Telur

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, July 11, 2009

Selalunya aku tulis pasal orang. Kali ni nak tukar angin sikit. Seperti tajuk yang korang baca tu, aku nak tulis pasal telur. Hah… Telur? Ya… Sebab apa aku nak tulis pasal telur? Haa… Kerana aku dapati dalam banyak-banyak benda yang orang guna dalam masakan, telur ni la yang paling istimewa sekali. Loh… Apa yang istimewa sangat tu??? Ok… Meh aku story kat korang sikit apa yang aku dapat dalam bab telur ni.

Kalau korang nak tau, telur telah diperakui sebagai hidangan yang paling versatil
oleh semua orang kat dunia ni. Daripada masakan mudah seperti telur rebus sehinggalah kepada hidangan hebat kek berhias, telurlah yang jadi pilihan utama. Kadang-kadang tu makan telur mentah pun sodap beb! Hehe… Cara masak telur tu tak payah la aku citer… Korang pun tau.

Dan seperti yang korang tau, tak semua telur boleh dimakan… Haa… Jangan pikir dalam sangat. Kang lain maksudnya nanti… Hehe… Selalunya, telur daripada spesies burung dan beberapa jenis ikan sesuai dimakan. Kalau boleh, toksah la korang g makan telur penyu. Walaupun halal, aku sarankan tak payah makan. Korang pun tau kan yang penyu ni makin pupus. Jadi tolong la ehh demi kebaikan spesies penyu ni… Ok? Alright.

Dalam dunia ni, telur yang menjadi pilihan ramai tentunya telur ayam. Korang tak heran ke telur ayam kat rumah korang tu tak keluar anak ayam walaupun korang biar telur tu berminggu kat suasana suhu bilik? Heran? Haa… Sebenarnya telur tu memang takkan kuar anak ayam pun. Sebabnya telur tu ditelurkan oleh ayam telur tanpa persenyawaan daripada ayam jantan. Jadi tak payah la korang risau nanti terbuat telur dadar beranak ayam… Hehe…

Untuk makluman korang gak, telur ayam ni telah diakui sebagai makanan berprotein yang terbaik yang pernah wujud kat dunia ni. Telur ayam ni ada macam-macam zat penting. Tapi tak payah la aku tulis kat sini. Nanti korang boring lak baca istilah-istilah tu. Hehe… Walaupun ada yang suka makan telur mentah, doktor cakap ibu mengandung, kanak-kanak, orang tua dan gak orang sakit tak boleh makan dengan cara ni sebab takut kena jangkitan bakteria salmonela. Lagipun badan kita ni lebih mudah serap protein daripada telur yang dah masak berbanding telur mentah.

Dalam dunia ni gak ada banyak benda yang melanggar hukum yang sepatutnya. Contohnya ialah merkuri. Korang tau kan apa tu merkuri? Dalam hukum, logam pada suhu bilik wujud dalam keadaan pepejal. Tapi bagi merkuri, ia adalah satu-satunya logam yang wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Dalam bab pemanasan lak, cecair yang dipanaskan secara berterusan akan bertukar menjadi gas. Haa… Di sini la letaknya istimewa telur kerana telur telah langgar hukum fizik tu. Telur adalah satu-satunya yang mengandungi cecair yang akan menjadi pepejal apabila dipanaskan!

Apa rahsianya? Haa… Sebenarnya yang ni susah nak paham sikit bagi yang kurang dalam bab sains ni. Aku cuba terang seringkas yang mungkin, k? Putih telur yang korang nampak tu sebenarnya adalah protein. Dalam sains, ia dipanggil albumin. Asas bagi setiap protein ni ialah molekul kecil yang dipanggil asid amino. Asid amino dalam albumin akan bergabung antara satu sama lain dan membentuk satu rantai yang panjang. Rantai ni lak akan bergabung dengan rantai yang lain lalu bergumpal. Alaa… Macam bebola benang tu… Gumpalan tu orang sains panggil globul. Dalam cecair albumin tu, ada banyak globul. Paham setakat ni?

