menceroboh ke dalam sel darah putih alveolus. Korang tau kan yang fungsi darah putih adalah untuk menyerang benda asing yang masuk ke dalam badan kita. Tapi camner lak bakteria ni senang-senang jer ceroboh sistem pertahanan badan kita ni, lebih-lebi lagi direct terus kat darah putih? Haa… Sebenarnya bakteria ni kebal daripada sistem penghadaman sel darah putih tu sendiri. Diorang ni akan beristirehat kat dalam sel darah putih alveolus sambil makan dan membahagi (membiak la maknanyer…). Kemudian ia akan mula merebak kat seluruh peparu sedikit demi sedikit.

Kat peparu kita jugak ada sel yang terlibat dalam sistem immunisasi yang dipanggil sel dendrit (dendrite cells). Mycobacterium tuberculosis gak selalunya akan hinggap kat sel ni. Tapi, bakteria ni tak boleh membahagi kat sel dendrit. Bila sistem immunisasi badan diaktifkan akibat sesuatu jangkitan, sel dendrit yang mengandungi bakteria ini akan bergerak ke sistem limfa (lymph system) dan singgah di mana-mana nodus limfa (lymph nodes) yang dilalui. Kat kawasan nodus ni, sekali lagi situasinya sama seperti mana ketika bakteria ni berada dalam sel darah putih alveolus. Maknanya ia akan membahagi lalu menyerang sel di kawasan sekitar. Bakteria ni gak akan menceroboh ke dalam sistem peredaran darah lalu mencari port yang sesuai untuknya membiak banyak-banyak.

Jadi Enydiamond, saya rasa macam dah menjawab apa yang diminta walaupun agak panjang lebar. Harap awak paham dengan aper yang cuba saya sampaikan walaupun saya sendiri kurang paham dengan benda yang disampaikan kepada awak. Pening? Haha… Lumrah bagi insan berakal dan berotak cam kita… Hehe… Ada soalan tanya saja, saya cuba menjawab selagi termampu. Ok?

Sekian, wassalam…

Comments (2)

thax GOD!!!thx fiq!!!;)owke..anythin i tny lagi..i tao u suka bab mcm ney;)

Prior to deciding to make a deal a commercial real-estate rent, you can examine out other leases. Talk with the other renters which may have comparable place and compare the many charges and conditions for leases. You should know these details so you can get an understanding of your rates and phrases that you need to have in your hire. [url=http://www.ss12w12ws.info]Vicinffu7ity[/url]