Cuainya Aku

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, July 02, 2009

Semalam aku mengemas sikit bilik aku tu. Walaupun tak berselerak ( ye ker??), aku kemaskan sikit2 sebab hari Sabtu ni aku dah nak balik KL. Semasa proses mengemas tu dijalankan, aku terjumpa la kotak henset lama aku, jenama Nokia 1650 (seperti gambar di bawah nih).


Terus aku teringat kembali kenangan pahit pasal henset tu. Apa yang pahit? Henset yang pertama kali aku beli guna duit sendiri tu telah hilang akibat kecuaian aku. Waaaaa....

Ceritanya camni. Masa sem 2 aku kat UM tu, aku ada dapat satu tugasan yang melibatkan temuramah kat Muzium Negara. Masa aku tunggu member datang untuk g sama-sama, aku lepak la sorang-sorang kat satu bangku. Lepak punya lepak, member aku akhirnya sampai walaupun naik bengkak punggung aku tunggu dia. Kitaorang tergesa-gesa g muzium sebab dah lewat. Di situ la kesilapan aku bermula. Aku tercicir henset aku kat bangku tu.

Lepas temuramah yang makan masa sejam lebih tu abes, baru aku perasan yang henset aku tertinggal kat bangku kolej. Aku suruh member call no aku, tapi ada orang denied panggilan tu. Aku jadi tak sedap ati. Balik jer kolej, aku dah tak nampak dah henset tu. Dah dikebas la gamaknya tu. Maka aku dengan hati yang tidak rela terpaksa la menbuat sim card baru (tapi still no sama) dan membeli henset baru. Ni la henset aku yang baru tu:


Amacam? Lawa tak? Huhu… Kali ni aku takkan cuai lagi. Biarlah apa yang berlalu menjadi pengajaran agar perkara yang sama tidak berulang kembali di kemudian hari. Huhu…

Wassalam

Comments (10)

wahh,..enset baruu..cun2

ok la tu kan...ilng fon lama...dpt fon baru yg g cun dr yg lepas...hrumm...sm jer ngn fon sy..n95 kn..?tp...fon nie dh x bernyawa lagi...akibt kecuaian gak...huhu..:)

ai,memg naya la hp hilang..kite tak pernah la hp hilang..tpi dompet+duit hilang memg la pernah..

wah..
skali beli,gempak trus nset 2 kan..
ade hikmah la sume 2 kan..

cntik hp bru...itu laa hikmahyerr dr hp ilang tue...hehehe

sy pon cuai gak..

huhu. hilang hp mmg bengan la. tp nsib baik la no sma dpt ek. eyh.
pki bil ek?
klu prepaid x leyh kn.
p. da ltest hp msti mhl kn..
huhu..

haha
ilangkan la hp yg bru ni.
nti leh dpt lak yg berganda canggih =P

ahakz..
sma lak fon kta..
x prnh hlg fon lg..
tp m'jahanamkan fon slalu..
haha..

alasan nak beli handset batu kut,hehehee