
Untuk pengetahuan korang yang tak tau nih, organ terbesar kat badan korang ialah… Haa… Aper? Otak? Peparu? Perut? Salah lar…. Jawapan yang sebenar-benar muktamad ialah… Kulit!!! Ye! I’m not lying. Tu la organ yang paling besar yang ader kat korang. Semua tempat kat kulit korang tu ader deria sakit yang dipanggil “nosiseptor”. Kalau tak caye, cuba kutil sikit kulit korang tu. Ader tak tempat yang tak rasa sakit? Takde kan?? Nosiseptor ni bukan ada kat kulit jer, tapi gak kat sendi dan otot korang. Sebab tu la ada sakit sendi dan sakit otot. Apa pun, sakit hati dan sakit mental takde kena mengena dengan nosiseptor. Huhu…
Deria sakit korang dibentuk sejak dalam perut mak korang lagi. Kalau la korang perasan (tak baik perasan… Hehe), sakit ni ada macam-macam rasa. Kena sengat dengan tebuan rasa cam lain. Kena kuali panas rasa cam lain. Kena flying kick dengan member pun rasa lain gak. Pastu intensiti sakit kanak-kanak dengan orang dewasa gak lain. Sama la halnya antara lelaki dan wanita. Walaupun rasa lain-lain, ada 2 kategori utama sakit, iaitu kesakitan akut dan kesakitan kronik.

Dalam sejarah dunia perubatan, ada kes di mana terdapat penyakit ganjil yang buatkan seseorang tu tak rasa sakit langsung. Ia adalah “congenital analgia” dan sangat jarang berlaku kat dunia ni. Ia berlaku sebab otak orang tu dibanjiri oleh endorfin yang banyak lalu membantutkan rasa sakit. Dengan kata lain, tangan patah ker, gigi tercabut ker, mata terkeluar ker, diorang takkan rasa sakit langsung! Haa… Korang mesti terfikir mesti best kalau tak sakit langsung, kan? Fikiran korang tu sebenarnya salah tau…
Hmm… Walaupun sakit ni sentiasa cuba dihentikan atau dirawat, ianya sangat perlu untuk kelangsungan hidup korang gak. Contohnya bila korang terpijak duri atau tergigit lidah, sakit ni la yang gtau korang tu tengah alami kecederaan. Kalau tak sakit, benanah-nanah la kaki korang tu nanti tanpa korang sedari. Sakit ni gak bagus untuk ajar korang beringat-ingat supaya benda yang sama tak berulang lagi. Ia ajar korang berhati-hati dan berwaspada.
Korang ni hidup normal sebab ada rasa sakit. Allah kurniakan rasa sakit tu untuk ajar kita perbezaan kesukaran dan kesenangan. Dengan sakit itulah kita menjadi seperti diri kita yang sekarang ni… Tabah, cekal, berusaha keras dalam meniti hidup… Sakit hari ini menjadikan kita lebih kuat di kemudian hari… Cewahhh… Heheheeeee
Sekian, wassalam
setiap kejadian yang di ciptakan oleh Yg Maha Esa pasti ada kebaikkan dn keburukan nya..:)
nice n3..membuatkn kite sedar tntg kepentingn sakit tu.. :)
bersyukur kepada Allah swt.. krana kesakitan tetp ada. maka sya adala norml.. hihihihi
tabah dan cekal. yeah..
insya Allah..
sakit itu perlu agar insan mensyukuri nikmat sihat. ^^