Masalah Awak Bukannya Masalah Saya
Posted by Fiq | Posted in Teladan | Posted on Wednesday, July 29, 2009
Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah keluar membeli barang keperluan. Ketika mereka membuka barang yang baru dibeli tadi, seekor tikus memerhatikan gelagat suami isteri itu sambil menggumam, "Hmmmr... Makanan apa yang dibawa mereka dari pasar agaknya?"
Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah ini sekarang ada perangkap tikus!!"
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"
Sang Ayam berkata, "Encik Tikus, aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun selamba menjawab, "Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk ke perangkap tikus?"
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku..."
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi berdetak perangkap tikusnya, menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang menjadi mangsa. Ekor ular yang terkepit membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan daripada dipatuk. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih lagi demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya masih lagi tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Namun begitu, isterinya tidak sembuh-sembuh jua dan akhirnya meninggal dunia.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi...
Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula menganggap itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

crita fia mmg ada gk unsur pngjrn ni