Bila telur tu dipanaskan, ikatan yang terbentuk antara rantai asid amino yang aku citer tadi nih akan terurai. Sebab ada haba, maka diorang akan bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Perlanggaran antara satu sama lain ni akan membentuk ikatan yang lebih kuat di mana diorang akan terikat semula dengan ikatan yang lebih berkuasa. Jadi, albumin tu jadi keras selepas proses ni tamat. Aku tau… Korang boring baca penjelasan tu… Takper, kalu tak paham tanya la kepada mereka yang lebih tau… Hehe…

Sekarang aku nak bagi tau beberapa petua saintifik tentang telur ni. Korang tau tak macam mana nak bezakan telur rebus dengan telur mentah tanpa korang kupas kulit telur tu? Haa… Bagi yang tak tau, gini caranya. Korang amik telur tu, letak atas meja, pastu putar… Jangan korang jilat dan celup lak pastu, tu dah macam biskut Oreo la plak… Hehe… Berbalik pada putar tadi, kalau la telur tu cepat berhenti, lebih kurang dalam 3 putaran, maka ia adalah telur mentah. Kalau lama jer baru nak berenti, tu telur masak. Sebab cepat berhenti ialah kerana inersia cecair yang ada dalam telur tu. Apa tu inersia? Inersia tu ialah sifat semula jadi objek yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya dan cuba mengekalkan keadaan asal tu. Bila telur tu diputar, cecair yang asalnya dalam keadaan pegun tu akan cuba kekal pegun. Jadi ia kan berhenti daripada berputar dengan cepat. Bagi yang dah masak, isinya tu dah padu dan melekat kat kulit, jadi inersianya kurang. Ada paham tak? Hehe… Aku tau korang pening…

Bagi korang yang suka buat kek, korang kena biarkan dulu telur tu selepas korang keluarkan dari peti sejuk sebab telur pada suhu bilik lebih mudah dipukul dan diadun. Tapi kalau korang nak asing putih telur dengan kuning telur, lebih senang kalau telur tu masih sejuk. Telur gak akan tahan lebih lama kalau korang letak dalam peti sejuk berbanding kat luar. Untuk pengetahuan korang gak, telur yang segar tidak mempunyai putih telur yang jernih, tapi warna nak kelabu gitu… Warna tu disebabkan gas karbon dioksida yang ada. Lagi lama korang simpan telur tu, lagi jernih putih telur korang (telur korang?? Jangan salah paham ehh… hehe) sebab karbon dioksida tu akan keluar melalui liang kulit telur. Masa korang nak simpan telur tu, kalau boleh toksah basuh untuk elakkan pelindung semula jadi kat kulit telur tu hilang demi menjamin hayat telur yang lebih panjang.

Kalau kat putih telur tu ada tompok merah atau hijau, baik korang buang jer. Tu tandanya telur tu dah kena jangkitan bakteria. Korang jangan campur telur rosak ni dengan yang elok sebab bakteria tu leh berpindah. Last but not least, petua untuk bezakan telur segar dengan yang tidak. Caranya ialah korang rendam telur tu dalam air garam. Kalau telur tu tenggelam, telur tu masih segar. Begitu la sebaliknya.

Aku rasa cukup la setakat tu dulu. Tu la antara bab ilmu telur yang aku nak kongsi. Mungkin korang tau lebih banyak daripada aku. Apa pun, jangan la korang jadi macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (aper kena mengena peribahasa ni hah??).

Wassalam

Comments (4)

telur selalu dimakan ketika bajet semakin menipis

telor goreng sdp mkn ngn tomyam!

Weah, ini telur bisa menjadikan orang kaya, terus biografinya yang menemukan pasti jadi ternama.

http://sarno15.abatasa.co.id/post/detail/40042/charles-dickens-biography

wah, pembahasan yang sangat mendetail dan sangat bermanfaat , terimakasih sharenya