Revolusi Minda
Posted by Fiq | Posted in Coret-Coret, Mentaliti | Posted on Friday, July 24, 2009
Revolusi. Satu perkataan yang begitu dalam maknanya. Skop revolusi begitu luas, jadi apa kata aku kecilkan skopnya kepada revolusi minda sahaja. Heh… Minda. Semua orang tahu kan apa tu minda? Kata orang dunia, minda adalah segala-galanya. Kenapa aku nak berbicara pasal revolusi minda? Haa… Kerana aku rasa aku, korang dan sesiapa saja yang bergelar rakyat Malaysia, perlu merubah mentaliti lapuk yang telah sekian lama membelenggu pemikiran kita sebagai satu bangsa yang bertamadun.
Adakah aku mengatakan kita semua ni kolot? Tidak. Aku hanya nak menyeru agar kita merubah corak kita berfikir ke satu tahap yang lebih baik. Kita sekarang ni sentiasa berfikir di takuk lama, tidak matang dan kebudak-budakan. Tidak berpandangan jauh dan hanya melihat peristiwa di depan mata tanpa mengambil tahu situasi global yang berlaku. Kita seperti katak di bawah tempurung!
Selalu saja kita melihat mahupun mendengar kes virus Selesema Babi a.k.a H1N1 berlaku di seluruh pelosok negara kita. Banyak universiti mahupun sekolah ditutup buat sementara waktu dek kerana merebaknya virus ni. Tapi apa yang generasi muda kita rasa akan hal ini? Mereka bertepuk sorak kerana tak perlu ke sekolah mahupun ke kuliah universiti. Seronok? Masyaallah… Lihatlah mentaliti mereka. Beginikah orangnya yang akan menjadi pemimpin negara suatu hari nanti? Tolonglah… Ubah.
Jika ada yang menyanggah hujah aku dengan mengatakan bahawa mereka masih budak dan banyak yang perlu dipelajari, aku akan menjawab itu bukan soal umur. Ini soal mentaliti. Ubah mentaliti, segalanya jalan. Aku juga sangat menyampah dengan sesetengah masyarakat Islam yang memandang remeh agamanya. Contohnya bila dikatakan “Ishh, ko ni memang jenis yang tak sembahyang ker???” dan dibalas “Ala… Biasa la.. Aku muda lagi, nanti tua aku taubat la…” Pergh…Bukan main confirm lagi yang die hidup sampai tua.
Kalau bab sembahyang ni, pandang sebelah mata jer. Tapi bab lain tak. Contohnya bila dikatakan “Eh… Ko ni memang makan babi ker??” pasti dibalas “Woii… Ko ni dah lama hidup ker? Tak sayang mulut betul!!!” Nampak tak mentaliti tu. Padahal sembahyang tu lebih utama daripada bab babi nih. Ni yang aku katakan kita perlu ubah mentaliti. Revolusi minda.
Macam mana nak buat revolusi minda ni? Senang jer. Belajar daripada orang atau pengalaman lalu, praktikkan. Kikis perangai lama yang buruk, gantikan dengan akhlak baik yang baru. Sentiasa berfikiran jauh dan terbuka. Realitikan cara berfikir, jangan asyik khayal perkara tahyul. Kadang-kadang agak bagus kalau kita sempit pandangan tapi luaskan pemikiran.
Ha. Jadi sekarang wahai kawan. Kita ubah cara kita berfikir ke arah yang lebih baik. Revolusikan minda kita ni. Biar mentaliti kita menjadi mentaliti kelas satu kerana dalam dunia yang semakin maju ini, kita juga harus maju dari segi pemikiran. Maju ke hadapan, bukan mundur ke belakang. Ingat, revolusi minda…
Comments (0)
Post a Comment